Showing posts with label daily craps. Show all posts
Showing posts with label daily craps. Show all posts

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi......sekarang, dalam keributan hidup dan membelah detik masa yang pantas, aku meneruskan ramadhan kali ke-6 ini di perantauan. 


Bercakap tentang bulan puasa beberapa perkara pelik dan ajaib akan secara otomatik terjadi, aku kira sambutan ramadhan bagi Orang Melayu adalah bergitu subjektif, pelbagai jenis menu makanan yang pelik mula memunculkan diri, Bazar Ramadhan di penuhi manusia, makanan adalah subjek yang wajib ada. Setiap hari, semua orang yang berpuasa bagaikan Pelarian di Somalia. Mengidam yang macam-macam untuk berbuka. 

Antara perkara yang dikenalpasti pelik tapi benar terjadi di Bulan Puasa
  • Kedai Mamak menjalankan operasi seperti biasa & nak lg best jual nasi ikut pintu belakang, ajaib bukan?
  • Yeahhh Ramadhan jugak menjadik Bulan, errrmmm especially bagi kaum hawa melepaskan hawa mereka di karnival-karnival perayaan.
  • Tren menutup aurat. Lepas ramadhan bukak balik
  • Aku saspek banyak lagi peerkara yang menarik tapi pelik...korang carik la sendirik.


Updated: Last weekend, terima call dari parent gua yang selamat tiba di Jeddah dan dalam perjalanan ke Madinah & Mekah untuk mengerjakan Umrah, sepanjang bulan Ramadhan yang mulia, secara otomatik tahun ini, sekali lagi kami beraya tanpa Orang Tua di sisi. Pilu jugak gua mengenangkan baru minggu lepas antar diorang kat Airport.

Huho!!! tak dapat dibayangkan, tanpa senarai juadah tradisional hasil tangan Ibu yang "meletup" di pagi Aidilfitri, adalah saat yang paling tension gua rasakan. Sebelum Syawal tiba, gua perlu bertindak pantas mencarik alternatif untuk meredakan tekanan tersebut. Nak harapkan Akak gua bukanya reti hape ponnn.




Terus Memburu Masa. Yeahhh.!!!

Keributan hidup 2-3 minggu yg mebuatkan aku begitu sukar sekali mencurik masa untuk mengetuk-ngetuk abjad di keyboard ntuk menghasilkan satu entri di blog yg dah 2 kurun "bersawang" ini.

Update terbaru, selain rutin harian berusaha keras bangkit awal pagi untuk meng"hadir"kan diri ke kuliah yg membosankan. Demam pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh, Sebagai tugas sampingan bersama-sama rakan2 AIC.com yg lain, aku telah di"hadiah"kan tugas khas oleh Matkeri untuk melakukan kempen secara online kepada bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Walaupun tidak dapat turun ke P.Pauh, disebabkan tanggungjawab besar (ntuk survival hidup). Lain pula terjadi kepada
Mr. Ask & Mr Niccotynne yang gua gelarkan si Kameraman tegar(dengarnya mereka berkampung di P.Pauh sepanjang kempen PR Kecil), nampaknya sepenuh jiwa dan raga mereka letakkan di tempat yg kami gelarkan "Pusat Propaganda Anwar Ibrahim" ???





Link berkaitan kempen online DSAI:

AIC @ P.Pauh: click here

http://www.anwaribrahimclub.com/

http://tukartiub.blogspot.com/

http://flickr.com/photos/anwaribrahim/

http://permatangpauh.com/


Nah Cara Yang Paling Efektif Ntuk Jimat Minyak.

aku tgk dah bersepah dlm buletin fs citer rungutan pasal minyak naik....

banyak wooo duit kena save...pak lah nak pakai ntuk pembangunan negara yg korang cintai ni....

koridor kiri kanan atas bawah....
Duit nak beli Jet Sukhoi & Kapal Selam Scorpene...
najib nak guna ntuk komisen kroni2.....
Antar Angkasawan pegi ISS....
markup kat projek2 lg.....
taman tamadun islam hadoohooooriiiii...
monsun cup.....
jambatan penang kedua....
Bailout ntuk syarikat, projek yg dah ada...
banyak lagi wooo projek pembangunan, korang xtau jerrr

korang hidup susah xpe asal pembangunan jalan......lagipon banyak duit negara dah habis kat kempen Be End PRU12 dulu....kalah teruk xpulang modal laaaa

guna beskal jeee pegi kerja...macam aku

remember this,
SELAMAT-AMAN-MAKMUR

tgk video cara yang paling efektif dan menyihatkan..credits to wanibanie yg kasi link video idea best ni...

