Showing posts with label truckster adventure team. Show all posts
Showing posts with label truckster adventure team. Show all posts

Eksklusif AIC @ Black 14

Jika semangat menjadi ukuran, tiada yang mampu menandingi sentimen anak muda di Anwar Ibrahim Club (AIC) menjelang Black 14 – ulangtahun gelita politik tanahair.Jika sebelum ia disambut dengan renungan dan kesedihan, namun Black 14 kali ini memberi makna yang berbeza. Detik 12 malam 14 April 2008 membuka lebaran baru dengan pemimpin reformasi Anwar Ibrahim melangkah semula ke arena politik secara sah – menandakan bermula fajar baru politik Malaysia.

Bagi kami di AIC, persiapan menuju Black 14 telah bermula seminggu lebih awal. 24 jam sebelum tarikh keramat itu, konvoi-konvoi AIC dari serata negeri di Semenanjung akan mula bergerak menuju Kampung Baru. Dalam masa kurang dari 48 jam, lebih 8,000 risalah dicetak dan diedar di sekitar kawasan tumpuan anak muda sekitar Kuala Lumpur dan institut pengajian tinggi. Juga, tiga ribu pelekat AIC turut dicetak dan akan diedar kepada orang ramai.

Banner digantung malam sebelum Black 14.

Dengan tenaga kerja yang kecil, ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan AIC, ribuan Terima kasih kepada Presiden AIC (Syukri aka MatKeri), Naib Presiden(Marini), Bendahari (Darren Tan) dan Setiausaha(Hafizh) kerana bergitu dedikasi bertungkus-lumus memastikan program AIC malam itu berjalan lancar. Dengan pertolongan AMK(Angkatan Muda Keadilan), Perhatian diberi khusus kepada projek menaikkan sepanduk sokongan di kawasan sekitar menuju lokasi sambutan Black 14, selain dari itu kumpulan-kumpulan kecil AIC menyumbang tenaga menampal 500 poster khas bagi menyambut kehadiran warga KL dan peserta-peserta majlis tersebut.

Booth kami@black14 semua barangan AIC sold out.

Pada malam perhimpunan Black 14 juga AIC membuka booth di dalam kawasan Kelab Sultan Sulaiman bagi memperkenalkan lagi AIC kepada masyarakat, di samping menjual cenderamata-cenderamata kelab seperti Sticker AIC, Sticker Kereta dan T-Shirt. Pada malam itu juga kami mengadakan kutipan derma untuk menampung dana aktiviti kelab pada masa hadapan, banyak lagi aktiviti yang bakal diadakan. Terima Kasih diucapkan kepada yang sudi menderma dan menyokong perjuangan kami, tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India.


Bergambar dengan DSAI dan Datin Seri selepas Press Conference

Kandid setelah selesai perhimpunan.

Sesi Lepak-lepak, Minum-minum dan makan-makan, Kedai Wak Nasi Lemak

Jika Umno benar-benar yakin anak muda bersama mereka di belakang putera dan puteri, realiti anak muda AIC menyanggah kenyataan tersebut dan akan mengubah persepsi mereka kepada politik tanah air, bermula Black 14 2008 mara dan terus mara. REFORMASI!! TAKBIR!! MAKKAL SAKTHI...!!

psst: gambar credits to Niccotynne & Fareez

Truckster Adventure Team: The Pancings–Part 1

Nampaknya sejak akhir-akhir ini kegilaan Truckster Adventure Team kembali memancing aweks ehhh silap...actually mancing ikan semakin menjadik-jadi, kami menjelajah setiap Muara Sungai, Kuala-kuala, Lubuk-lubuk berpuaka & tidak berpuaka, Tepi Pantai, Kolam Pancing, dan jugak maybe lepas ni errrmmmm….tengah laut. Okeh Kita ikuti pengembaraan mereka di Sungai Kuala Kerak untuk memburu Ikan dan Udang Galah:

Lontaran pertama dari Seorang yang tidak mahu dikenali aka Anonymous..owhhh!!! look like he pointing to something?pebenda plak tu?? seekor buaya membuat aksi terbang di udarakah?kelihatan dari jauh Mat Bozz sedang memasang umpan(yg dlm bulatan tu).
Kelihatan 2 orang sedang bertarung dengan mangsa...Apa punya gambor ko take ni Mat??Gelap jerrr…wakaka hari dah gelap maaaa…
Gua sedang bertarung dengan mangsa yang cukup besar kat situ…benar2 mengujakan, inilah kepuasan sebenar seorang kutu kaki pancing seperti kami...


Guess what??? Apa yg gua dapat?? Nak tau scrool down bebeh….yeahhhh!!!



WTF??? Xde rezeki beb, kita cuba lagi minggu depan yeee adik-adik.

Okeh masa untuk pulang….

Fakta Menarik: On the way nak balik rumah, kami terserempak dengan kemalangan ngeri, sebuah lori hantu melanggar divider dan berpusing 2 kali..Mengikut sedikit research dan gossip awam yang gua dengar keling macha pilot lori tu mabuk, makan todi hape? Hurrmmmm lantak korang lerrr yang penting xde yang terkorban dalam eksiden tu…





psst: Tunggu next entri T.A.T: The Pancings...laporan penyertaan pertandingan memancing yg kami sertai...heheh hadiah dia memang letup beb RM2000.00, berjayakah mereka memenangi hadiah hebat itu???sama2 kita nantikan

Truckster Adventure Team: Eksklusif PRU12 di Kelantan.

