Showing posts with label tag oh tag. Show all posts
Showing posts with label tag oh tag. Show all posts

Tag: 5 Laman Sesawang Yang Ku Minati:

Belum ku publish entri tag pertama kini ku di tag lagi oleh khai. Okeh...5 Laman Sesawang Yang Ku Minati:

Satu laman sesawang yang bisa memberikan aku kebahagiaan, di dalam nya terkumpul banyak benda "benda-hebat" tak perlu aku coretkan dan korang jugak tahu apajadahnya "benda" itu. Owh bercerita tentang youtube, feel free to view my profile, my uploaded videos, and my favorites just click here. Mind to add too??

Laman sesawang Harakahdaily ini sebagai alternatif untuk mengimbangi pemikiran aku dengan media milik kerajaan Malaysia yang semestinya "sangat bebas, adil, tidak putar-belit, bergitu bertanggungjawab dan saksama"nak-nak time demam pilihanraya ni. sementara tranungkite, terdapat banyak artikel yg menarik berkenaan politik tanah airyang dipost oleh blogger2 terkemuka, aku suka membacanya dengan fakta yang bernas menangkis segala dakwaan yg dikeluarkan media kerajaan.
fs ni aku layan secara bermusim jer..time2 rajin masuk, time2 malas nak masuk, yg penting aku dapat kumpul ramai kenalanyg baru dan lama(geng skolah dari Tadika sampailah skolah menengah). Kat sini profile aku, add lah kalo brani...hehehe

fakta menarik: aku tidak mempunyai myspace, walaupun didakwa sesetengah pihak sebagai best & mengujakan..tetapi gua tidak terniat ntuk memiliki ataupun merasai kebestan mempunyai profile di myspace. jgn tanya kenapa sbb gua pon xtau kenapa??

sebuah laman sesawang yg memberikan review berkenaan dunia hardware perkompiteran, dan gadget2 nya menarik. Artikel yang terdapat disanasentiasa update, testing produk2 terbaru, review yang jujur (kutukan keras akan diberikan jika produk itu hampesss!!!), terdapat juga benchmark & guide ntuk sesiapa yg mahu membeli produk2 kompiter terbaru. Owh terdapat jugak video yang menarik disana. berkunjunglah.

Virus Tag ini disebarkan kepada:
Umar - http://www.umarzuki.com/
Athlonium - require512mb.blogspot.com
Syia - syia.blogspot.com
Deenasour - deennasour.terbaek.com
Loque - kampungmuzik.blogspot.com

Tag Oh Tag...Lagi...!!!

Minggu ni Aku telah di TAG benda yang sama Oleh 3 jejaka kacak sekali gus iaitu Khai, Deenasour dan Loque demit!!!!

8 perkara rawak pasal diri Aku :

1. Aku suka pakaian yang simple T-Shirt Hitam + Jeans + Selipar Jepun + kekadang pakai sandal N.B & Nike ACG. Tidak suka memakai kasut kerna gua mengangap ianya meremehkan. ini adalah imej aku kemana-mana saje aku pegi eg: Ke Mamak ntuk layan live EPL, bersantai tepi pantai, pegi shopping ke(hoh??), pusing2 town, ataupun lepak2. owh masih ingat lagi konflik dunia dark-side gua.

2. Aku suka minum apa-apa jer janji kandungan air dalam badan aku mencapai tahap yg mencukupi untuk terus bernafas dan menyambung hidup gua yang Hectic.

3. Mengangap Games adalah salah satu resource ataupun keperluan asas hidup aku seperti jugak makanan, air, dan oksigen. xdapat dibayangkan camner hidup gua tanpa sebijik PC + Games yg best kat dalamnya + Koneksi Internet. Skang ni tengah layan main online over Hamachi Server, iaitu Game Call Of Duty 4...

*Fakta Menarik: Aku xlayann Konsol PS2/Xbox/Gamecube....etc, gua pun naik heran?? skang ni sedang membuat research kenapa ini terjadi? xtau apsal? walopun sudah dua bijik PS2 yg rosak kat Rumah ni(kanak-kanak Ribena jer yg men).

4. Aku seorang insan yang tidak suka menggunakan plastik bag..Pelik??owhh tidak!!.juga merupakan azam aku tahun 2008 ntuk mengurangkan lagi jumlah penggunaan Plastik Bag.Jika aku ke kedai untuk membeli perkara mudah eg: beli buku/paper/majalah & makanan yg sedia dibungkus kat Shopping Complex dan jika cashier memberi plastik aku akan menolak secara hormat. Tahukah anda Plastik Bag merupakan sumber pencemaran alam yang terbesar di Malaysia. Jika kita 24juta rakyat Malaysia dapat mengurangkan penggunaan plastik bag, alangkah bagusnya. Jom baca sedikit tulisan Saudara Hisyamuddin Rais yg kuat mendukung kempen "Say No To Plastic Bag" di Malaysia.

5. Mempunyai masalah dalam pertimbangan logic. Yeapp!! gua memang fail kalo dah masuk bab2 logic @ pengiraan aka Math. Bidang pengajian gua di Universitas dulu banyak mengggunakan Formula Math yang horror(repeated subjek Math sudah menjadi Tradisi bg gua dan teman2 seperjuangan), gua suspek otak belah kanan(otak logic) sudah banyak rosak dan perlu di repair.

6. Suma T-Shirt gua satu kaler jer iaitu hitam.

7. Merupakan seorang yang serius apabila bertukar ::Mode Opis:: kerja opis seharian melakukan web design, PHP/ASP/Ajax koding skit dan CMS yang mampu membuatkan otak beku, Dreamweaver adalah "games" yg paling pening gua pernah main. Jika error berlaku gua seraya akan menghentak Keyboard beberapa kali.hoh!!

8. Sejak akhir2 ni hobi gua adalah menternak binatang, baru 2 bulan lepas angkat beberapa ekor burung Puyuh yg Psiko(sampai skang pun xbertelur2 lg damn it!!!) dan terbaru gua ada angkat akuarium dan beberapa ekor ikan hiasan yg tidak psiko. Kucing gua(Labu) pun dah menunjukkan tanda-tanda protes dgn hobi gua itu. gua saspek dia cemburu sebab kasih gua berubah arah kot.




Labu sedang melakukan mogok lapar tanda memprotes hobi baru gua.