WTF Moment: Minyak Naik, Kami Sayang Paklah

Antara kereta yang dilihat berpusu-pusu menuang minyak "full tank" petang semalam.....kat Petronas Bukit Jelutong, Shah Alam..


Psst: kalo gua emo itu jam...mau jerr gua kuar keta kasi pelempang barang sekeping dua kat Driver keta tu...cisss poooraaahhhh dah la Q dekat sejam..macam harammjaddah

Live Dari Shah Alam.

Mulai sekarang dan bulan berikutnya blog apasaje.com akan diupdate jauh dari IP asalnya iaitu di tempat misterius Shah Alam. Aku Berada di sini untuk menjalani Pertapaan Kursus Certified In DSE(Dekstop Support Engineer), Iaitu satu Program di iktiraf Profesional dalam bidang ICT, (Sub Course: COMPTIA A+ & Cisco-MCDST). Selama beberapa bulan masa berharga aku bakal dibuang dalam kelas-kelas teori & lab yg semestiya membosankan, Antara course yg bakal "meletupkan otak " adalah seni-seni peng"karate"an Server, Networking Maintaining & Client Dekstop Support serta pekeharamjaddahnya lagi, kalo aku citer bukan korang paham pon. Senang citer menghabiskan masa kat sini untuk menghayati lebih mendalam seni-seni perkompiteran.

psst: kepada Bos "Wei lepas ni kalo aku demand gaji lebih xyah nak cakap banyak..OK??" heheh...OK caw..!!!!

Shutdown Day: Hari Menyelamatkan Dunia.

"Hari Dunia" muncul sekali lagi, tradisi sambutan seluruh dunia pada 22April setiap tahun, musti korang tertanya-tanya pejaddahnya entri "Earth Day" ku bikin ini hari(23April), pelik bin ajaib bukan?(actually sambutan seluruh dunia adalah pada 23 april waktu Malaysia). Sambutan tradisi "Earth day" berlainan sekali tahun ini, buat kali pertama Kempen Shutdown Day 2008 dilancarkan. Shutdown Day 2008 adalah kempen di mana korang yang menyertainya perlu menutup komputer dan offline untuk 24 jam dan melakukan perkara lain yang tidak melibatkan penggunaan komputer. Amacam ada berani?



Aku adalah pengguna komputer yg tegar, Seorang "games addicted", Pengguna internet tegar, Pengarang blog tegar, Pendengar muzik tegar, Penonton filem yang agak tegar, Pemakan maklumat tegar, Pemprogram webscript jugak boleh dikatakan agak tegar, Tidak dapat digambarkan aku hidup 24 jam tanpa sebarang input baru dalam hidup, dan mengalami nikmat berada didepan monitor sambil memegang tikus, menekan keyboard dan menyelami paparan garphic serta audio hebat dari Games terbaru Command & Conquer: Kane's Wrath. Di Opis, di rumah Banyak masa bernilai aku habiskan untuk berada di depan makhluk bergelar PC.



Tidak seperti Earth Hour yang memerlukan kita menutup lampu untuk sejam, kempen kali ini adalah sesuatu yang (agak) sukar untuk gua lakukan. Gua tetap akan menyertai kempen ini memandangkan hari tersebut adalah hari Sabtu (3 Mei) dan berkemungkinan besar aku akan ke PTTC untuk menghadiri satu interview(yaaa adik-adik, gua dapat offer kerja baru).

Tetapi, Bagaimana harus ku mengawal
nafsu jari-jemariku untuk tidak menekan butang On di casing PCku?mampukah aku?..Aku seraya mengeluarkan janji kepada korang, Jika korang lihat aku online pada tarikh 3Mei ini di YM atau mana2 sahaja didunia maya ini. Maka anda bisa "menaikkan jari tengah" kepada gua tanda protes?? owhh aku musti berusaha...demmmmm!!!!