Pada 6,7,8 dan 9 Mac lepas aku berada di kampong Kuala Krai ntuk mengundi dan membantu jentera Pilihanraya, tidak perlulah aku mengumunkan parti mana yg ku bantu dengan ikhlas dan rasa penuh dengan perjuangan di dada..dalam pada itu kami sempat juga menghadiri beberapa siri ceramah politik yang membariskan beberapa pemidato terhebat Malaysia seperti Sdr. Saifuddin Nasution, Husam Musa, Ibrahim Ali, Nasharuddin Mat Isa,Salahuddin Ayub, Tok Guru Nik Aziz dan yang paling letup sekali adalah Saudara Anwar Ibrahim(Pidatonya merupakan yg terhebat sekali setakat ini)..Menjelajah seluruh pelusuk negara dari Perlis hingga ke Sabah demi memperjuangkan kebenaran dan keadilan, dia sememangnya tokoh yg benar2 aku kagumi. Suasana Politik, Pemikiran Matang berkenaan politik dan unsur-unsur islamik dlm politik jelas membezakan Negeri Kelahiran aku ini dengan negeri-negeri lain di semenanjung khasnya negeri2 di sebelah selatan sana. Di sini pesta Poster , kain rentang & propaganda jelas dikuasai pembangkang PKR & PAS, dengan kain rentang diangkat ntuk menangkis setiap serangan Barisan Nasional yang maha hebat menguasai media, membobrokkan pemikiran rakyat.Lihat sahaja poster yg memaparkan Tok Guru Nik Aziz berdoa dengan titisan air mata jelas memainkan isu emosi yg sukar digambarkan terhadap perjuangan tulen menegakkan kebenaran. Di Kota Bharu perarakan anak muda dengan bendera & poster bersemangat kental mendominasi pemandangan, dengar cerita ditahan polis dan merinkuk dlm lokap selama beberapa jam…heh!! tak kisahlah yang penting semangat Orang Muda mesti kuat dan kental..Di Bachok(kawasan Bakal Menteri Besar) khabarnya wang di tabur bagai tiada batasan, puteri UMNO juga menjelajah dari rumah ke rumah ntuk melakukan sogokan dan juga modal lama pembangunan, Di kg aku juga bergitu, jiran sebelah khabarnya menerima RM50, diberikan setiap rumah yg dijelajah mereka.Hurrmmmm RM50?? Inikah maruah Orang Melayu kampong? Ingatlah bahawa target utama pemimpin tertinggi mereka adalah RM500 setiap keluarga di Kelantan jika anda menerima RM50 shja??RM450 lagi senang2 berada di dlm tangan ketua puteri umno tersebut…owhhh sungguh keji permainan mereka ini.Banner sebagai jawapan kepada kempen BN "18 Tahun Pade Doh" yg dilancarkan Pemuda BN

Pada sebelah malam sebelum hari pengundian kami menyiapkan “pos panas”/pos berhampiran dengan tempat pengundian. Tepat pukul 12 malam sebarang aktiviti kempen tidak dibenarkan sama sekali, para petugas sentiasa alert dan berjaga2 untuk menepis segala permainan kotor dari pihak lawan, pada sebelumya Rahim & Jemi sempat mengejar dan mengambil gambar 2 orang luar dengan bungkusan di dalam kereta, dikhuatiri ianya duit. Report terus dilakukan di Balai Polis berserta bukti. Selepas 12 malam ada juga tanda2 rasuah, kelihatan sebuah Land Rover berhenti jauh apabila terlihat kami sedang mendirikan “pos panas”, melakukan reverse dan pusing kembali..beberapa orang diarahkan mengekori mereka dengan motor, kelihatan Ibu kepada calon BN di dalam kenderaan tersebut. Korang fikir kenapa dia lari dari kami?? Tepuk dada Tanya selera.

Pesta di pos utama jugak betul-betul meriah 2 ekor lembu ditumbangkan iras2 mahu menyambut hari raya..Dengarnya di sebelah sana tiada seekor lembu pon ditumbangkan. Aku fikir ini satu rahmat rezeki yang tuhan turunkan terhadap yang berjuang dengan niat suci dan murni menegakkan kalimahnya, menegakkan kebenaran dan keadilan.

Pada hari pengundian aku ditugaskan mengambil & membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Telkong & memberi penerangan mengenai cara memangkah. Owhhh ada SMS dari Din dan Abng Ngah:

"Tok Guru Nik Aziz minta semua baca: La Ilaha Illla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazolimin. Baca sebanyak mungkin mulai skrng hingga selesai mengundi. Sebarkan!!"

Niat sebelum turun mengundi:
"Sahaja aku tolak UMNO-BN kerana hendak ke BULAN dgn menaiki ROKET demi KEADILAN"

"Seekor Lembu kini paling murah berharga Rm2800, seekor kambing paling murah RM300. seoran Manusia kini berharga RM200 shj. Malunya kta kpd lembu & Kambing"Merupakan celaan sinis kepada melayu yang mudah dibeli dgn RM200 shaja..inikah maruah mereka??SMS ini sememangnya menaikkan semangat pejuang muda seperti aku.

Hari mengundi berjalan seperti biasa, para petugas bergitu peka dgn unsur2 undi hantu, sentiasa berjaga-jaga dengan penipuan.SMS lagi dari Abg Ngah

"Huru hara di Rhu Rendang 4 bas ditahan disyaki pengundi hantu. Anjing FRU menggila seorang ditembak, Anak Tuan Guru Hj Hadi di tahan. Sila alert kpd petugas kita ntuk berjaga-jaga"

"Beberapa orang yg mempunyai lebih 20 IC ditahan di Tanah Merah, sila berjaga2 di kawasan anda.Sebar!!!"

Sudah sah!!! Dengan sandiwara murahan SPR membatalkan penggunaan dakwat beberapa hari yg lalu…PRU kali ini bakal dicemari dengan penipuan lagi, petugas sentiasa berjaga-jaga. Setiap pintu masuk ke pusat pengundia di jaga dengan rapi.