Anda bagaimana, bisa hidup 24 jam tanpa kompiter?



Psst: Jom Bersama kita menekan butang "I Can" di website: Shutdown Day 2008


Tajuk Berita Yg Weird – Part 2

Jantung Rosak Minum “Kopi Tegak”??

Pejaddahnya Kopi tegak itu???gua masih mencarik-carik kenapa ianya digelar kopi tegak??search kat wiki pon xdek info lg ni adehhhh…Laporan ceritanya berkenaan kopi tegak ni dikhuatiri mengandungi unsur2 kimia yang tidak baik ntuk kesihatan manusia, boleh menyebabkan sakit jantung, kanser dan reput tulang belakang….hoh??


8 Remaja Larikan Bas??

Berita ini berlaku di Johor Bharu?? Pejaddahnya mereka curik dan drive Bas tu pergi jenjalan tepi pantai? Inilah contoh remaja zaman Glokal.hoh!! sungguh berbangga aku.. ini sememangnya mengundang WTF moment dari aku..


Krisis Tempe Di Indonesia??

Melaporkan tentang krisis yang kronik industry pembuatan tempe di Indonesia, ini ekoran kenaikan harga kacang soya yang melanbung tinggi di pasaran antarabangsa. Ini memberi efek kepada komoditi tempe seluruh dunia, dan Indonesia sebagai pengguna tempe terbesar di dunia merasai kesan yang paling kuat….Well, since Khir Toyo didn’t hav any job yet aka Jobless, I think he should moved to Indonesia to save the TEMPE industries..sape stuju angkat keyboard anda!!


Lingam Kejar & mahu Pukul Isteri Dengan Tukul???

Kenalkah korang dengan VK Lingam?? Kalo xkenal korang bleh pergi ke Flat Sri Melaka, naik ke tingkap 12 dan lakukan penerjunan tiruk ke bawah…Tidak berguna korang hidup jika tidak peka dengan isu semasa negara…Berita ini melaporkan bekas pembantu VK Lingam yg menceritakan bagaimana beliau pernah ternampak VK Lingam Kejar & mahu Pukul Isteri Dengan Tukul. Pejaddahnya Makhluk VK Lingam ini?sungguh tidak bermoral?


Lelaki Tenggelam Di Loji Najis??

Aku saspek tajuk berita ini mampu mengelikkan hati sesape sahaja yang menatapnya,Berlaku di kuaters UTM Skudai menceritakan bagaimana seorang Pak Guard yg melalui pengalaman ngeri melihat seorang manusia tengelam dalam loji kumbahan najis…worhhh kalo aku x sanggup owhh mengalami pengalaman horror tersebut isk2 mintak jauh..


Kuasa membeli Yang Lebih Tinggi??

Tajuk iklan ini mengundang WTF dari aku ntuk beberapa kali..pejaddahnya harga minyak kita dibandingkan dengan Negara-negara bukan pengeluar minyak???, sedarlah rakyat tidak akan diperbodohkan lagi wahai pemerintah yg “bijaksana”….rakyat di zaman hadhari dan glokal ini lebih bijak macam sang kancil…korang setujuk x dengan aku???

Pssst: tunggu part 3 ye adik2…kepada adik2 yg tidak lagi menonton episod pertama Tajuk Berita Yg Weird sila click sini

Di Mana Suara Mahasiswa???

Masihku ingat lagi...kata-kata Pakcik ku:

"Islam hadhari + project koridor = kegagalan terbesar Badawi & Cronies… "

Saya mahu gelak-ketawa tentang sandiwara projek koridor yg berkeping-keping tu…ini mengundang banyak WTF dari pelbagai pihak

pejaddahnya koridor bertrilion ringgit jika rakyat hidup dlm kesusahan + harga baarng yg menekan +harga tol naik + harga minyak naik + kebajikan rakyat terabai…tepuk dada tanya selera laaahhhh, rakyat sudah buktikan dengan tersungkurnya BN di 5 negeri...memang pada korang yg kaya tidak terasa semua masalah itu...hanya bergoyang kaki dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran...dimanakah keadilan untuk mereka?dimanakah keadilan dari suara mahasiswa?