Pada sebelah petang kelihatan 2 orang bakal YB datang melawat di Pusat pengundian, bakal YB dari BN turun berserta dengan Jurugambar Khasnya megambil gambar YB bersalam dan beramah mesra dengan petugas kami(buat masa ini petugas BN hanya tinggal beberapa orang wanita dan 2orang lelaki). Aku fikir inilah yg akan dijaja & dibawa bukti jika orang bertanya apa bukti anda mesra rakyat??owhh sungguh murah sandiwara ini..Aku sempat mengambil gambarnya: Setelah habis waktu pengundian saat yg paling genting adalah waktu pengiraan, hamper 2 jam pengiraan dilakukan.Keputusan UPU Kg Telkong adalah berpihak kepada PAS di dua saluran iaitu saluran 1(saluran orang tua) dan 3(saluran muda) manakala saluran 2 tewas tipis 9undi..Takbir dilaungkan tanda kemenangan.

Pada sebelah malam kami ke Kuala Krai ntuk mengetahui keputusan penuh PArlimen dan DUN, Syabas akhirnya PAS dan PKR menang 5-0…”semua kita sapu” jerit RAhim…Benar2 mengujakan pejuang muda seperti aku..Dengar cerita rakan2 dari Negeri Perak, Kedah, Selangor dan Penang juga bakal merasai kemenangan..Inilah nikmat perjuangan sebenar dan kami pulang berarak bendera..Menuju ke Pos untuk menonton laporan keputusan di Negeri Lain, sorakan kuat kedengaran apabila SAmmy Vellu dilaporkan tersungkur di Sungai Siput & Khairy hampir tewas di Rembau(pengiraan semula dilakukan)..Tahniah Semua Pejuang Muda!!

Koleksi SMS Sempena Pesta PRU-12

Pada Pesta Pilihanraya Umum Yang Ke 12 lalu, terdapat banyak SMS Khabar angin, SMS membangkitkan semangat perjuangan , celaan sinis, SMS lucah nakal, SMS lawak, SMS pantun dan jugak syair yang dihantar oleh mereka-mereka yang jelas memeriahkan lagi Pesta PRU12.. Aku jugak tidak terkecuali menerima forward SMS ini. Pelbagai SMS diterima dari sahabat handai/family diluar sana yang kental berjuang untuk menegakkan kebenaran...Okeh kita baca serba sedikit SMS yang aku terima semasa Pesta PRU12 nan lalu:





kredit to Hairi(member opis), sbb kasi pinjam aku Digital Cam..nak take gambor ni.Thanks dude!!


1)Pada pagi hari 8 Mac(hari pengundian) SMS ini dikirim oleh Ali & Din..kawan baik & sepupu aku, Din merupakan Seorang Guru(cisss!! dulu ko ckp pendidikan ni bukan bidang ko?apakes?) di Sekolah Menegah di Segamat Johor:
"Tok Guru Nik Aziz minta semua baca: La Ilaha Illla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazolimin. Baca sebanyak mungkin mulai skrng hingga selesai mengundi. Sebarkan!!"

Niat sebelum turun mengundi:
"Sahaja aku tolak UMNO-BN kerana hendak ke BULAN dgn menaiki ROKET demi KEADILAN"

"Seekor Lembu kini paling murah berharga Rm2800, seekor kambing paling murah RM300. seoran Manusia kini berharga RM200 shj. Malunya kta kpd lembu & Kambing"

Merupakan celaan sinis kepada melayu yang mudah dibeli dgn RM200 shaja..inikah maruah mereka??SMS ini sememangnya menaikkan semangat pejuang muda seperti aku. Tugas aku pada pagi 8 Mac adalah mengangkut pengundi ke Pusat pengundian & memberi penerangan tentang cara untuk memangkah di kertas pengundian(perhatian: tiada rasuah diberikan yeee).


2) Pada sebelah tengahari inbox aku digemparkan dgn SMS dari Abang Ngah mengatakan huru-hara berlaku di Terengganu(DUN Rhu Rendang). Berbunyi:
"Huru hara di Rhu Rendang 4 bas ditahan disyaki pengundi hantu. Anjing FRU menggila seorang ditembak, Anak Tuan Guru Hj Hadi di tahan. Sila alert kpd petugas kita ntuk berjaga-jaga"

"Beberapa orang yg mempunyai lebih 20 IC ditahan di Tanah Merah, sila berjaga2 di kawasan anda.Sebar!!!"

Pada sebelah malam pula SMS dari Angah berbunyi(time ni aku kat dewan pengiraan di Kuala Krai ntuk menyambut kemenangan):
"Penang+Kelate kita pegang, Kedah, Perak On the way"
Sememangnya menaikkan semangat kan??




Kawasan Kg. aku semasa pagi hari mengundi..ntuk photo lain nantikan laporan dari Truckster Adventure Team.


3)Ketika ini aku dan rakan seperjuangan lain berada di Pos ntuk bersorak meraikkan kemenangan, sorakkan paling kuat kedengaran apabila Sammy Vellu diumumkan tewas si Sungai Siput..dan SMS dari Angah lagi:
"Sanz, Khalid Ibrahim menang 2 seat, Dr Lo Lo, Izah Anwar, Samy Vellu mampos di S. Siput, shahrizat di Lembah Pantai"

Ketika ini jugak aku reply ntuk mintak Angah sama2 dgn aku Menge"BOOO" Abg Long(dia ni karat BN)...sbb aku call sebelum tu xdpt2...lastly kitorang dapat sama-sama mengeboo Along.. wakakaka ambik kau padan muka...LOSER!!!!

4) 2 SMS dari Reezwan/Athlonium, member blogger dari Selangor:
"Yup Tahniah...Selangor kita ambik"
"Yeahh Selangor Insyallah Jumaat & Sabtu macam Kelantan keh3"

5)Esoknya inbox aku digegarkan dgn SMS forward dr Angah & pantun lucu dari Daud, Rahim & Din :
SMS Angah: "Kemungkinan Besar Pembangkang Dapat m'bentuk Kjaan. Anwar sedang memujuk pemimpin UMNO ntuk berpaling tadah.Sebarkan!!!"

SMS Daud(Putera UMNO, Ipoh): "Hahahahah.Tahniah beb! Rakyat telah bersuara.Harap2 MB kta dr PAS"

SMS Dari Rahim:"Sesiapa terjumpa seorang rakyat Selangor, rambut putih, mata sepet, berlangak hansem, bngsa jawa, rendah2 sila hubungi balai Polis Berhampiran, kunci pjbt MB ada kat dia"
Merupakan celaan sinis kepada Khir Toyo yg tersungkur dari menjadik MB Selangor.

Dari Din: "panas kusangka hingga ke petang,rupanya hujan dtengah ari,kelantan kusangka mudah dtawan,rupanya ku hilang 5 negeri,sungguh malang nasibku ini,tiada kampung dan tiada negeri,penang negeriku dtawn dap,x tau kemana nk bawa diri,beri peluang kepada khairy,sambil ku tumpu kepada isteri,manalah tau kot dapat baby..."

6) Dan Akhir sekali ayat lawak ni tersebar di Email dan YM aku...hahahaha memang kelakar habis:
1- khir Poyo buat side income jual bedak berasaskan Tempe dan segala macam penyapu...
2- Samy Belu now xde Velue. Jual Wig di Batu Caves & pt time tampal/ turap jalan. Bagaimanapun kemungkinan besar akan pulang ke sg. siput sebagai penternak siput, mungkin siput...entahlah.
3-Koh. s.k. di dapati telah mula menjual buah pala di R&R Juru.
4-Zam tulis memoir ' Mentri pnerangan yg kene trajang'.
5-Kayveas apply kerja di MPAJ 'bagaimanapun tengah menunggu keputusan dari menteri besar Slangor' Dato khalid.
6- Awag Adik jadi praih bras d bachok.
7- Di K. Lumpur Plis sdang berjaga2, takut geng rempit diktuai oleh Azeez buat kacau.
8- Shrizat sedang berehat di tepi lembah pantai sambil memerhatikan pemandangan indah di sana.

Papepun pesta SMS ini sememangnya memeriahkan lagi PRU12. tahniah kepada semua Orang muda, dengan berkat dan kesungguhan kita berjuang tidak kiralah di Blog-blog, menyebarkan manifesto, menyedarkan semua orang kita tidak mempunyai media tetapi berkat kesungguhan dan keikhlasan hati...akhirnya KEBENARAN tetap jugak mengatasi KEBATILAN...rakyat sudah sedar...owh nampaknya SPR juga sudah sedikit telus dan mempunyai akauntabiliti xsia-sia aku menyertai Rally BERSIH 10 Nov dulu: click sini ntuk baca laporan Rally BERSIH

"C'mon Orang Muda!!Majulahhh!! Kita Adalah Masa Depan Negara..Usah Diperbodohkan lagi, Cukup Setakat Atuk, Nenek dan Ibu Bapa Kita..Kini Masa Depan MALAYSIA Mula Tercipta!!!!"



psst: nantikan laporan eksklusif dari Truckster Adventure Team, Perang Poster dari Kg aku Kelantan. Nantikan yaaa!!!!

GUA BERTANDING DI PARLIMEN - P074 LUMUT.

Kenapa tarak percaya arrr?? ini bukan mimpi atau Fantasi jauh skali firasat psiko Nenek Maimun, semalam gua telah mendapat mandat dari En. Pazuzu iaitu Presiden Parti Undi Rosak(PUNDAK) Malaysia untuk mewakili Parti di P074 - Parlimen Lumut, Perak. Pada awalnya gua merancang untuk bertemu satu lawan satu dengan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput, pada saat akhir senarai calon berubah, gua akur dengan apa jugak keputusan Presiden Parti, YB Pazuzu yang mungkin mempunyai strategi lebih bijak(Gua Saspek dah kena rasuah hape dia ni)...dan tiada tindakan demonstrasi jalanan, mogok lapar atau sebarang surat-menyurat dibuat bagi menentang keputusan muktamad En. Pazuzu yang akan bertanding menentang Perdana Menteri di Parlimen Kepala Batas itu. Dengan ini mengikut perintah diri sendiri gua secara rasminya mengumumkan:

"Truckster Calon Parti PUNDAK bagi - P074 Parlimen Lumut, Perak"



Sila ke Laman Web Rasmi Parti PUNDAK:
http://pundak.wordpress.com/
untuk mengenali kami dengan lebih mendalam.

Antara persiapan menjelang PRU12 ialah Lagu Tema dan Video Muzik Pilihanraya PUNDAK ini:

Lagu/video ini merupakan mangkin kepada kempen PUNDAK untuk meraih kemenangan besar bulan depan. Ini akan diikuti dengan Manifesto (atau dalam Bahasa Malaysia - Manipesto) PUNDAK yang akan kami siarkan dalam beberapa hari lagi sebaik saja kami mendapat tahu Manipesto itu sebenarnya apa-benda.


Gua sudah mengerah ahli2 Truckster Adventure Team untuk memulakan Kempen Propaganda, dan Manifesto yang akan gua gunakan sepanjang kempen menjelang hari pembuangan undi pada 8 Mac ini. sumbangan yang akan gua errr…sumbangi di kawasan Lumut adalah:

1) Menghapuskan tambang feri ke Pulau Pangkor. Hal Ini gua saspek bisa menyebabkan peningkatan statistik jumlah pelancong untuk mengunjungi Pulau Pangkor dan seterusnya menyebabkan pembangunan di sekitarnya semakin bertambah baik. nasib nelayan2 tradisional juga secara automatis akan lebih terbela.

2) Meng"restructure" semula sistem pengurusan sampah pepejal dan juga bahan buangan kilang-kilang supaya pencemaran teruk di kawasan Lumut Port & Sri Manjung dapat dipulihkan semula. Juga memperhebatkan lagi kempen "Say No To Plastic Bag".

3) Mengumumkan secara serta-merta penurunan HARGA ROKOK, minyak petrol, Diesel, dan juga makanan keperluan asas kehidupan manusia secara berperingkat. Menghapuskan kupon tempat letak kereta dan monopoly yg dilakukan sesetengah Kingpin peniaga barangan runcit.