Fakta Menarik: tahukah anda di dalam negara yang SELAMAT, AMAN dan MAKMUR ini wujudnya perkampungan khemah seperti tsunami Acheh di Kg Berembang Selangor?? kerna hak kawasan perumahan mereka dinafikan oleh pemerintah selangor semasa dibawah Khir toyo????....kalo xtengok lg video nanti aku upload videonya....nantikan di blog saya...ok

cuba lihat betapa rakusnya pihak berkuasa bersama FRU menafikan hak penduduk kg berembang:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6720&Itemid=28

INI baru melibatkan satu isu(aku fikir dah lama).....banyak lg yg bersawang di dlam jiwa muda saya....tidak lagi termasuk salahguna kuasa, kronisma, nepotisma, salahguna dana negara, bailout project, isu sosial,isu manipulasi, isu badan perundangan yg senang sahaja diperkudakan oleh mereka yg mempunyai wang & pengaruh(kes pita VK linggam).....nanti ada masa saya senaraikan/dedahkan satu2.....

INILAH YANG MENYEDARKAN SAYA TENTANG PENTINGYA SEMANGAT NASIONALISMA + MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA, KAMI SEBAGAI SEORANG BLOGGER YANG MENGGUNAKAN KEYBOARD SEBAGAI SENJATA UTAMA, SAYA SEBAGAI PEJUANG MUDA BERASA TERPANGGIL UNTUK MENYEDARKAN SEMUA PIHAK TERMASUK PARA MAHASISWA.SEPERTI ANDA, JANGAN HANYA DIULIT MIMPI INDAH DI KATIL-KATIL KOLEJ KEDIAMAN...SEDANGKAN BERIBU INSAN MENUNTUT KEADILAN DILUAR SANA....SEDARLAHHHH....BANGSAKU MELAYU

Ingatkah anda akan sejarah dlu, tahun 70an semasa itu era kebangkitan mahasiswa memuncak.Dipimpin Anwar Ibrahim bersama2 golongan mahasiswa seluruh pelusuk negara berjuang tentang kemiskinan dan kemudaratan di Baling?mungkin anda sudah lupa?....saya agak...gunakan MR. google ntuk lebih jelas lagi tentang sejarah ini......tapi sekarang dimana suara mahasiswa dalam membela penduduk kg berembang???tepuk dada tanya selera....???keadilan dari suara mahasiswa..kami dari PMIM sudah mula mengorak langkah dalam memperjuangkan ini....kami tahu suara kita disekat oleh AUKU. Itu yg membezakan mahasiwa dulu dan kini....tidak hairanlah rangking dunia university di malaysia ini semakin menurun??? tidak sedarkah lagi anda semua..kita hanya dimanipulasi...???tepuk dada tanya selera

KABINET BARU DIBENTUK.

Papepon semalam kabinet baru dibentuk...ramai muka lama disingkirkan, muka baru yang terdiri dari profesional bidang masing-masing yang bukan dari ahli parlimen juga dilantik, ini satu perkara baru dalam kabinet kita...diharap kabinet baru ini lebih, efektif, lebih berakauntabiliti, lebih beramanah, lebih (anda masukkan apa yang sesuai)......

klik ntuk besor..owhh jangan lupa hafal yerr adik2, nanti kang susah time nak jawab interview

WTF Moments: Weekend @ Office Yang Horror.

Memulakan cuti weekend (hari ni Ahad..diulangi yaa adik-adik hari Ahad) di Opis adalah saat yang "paling indah" di dalam hidup gua, demmit!!. Pada hari ini sesuatu perkara yang membuat gua mencarut xtentu fasal lagi. Yang pertama adalah masa aku baru saje wake-up dari tidur dan sebelum gosok gigi bukak TV jap ntuk menghilangkan mamai + ntuk menaikkan semangat "pekerja rajin" yang biasa gua alami pada hari-hari lain. Kat sana terdapat berita yang mengumumkan juara OIAM hurmmm!!


Walopun gua xberapa into dengan rancangan murahan camtuh. Ni kira ntuk menambahkan pengetahuan am, gua layan jelah dan perkara yang horror terjadik apabila pemenang satu juta ringgit adalah seorang Jakun dari Sabah(yg mukanya ngeri giler) iaitu Ayu <---nama pon dah xbleh belah..gua sebagai seorang blogger yg sejati ingin mengutuk sekeras-kerasnya kemenangan ini. dan ingin menyebut WTF?? beberapa kali kepada pengundi yg vote minah ni. Ape ke bodohnya mereka??. Korang ingat muka camtu bleh jual ke?korang ingat ni Amerika ke?? ni Mesia la beb, rupa xde jangan harap la bleh jual. dah la finalist OIAM musim ni sumanya horror2, yg sorang lagi tu ntah sape nama artis hidung kembang tu?? okeh, gua ada menge"test" dengan melakukan kutukan kat si Ayu ni, ntuk tahu apakah reaksi peminatnya di forum cari.com.my, kita ikuti forum mereka:



reply pertama gua berbunyi: "sape yg bodoh giler undi pompuan yang muka ngeri itu?? apsal Finalist OIAM taun ni hodoh giler muka sekor2??? boleh jual keee???"



Dan mereka segera mempertahankan peserta favourite mereka dengan fakta-fakta sekolah Tadika & sesi kutukan keras kepada aku kerana menghina peserta favourite mereka.Sebahagian Reply mereka adalah seperti berikut:


sape xpanas beb kalo orang dah panggil beruk matyeh.


Sesi kutuk mengutuk berterusan...aku memberi kutukan yang agak panas + dan letup(perkataan lucah jugak terkeluar dari reply aku), sesi berbalas kutukan berterusan sehinggalah..credit aku ditolak dan reply aku yg panas tu didelete oleh moderator yg dikasihi. Pada akhirnya aku malas nak layan kepala otak bodoh manusia semacam itu. Lalu aku mengeluarkan ayat ni:



Kepada forumer tersebut aku ucapkan Go to Hell & fuck yourself Motherf*cker. yaaahhh!! i know y'all just a pre-pubertical girl that dreamin will place Ayu someday, I will guarantee you every whiny, jumpy idiots. pre-puberty will melt like a shit out of my ass, like you never seen them melt before. Cheers!!!ntuk ikuti forum mereka click sini.





WTF Moment 2.

Time gua login YM kat pc opis tadi,satu perkara yang horror terjadi gua dengan geramnya ingin menyebut apekejaddahnya?? atau dlm bahasa penjajah Whut The Fak skali lg?? Sila tengok gambar kat bawah tu?? tidak cukupkah sandiwara murahan di RTM, TV 3 Suku, media cetak dan "ass"tro dengan berjuta-juta ringgit dihabiskan?? kini media internet(yahoo!) pula diperkudakan..owh dude WTF?.







Psst: dammnnn!! blog gua sudah menjadi blog propanganda parti Pembangkang & Parti PUNDAK ke??, papepon Merdeka, Seterika, Kathrika....dan kita akhiri entri ini dengan lagu Meet Uncle Hussain...lalalalalal........hari hari kerja!!, tak jugak kayaaaaaa!!...lalalalalala!!!

Tag Oh Tag...Lagi...!!!

Minggu ni Aku telah di TAG benda yang sama Oleh 3 jejaka kacak sekali gus iaitu Khai, Deenasour dan Loque demit!!!!

8 perkara rawak pasal diri Aku :

1. Aku suka pakaian yang simple T-Shirt Hitam + Jeans + Selipar Jepun + kekadang pakai sandal N.B & Nike ACG. Tidak suka memakai kasut kerna gua mengangap ianya meremehkan. ini adalah imej aku kemana-mana saje aku pegi eg: Ke Mamak ntuk layan live EPL, bersantai tepi pantai, pegi shopping ke(hoh??), pusing2 town, ataupun lepak2. owh masih ingat lagi konflik dunia dark-side gua.

2. Aku suka minum apa-apa jer janji kandungan air dalam badan aku mencapai tahap yg mencukupi untuk terus bernafas dan menyambung hidup gua yang Hectic.