4) Menubuhkan satu Jawatankuasa Di Raja bagi memantau harga makanan, dan tahap kebersihan di Restoran-restoran Mapley(Mamak) yang sejak akhir-akhir ini mereka secara "sukhatibapaktirilakimakdiajerrr" menaikkan harga makanan yang dijual. Pejaddahnya air kosong pun RM0.40??

5) Mengistiharkan Bandar Manjung, Sitiawan dan Lumut sebagai hub teknologi serantau, di mana gua akan memasang Sistem Wireless Broadband 34Mbps secara percuma untuk kegunaan rakyat tanpa had 24/7...Fakta Menarik: Jangan melakukan mogok/demonstrasi jalanan jika akses ke laman web pornografi disekat. Ini bagi menjaga moral masyarakat sekeliling.

6) Mengazetkan Bangunan-bangunan Vintage di Pekan Sitiawan(Pekan Komunis Chin Peng) sebagai Warisan Klasik Sepanjang Zaman. Dimana pemilik yg ingin memperbaiki kerosakan/upgrade bangunan mereka boleh membuat claim kepada Majlis Pembandaran, selagi ianya tidak mengubah structure klasik asal bangunan tersebut.

7) Menyedarkan Mat-mat Rempit dengan memperkenalkan "Program Mat Rempit Berkebajikan" dimana seorang tokoh kaunseling tersohor akan dipanggil setiap minggu untuk memberi kesedaran sivik terhadap Mat Rempit, supaya mereka melakukan sebarang aktiviti yg lebih berfaedah selain merempit seperti menjaga kebersihan di Masjid, Kuil, dan kawasan tumpuan umum yg lain.

8) Menghantar ekpedisi Putera Pundak aka Mat Rempit Berkebajikan ke kutub utara, tanpa tujuan yang nyata, pastu keluar kat media mengatakata kami berjaya taubatkan ex-mat rempit.

9) Menghapuskan secara keseluruhan Khidmat 40tahun Bas General & Perak Roadways yang "horror" dan menggantikan dengan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Monorail & Keretapi Bawah Tanah. Khidmat Keretapi Laju juga akan diwujudkan dari Lumut ke K.L hanya mengambil masa 30minit.

"Akhir kata Jom Bersama Menuju Parlimen Lumut Berkebajikan"

Video Penuh Manifesto Parti PUNDAK





psst: jom usha blogger lain antara calon parti Pundak mewakili parlimen masing-masing dengan janji2 manis kempen yang mereka taburkan antaranya:En. Pazuzu - Parlimen Kepala Batas, En. Kumprinx - Parlimen Lipis, Anttyk-Parlimen S. ALam , Islamic Leader-K. kangsar, AliffStyle-Wangsa Maju, Ylwong-Penampang, Mat Jan-Pekan, OrangCina-Parlimen Kuantan, AdiJin-Seputih, hurnain-Ampang, tranquility-Batu gajah

Sooo.... camner korang nak undi gua ke x???sesape yg xcukup umur @ xde nama dlm senarai SPR, korang terjah jerrr pusat pengundian tu, yg penting buat undi rosak...

FAST UPDATE: AWAY KE TEMPAT MISTERIUS!!


Blog apa-saje akan dibiarkan bersawang ntuk beberapa hari until selepas CNY?? hoh!! kenapa ini terjadik?? jawapannya aku ke satu "tempat" yg tidak dapat aku umumkan di sini, cukup saje kita namakan sebagai tempat Misterius. Kira outstation laaa lebih kurang dan tempat misterius ni jugak gua suspek koneksi internet pon tarak kot. So ada sesape nak volunteer tolong aku untuk menyembur Ridsect/Baygon kepada labah-labah bagi mengelakkan blog ni menjadik lebih bersawang?? jangan khuatir, kerna ada hadiah untuk anda, merupakan buah tangan hebat selepas aku pulang dari tempat Misterius ini. Sape berani angkat tangan, Mungkin En. HeavenX bleh tolong?
Soalan Trivia: misterius ke gambar kat atas tu??? actually gambar kat yahoo images ntah sape punya, aku rembat...kalo nak kredit tuntut la kat sini...heh!

TRUCKSTER ADVENTURE TEAM : EKSKLUSIF HARI THAIPUSAM

Aku x berapa pasti idea best ni datang daripada siapa, apa yang aku tahu En. Lord Puaka sejak akhir-akhir ini bergitu bersungguh-sungguh sekali into kepada benda2 mistik lagi horror dan terlalu asyik sekali mengkaji Teori Chow Tut & Falsafah Kerajaan Langit yg diasaskan oleh Ayah Pin (di satu sudut bilik En. Puaka ada Sebuah Kitab Kerajaan Langit, yg entah dari mana datangnya, gua pon seram time nak usha kitab tu). Trip ini jugak untuk menyiapkan thesis ujarnya sambil serius menghembus asap rokok SAAT yang keluar dari paru-parunya. Aku tertanya-tanya??? apekeharamjaddahnya thesis plak ni??. Itu jam kami tengah lepak2 kat Salam Corner (Kingpin Kedai Mapley yg pegang area gua ni).

Trivia Menarik: En. Puaka merupakan Tokan rokok yang berjaya semasa tinggal di Hostel dulu, pasarannya melangkau ke Blok C & D dan diedarkan oleh kutu-kutu yang dilantik khas. Yang menjadik mangsa adalah keta aku, digunakan untuk menyeludup berkarton-karton rokok melepasi Pondok Pak Guard ke dalam Kampus.

Menurut En. Puaka Perarakan Thaipusam Kaum Hindu untuk memuja Lord Murugan akan bermula di sebuah Kuil Hindu di Pusing, Ipoh Perak. Menurut research yg di baca En. Puaka Perarakan Kavadi bakal bermula di Kuil Sri Mahakarumaryamman Muneshwarar. Sebuah Kuil di Pusing.