3. Mengangap Games adalah salah satu resource ataupun keperluan asas hidup aku seperti jugak makanan, air, dan oksigen. xdapat dibayangkan camner hidup gua tanpa sebijik PC + Games yg best kat dalamnya + Koneksi Internet. Skang ni tengah layan main online over Hamachi Server, iaitu Game Call Of Duty 4...

*Fakta Menarik: Aku xlayann Konsol PS2/Xbox/Gamecube....etc, gua pun naik heran?? skang ni sedang membuat research kenapa ini terjadi? xtau apsal? walopun sudah dua bijik PS2 yg rosak kat Rumah ni(kanak-kanak Ribena jer yg men).

4. Aku seorang insan yang tidak suka menggunakan plastik bag..Pelik??owhh tidak!!.juga merupakan azam aku tahun 2008 ntuk mengurangkan lagi jumlah penggunaan Plastik Bag.Jika aku ke kedai untuk membeli perkara mudah eg: beli buku/paper/majalah & makanan yg sedia dibungkus kat Shopping Complex dan jika cashier memberi plastik aku akan menolak secara hormat. Tahukah anda Plastik Bag merupakan sumber pencemaran alam yang terbesar di Malaysia. Jika kita 24juta rakyat Malaysia dapat mengurangkan penggunaan plastik bag, alangkah bagusnya. Jom baca sedikit tulisan Saudara Hisyamuddin Rais yg kuat mendukung kempen "Say No To Plastic Bag" di Malaysia.

5. Mempunyai masalah dalam pertimbangan logic. Yeapp!! gua memang fail kalo dah masuk bab2 logic @ pengiraan aka Math. Bidang pengajian gua di Universitas dulu banyak mengggunakan Formula Math yang horror(repeated subjek Math sudah menjadi Tradisi bg gua dan teman2 seperjuangan), gua suspek otak belah kanan(otak logic) sudah banyak rosak dan perlu di repair.

6. Suma T-Shirt gua satu kaler jer iaitu hitam.

7. Merupakan seorang yang serius apabila bertukar ::Mode Opis:: kerja opis seharian melakukan web design, PHP/ASP/Ajax koding skit dan CMS yang mampu membuatkan otak beku, Dreamweaver adalah "games" yg paling pening gua pernah main. Jika error berlaku gua seraya akan menghentak Keyboard beberapa kali.hoh!!

8. Sejak akhir2 ni hobi gua adalah menternak binatang, baru 2 bulan lepas angkat beberapa ekor burung Puyuh yg Psiko(sampai skang pun xbertelur2 lg damn it!!!) dan terbaru gua ada angkat akuarium dan beberapa ekor ikan hiasan yg tidak psiko. Kucing gua(Labu) pun dah menunjukkan tanda-tanda protes dgn hobi gua itu. gua saspek dia cemburu sebab kasih gua berubah arah kot.




Labu sedang melakukan mogok lapar tanda memprotes hobi baru gua.

GUA BERTANDING DI PARLIMEN - P074 LUMUT.

Kenapa tarak percaya arrr?? ini bukan mimpi atau Fantasi jauh skali firasat psiko Nenek Maimun, semalam gua telah mendapat mandat dari En. Pazuzu iaitu Presiden Parti Undi Rosak(PUNDAK) Malaysia untuk mewakili Parti di P074 - Parlimen Lumut, Perak. Pada awalnya gua merancang untuk bertemu satu lawan satu dengan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput, pada saat akhir senarai calon berubah, gua akur dengan apa jugak keputusan Presiden Parti, YB Pazuzu yang mungkin mempunyai strategi lebih bijak(Gua Saspek dah kena rasuah hape dia ni)...dan tiada tindakan demonstrasi jalanan, mogok lapar atau sebarang surat-menyurat dibuat bagi menentang keputusan muktamad En. Pazuzu yang akan bertanding menentang Perdana Menteri di Parlimen Kepala Batas itu. Dengan ini mengikut perintah diri sendiri gua secara rasminya mengumumkan:

"Truckster Calon Parti PUNDAK bagi - P074 Parlimen Lumut, Perak"



Sila ke Laman Web Rasmi Parti PUNDAK:
http://pundak.wordpress.com/
untuk mengenali kami dengan lebih mendalam.