Menurutnya lagi, Di Malaysia merupakan yang terbesar di dunia, sambutan Thaipusam turut disambut dengan meriah di kuil Gunung Cheroh Sri Subramaniar, Ipoh, Perak; kuil Arulmigu Balathandayuthabani, Pulau Pinang serta tiga kuil di Johor iaitu kuil Sri Muniswarar di Tampoi dan kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air serta kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel, Johor Bahru(hoh???)....Gua, Lan dan Mal tergaman beberapa minit disebabkan kenyataan En. Puaka ini dan di sebabkan faktanya yg bernas dan tepat kami sepakat melantik En. Puaka untuk mengetuai Trip Truckster Adventure Team untuk ke Pesta Thaipusam.



Pada awalnya kami merancang ntuk terus ke Bt. Caves, disebabkan kos yg tinggi menyebabkan idea tersebut gagal dan kami mengambil keputusan ke Ipoh saja. Sebagai ketua misi En Puaka dipertangungjawabkan merangka trip, menetapkan budget dan juga menganalisis kesukaran yang akan kami tempuhi.


Suasana di Jalan Medan Kid.

Pagi2 lagi kami bangun dan tanpa breakfast kami menyiapkan diri ntuk ke Pusing, destinasi pertama kami. Mengambil masa selama 20minit akhirnya tiba. Kami heran lantas naik bigung kerna tidak terdapat sorang pun macha kat Pekan Pusing. dalam kami mencarik-carik kuil hindu di pekan Pusing maka datang sorang Apek Tua Berbasikal Tua selamba melakukan wheelie didepan kami dan aku seraya bertanya kepadanya "Apekk!! bawak kavadi punya olang mana pigi arrr?? itu thaipusam punya pesta???". Soal gua. "Owh itu aaaarrr, lu pigi straight nampak simpang lu masuk, then ada itu kuil, dalam sana ada itu olang bikin kavadi". Jawabnya ringkas. Setelah mengucapkan terima kasih kami terus ke Kuil yg apek tu cakap tadi. Sampai saje kat Kuil tu satu macha pun tarakk!!!. Gua suspek kami dah kena kencing dengan Apek Tua Berbasikal Tua tu. Cisssss!!!!


Aku dan Mal, bergambar latarbelakang Kavadi. yang Kool.



Mal dan Puaka bergitu terhibur skali.di situ.


Tanpa banyak soal kami terus ke Ipoh dan tiba di area Medan Kid kami lihat ramai orang dan Polis mengawal Trafik...Yaaaa ini laaahhh yang kami tunggu2 dan gua seraya melakukan drift ntuk park keta di area Stesen Shell seberang jalan. Kami benar-benar teruja, menyiapkan kamera dan peralatan lain ntuk menyertai pesta ini. Sambil menjunjung periuk susu serta kavadi, penganut Hindu berduyun-duyun berjalan sejauh 10 km melalui beberapa jalan termasuk Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusuff, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Muda Musa untuk ke Gunung Cheroh.



Macha ni dah berapa kali stop, gua suspek dia dah sakit giler usung bendalah tu. tgk la duri2 menyucuk kat badan dia. ngeri siall.


Para pelancong asing, gua suspek mereka satu rombongan bas turut menyertai kira-kira 100,000 penganut Hindu yang membanjiri kuil Subramaniyar di Gunung Cheroh sejak petang semalam.Pelbagai aktiviti keagamaan diadakan di situ termasuk perarakan Lord Murugan dari kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari ke kuil Kallumai Arul Subramaniyar di kawasan batu kapur Gunung Cheroh. Kami sempat menemuramah beberapa Mat Salleh dari German Reporter sebuah Majalah kat sana dan banyak lagi dibebelnya tp xpaham sbb loghat Germannya pekat gile. Owh!! patut la siap ngan kamera SLR suma.

Info Menarik: Apa yang kami perhatikan tiada sorang pon orang Melayu kecuali kami menyertai Perarakan itu. Pelikkan? kenapa kepelbagaian kaum dan tradisional yg unik ni orang melayu tidak beberapa into.


Aksi ngeri yg gua compilekan skali, gambar-gambarnya.


Pelbagai aksi ngeri dan berani mati dapat dilihat seperti mencucuk pipi dengan anak panah sehingga tembus kiri-kanan, mencucuk mata kail di belakang badan, melontar buah kelapa ke dinding, apa yg best terdapat jugak buah-buahan tempatan & import turut di gantung di tubuh badan masing-masing. Kami makin teruja dengan aksi2 sebergini rupa kerana dapat dilihat secara live beb!!! mana lagi nak tengok. Gua naik seram apabila terdapat jugak kanak2 Ribena mengusung kavadi, memang hardcore gile!!! kecik-kecik dah into dalam benda2 ngeri macmni.

Info Menarik: kami berada di sana selama 4 jam... dan perut sudah mula berbunyi, setelah perarakan sedikit reda kami bersiap ntuk pulang. On the way balik lepak kat Nasmir Taman Ipoh, ntuk makan2 sebab sebelah petangnya kami akan ke Bota ntuk mengkarate buah Durian di Kebun Atuk Meon.

TRUCKSTER ADVENTURE TEAM : PANGKOR TRIP FOR MULTIMEDIA PROJECT

Dalam beberapa hari lepas gua ada membelek-belek dan melakukan bedah siasat terhadap arkib buku-buku lama gua semasa study dulu (lama ke sampai jadik arkib??), dan gua terkejut beruk apabila masih terdapat lagi proposal-project Multimedia yang gua bikin masa semester 4 dulu, dalam situ jugak terdapat report yang kitorang buat, ni kira macam the making of laaa lebih kurang. Itu jam gua satu group bersama Sarjan dan John, dalam mencarik idea bernas tajuk apa yang patut dibikin gua secara rambang memilh untuk buat dokumentari pasal Pulau Pangkor kerana destinasinya yang cantek dan eksotik, banyak nilai sejarah classic, juga dapat skodeng melihat Pelancong Luar/Mat Salleh Mandi manda dan bersuka-ria serta tidak lupa jugak acara sampingan seperti mengusha awekkk. John & Sarjan dengan selamber(setelah digertak dgn sepucuk pistol di kepala) setuju sahaja dengan idea gua & memuji-muji idea gua yang bernas itu. Maka proses penyediaan bahan serta beg packing dibuat. Video Cam dapat dari PakSU, Kamera daripada Puaka, seluar pendek ,selipar, kasut, Stoking serta sedikit Meggi sumanya kami poww dari bebudak(hoh???)

Keterangan: Gambar ni xde kena mengena dgn Trip ni, time bersama Zuar, Apak, Lie, Puaka Bertaring, Aku dan Mal..ini mase 1st trip kitorang dulu, pergi secara marathon beramai-ramai



Okeh untuk Trip 2 hari 1 malam,

ini antara catatannya:


Hari Pertama(25/9/2006): Berkemas dan packing suma barang, John di pertanggunjawabkan dalam menguruskan suma hal ini. Gua & Sarjan pergi servis keta, suma gua tukar minyak hitam, spark plug, 4 tayar, penapis minyak hitam, coolant radiator, hampir sahaja gua mengarahkan apek kat workshop tu meng“overhould”kan sahaja enjin keta buruk gua, setelah dinasihat oleh Sarjan gua cancel saje niat itu. Waaahhhh semangat giler nak pegi Pangkor padahal jarak Pulau Pangkor dari UITM Sri Iskandar(kampus tempat gua blajar dulu) hanya 80KM sahaja(hoh??)


Fakta Menarik: Muka Apek Workshop itu same dengan David Teoh alaaa yang tokey Flem tuh?? Xkan x kenal kot.


Sampai saje di Kolej Gua & sarjan terkejut beruk apabila melihat John mengangkut suma Piggan Mangkuk, Periuk Belanga, serta Heather air untuk dibawa bersama. Gua Tanya Sarjan apakejadahnya suma itu dan Sarjan dengan seraya mengkarate tengkuk John sebanyak tiga kali. Gua saspek John sudah disampuk oleh Hantu Jembalang Pangkor yang dengar khabarnya banyak berkeliaran di sekitar kepulauan itu, kerna beberapa hari lalu John ada cakap kat gua yang di demam2 panas serta pening kepala dan seraya gua sound dia supaya mengambil ubat panadol kerana project trip ini perlu berjalan sebelum bulan puasa. Itu jam bulan Ramadhan akan bermula beberapa hari sahaja lg dan juga bukan amalan gua untuk menyiapkan sesuatu final project pada saat akhir(ye ke?? Anda percaya??) Setelah sembahyang zuhur secara berjemaah di Surau Kolej kami bertiga berangkat ke Area gua kat Manjung untuk mengambil Motor kat rumah abng gua, satu motor Kriss dan Yamaha SS, maka lengkaplah segala benda/barang2 untuk memulakan Trip 2 hari 1 malam ke Pulau Pangkor. Bagi orang Perak especially area Setiawan, Manjung & Lumut membawa motor di atas feri ke Pulau pangkor adalah biasa ini untuk memudahkan pergerakan di Pulau itu nanti, juga mengurangkan kos. Lebih kurang 15minit perjalanan dengan bermotor kitorang sampai di Lumut WaterFront tempatnya indah dan mendamaikan maka kami memulakan acara utama iaitu mengusha awek sesi makan2 di Kedai Mapley yang berdekatan, itu time gua pekena Mee Rebus. Waaaahhh rasanya memang champion dan kalo korang ke Lumut sila singgah ke Nasi Kandar ERA(tiada kena mengena dgn ERA FM) untuk merasa bertapa championnya Mee Rebus diorang. Setelah sessi makan2 kini gua memerintahkan Sarjan untuk membeli tiket Feri dan kami dikenakan charge RM10 untuk motor. Dalam menunggu Feri kitorang sempat posing2 sakan di area Jetty tu, dan gua lihat ada sorang Mat Salleh ni macam pelik giler tengok kami berposing, itu time gua sangka mungkin Mat SAlleh tu terfikir "entah Jakun datang dari mana ni, mybe 1st time datang ke Pangkor kot", berposing gambar mengalahkan aku. Lantak ko la nak pikir ape gua x ambik pot. Dalam feri kami berposing lagi.

Keterangan: Gua dengan sarjan secara serentak sedang menelefon Taukeh Kedai Nasi Kandar td ntuk mengucapkan Terima Kasih kerna Belanja kitorang minum


Akhirnya tiba kat Pangkor


Feri mengambil masa 20minit untuk Tiba di Jetti Pulau Pangkor, setelah segala urusan passport diselesaikan di pusat imigresen yg berdekatan(hoh?) maka kami merempit disekeliling kawasan jeti hinggalah ke area Pekan Pangkor gua lihat ramai pelancong asing berkeliaran, pada hemat gua baik sahaja kerajaan bikin satu International Airport kat Pangkor ni mcm kat langkawi nun sbb pelancong Asing bergitu suka skali ngan keindahan Pulau tersebut. Awek/amoi jugak ramai berkeliaran disini. Kami ke Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah dan area Pangkor Laut mencarik tempat strategic ntuk landing/camping, masalah muncul kitorang x jumpa tempat yg strategik. Maka john bagi idea supaya kami tidur sahaja di Masjid kat Pekan Pangkor, kat sana senang skit nak charge battery Video cam dan lain2 barangan pengambaran(dah ok kot kapla otak member gua sorang ni, sbb selepas dikarate Sarjan pg tadi dia tidak bercakap waloupun sepatah) satu idea yang bernas!!!. Dalam pada tu kami menjalankan sdikit pengambaran di sekeliling Teluk Nipah, tengok sunset itu time memang indah. Kitorang terpandang satu awek yg cun, John dengan selamber memberi salam dan bersedia ntuk menemuramah awek ni ntuk dimuatkan dalam video project kami(isk2 ni dah lebih), “APA KO NIHH JOHN!!!! xde dalam planning laaa” dengan seraya gua sound dia.”Ala rakam je nanti sampai kampus kita edit balik” jwabnya selamber. maka gua untuk tidak melukakan hati member sorang tu buat2 rakamlaaa. Gua hawatir takut2 Jin Jembalang Pangkor datang menghasutnya lagi kang jadik masalah besar kang.


Keterangan: Pemandangan Petang hari di Teluk Nipah, suasana malam xdapat disiarkan kalo xblog gua akan bertukar mode menjadik blog berunsur pornografi yg xsanggup anda lihat


Malam menjelma, Di Teluk Nipah seMacam Pesta Keraian ada yang buat BBQ, Jual-Beli seakan Uptown, berpesta muda-mudi, Juga terdapat Mat Salleh beromen mabuk2, yg melayu pun lebih kurang jeerrr. “Wahhhh ini dah lebih xtakut bala ke?? Kang tetiba Tsunami datang x ke haru!!!!” selamber je gua sound tp xde orang yg pedulik. Kami sempat rakam aksi mereka, tapi xdapat dimuatkan dalam Documentary nanti takut kena potong markah dengan Pn. Norliza(lect. Multimedia) . Dia dah sound awal2 aksi pornografi/ lucah melampau dia tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak ntuk potong markah.


Lepas makan2 Kitorang kembali ke Masjid ntuk solat ngan tidur. ALangkah tekejut beruk kitorang apabila pagar Masjid sudah di tutup, satu lg masalah timbul!!!. Dengan budget terhad, Maka gua mengadakan meeting tergemparr, setelah mengadakan kutipan derma kilat dengan penduduk setempat serta mengepoww beberapa budak kecik kami membuat keputusan ntuk menyewa Chalet. Kami dapat tidur/landing dengan aman fuhhh nasib baik.



Hari Kedua Yang Mendamaikan


Hari Kedua(26/9/2006): Budget Bagun pagi2 tapi terlanjur sampai kul 9.30 kami sempat usha Breakfast tp suma dah abis “apakejadahnya kul 9.30a.m dah abis??” gua selamba sound anak pemilik chalet tu kedekut nak mampos. Itu time hendak sahaja kitorang mengadakan mogok lapar. Dan gua tengok sarjan dengan muka merah padam ke hulu-ke hilir mencarik Tuan punya Chalet ni, gua pikir barangkali dia bersedia nak hadiah sekeping dua pelempang kat Tuan punya Chalet. Lantak ko laaa….Kami berlalu dan singgah ke gerai ntuk sesi makan2 gua ambik nasi lemak ikan bilis, lepas tu bayar dan apekejaddahnya nasi lemak berharga RM2.50? Nasi Lemak ini yg paling mahal yg pernah gua rasa dlm hidup gua. Itu time kitorang xde melakukan protes apatah lagi berdemontrasi. Lepas makan kitorang merempit ke Teluk Dalam, pangkor Laut, ntuk merakam video chalet2. Seterusnya pergi ke Kota Belanda korang baca la sdikit fakta Pasal Kota Belanda kat bawah ni malas aku nak menaip pepanjang:


Kawasan Dutch Forth Yang Klasik & Vintage


Seterusnya Kitorang ke Tokong Fuh Li Kong, dan menemuramah seorang Uncle Cina rumahnya kat Bawah bukit btul2 bertentangan dgn tokong ni kalo xsilap kedai makan, kalo korang pernah ke sini musti perasan, dia bagi banyak info detail tempat bersejarah ni kat kitorang dan banyak skali fakta berguna. Time tu sarjan yg take video, john plak sbgai wartawan, aku sbgai pengarah. Setelah siap ditemuramah gua view skit video yg dah diambik oleh Sarjan dan WTF???? Dia x open audio mode, akhirnya video tu jadik silent. Sumanya musnah dan dengan seraya gua memerintahkan John untuk meghadiahkan Tinju Maut Pendekar Laut tepat ke buah pinggang sarjan beberapa kali. Itu jam kitorang dah malas menyusakhan Uncle dgn re-take balik video temuramah tuh….Waaaaaaaaa!!!!


Kawasan Tokong Fuh Li Kong yg Cantekk Bangat!!!


Seterusnya kami ke Pusat Pembuatan hasil laut, kitorang lihat ramai awek2 rombongan dari UPSI “ini suda bagoss!!!!” jerit John dan Sarjan, maka meninggalkan aku untuk take video kat situ sesorang. Memang tiada berhati perut btul la dua orang member gua ni.


John & Sarjen, yeelaaaa aku letak gambar korang sebagai credit menyiapkan Video Documentary ni Thanks!!!!


Hari sudah petang kitorang sudah nak bertolak balik dan shopping(alamak guna lg ayat ni) skit barang kat PEkan Pangkor. Kepada korang yg blum sampai lagi kat sini sila la melawat apekajadahnya korang ke Pulau Hawaii, Bali, Pulau Phuket , Pulau Andaman, atau lebih horror lagi Pulau Singapura(Pulau jugak ape??) kalo korang tidak lg melawat Pulau Pangkor, maka tiada gunanya korang tinggal kat Mesia ni kalo x support pusat pelancongan tempatan. Okeh sebelum tuh enjoy dulu video Documentary Pulau pangkor yg kitorang bikin ni.



Cuti-Cuti Malaysia: Pulau Pangkor - Part 1



Cuti-Cuti Malaysia: Pulau Pangkor - Part 2





P/S: lepas tengok jgn lupa comment anda, nak kutuk pun kutuk la apa gua pedulik gua dah dapat A+ dgn project video ni, khas dari Gini-Gini Production ntuk korang.