Antara persiapan menjelang PRU12 ialah Lagu Tema dan Video Muzik Pilihanraya PUNDAK ini:

Lagu/video ini merupakan mangkin kepada kempen PUNDAK untuk meraih kemenangan besar bulan depan. Ini akan diikuti dengan Manifesto (atau dalam Bahasa Malaysia - Manipesto) PUNDAK yang akan kami siarkan dalam beberapa hari lagi sebaik saja kami mendapat tahu Manipesto itu sebenarnya apa-benda.


Gua sudah mengerah ahli2 Truckster Adventure Team untuk memulakan Kempen Propaganda, dan Manifesto yang akan gua gunakan sepanjang kempen menjelang hari pembuangan undi pada 8 Mac ini. sumbangan yang akan gua errr…sumbangi di kawasan Lumut adalah:

1) Menghapuskan tambang feri ke Pulau Pangkor. Hal Ini gua saspek bisa menyebabkan peningkatan statistik jumlah pelancong untuk mengunjungi Pulau Pangkor dan seterusnya menyebabkan pembangunan di sekitarnya semakin bertambah baik. nasib nelayan2 tradisional juga secara automatis akan lebih terbela.

2) Meng"restructure" semula sistem pengurusan sampah pepejal dan juga bahan buangan kilang-kilang supaya pencemaran teruk di kawasan Lumut Port & Sri Manjung dapat dipulihkan semula. Juga memperhebatkan lagi kempen "Say No To Plastic Bag".

3) Mengumumkan secara serta-merta penurunan HARGA ROKOK, minyak petrol, Diesel, dan juga makanan keperluan asas kehidupan manusia secara berperingkat. Menghapuskan kupon tempat letak kereta dan monopoly yg dilakukan sesetengah Kingpin peniaga barangan runcit.

4) Menubuhkan satu Jawatankuasa Di Raja bagi memantau harga makanan, dan tahap kebersihan di Restoran-restoran Mapley(Mamak) yang sejak akhir-akhir ini mereka secara "sukhatibapaktirilakimakdiajerrr" menaikkan harga makanan yang dijual. Pejaddahnya air kosong pun RM0.40??

5) Mengistiharkan Bandar Manjung, Sitiawan dan Lumut sebagai hub teknologi serantau, di mana gua akan memasang Sistem Wireless Broadband 34Mbps secara percuma untuk kegunaan rakyat tanpa had 24/7...Fakta Menarik: Jangan melakukan mogok/demonstrasi jalanan jika akses ke laman web pornografi disekat. Ini bagi menjaga moral masyarakat sekeliling.

6) Mengazetkan Bangunan-bangunan Vintage di Pekan Sitiawan(Pekan Komunis Chin Peng) sebagai Warisan Klasik Sepanjang Zaman. Dimana pemilik yg ingin memperbaiki kerosakan/upgrade bangunan mereka boleh membuat claim kepada Majlis Pembandaran, selagi ianya tidak mengubah structure klasik asal bangunan tersebut.

7) Menyedarkan Mat-mat Rempit dengan memperkenalkan "Program Mat Rempit Berkebajikan" dimana seorang tokoh kaunseling tersohor akan dipanggil setiap minggu untuk memberi kesedaran sivik terhadap Mat Rempit, supaya mereka melakukan sebarang aktiviti yg lebih berfaedah selain merempit seperti menjaga kebersihan di Masjid, Kuil, dan kawasan tumpuan umum yg lain.

8) Menghantar ekpedisi Putera Pundak aka Mat Rempit Berkebajikan ke kutub utara, tanpa tujuan yang nyata, pastu keluar kat media mengatakata kami berjaya taubatkan ex-mat rempit.

9) Menghapuskan secara keseluruhan Khidmat 40tahun Bas General & Perak Roadways yang "horror" dan menggantikan dengan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Monorail & Keretapi Bawah Tanah. Khidmat Keretapi Laju juga akan diwujudkan dari Lumut ke K.L hanya mengambil masa 30minit.

"Akhir kata Jom Bersama Menuju Parlimen Lumut Berkebajikan"

Video Penuh Manifesto Parti PUNDAK





psst: jom usha blogger lain antara calon parti Pundak mewakili parlimen masing-masing dengan janji2 manis kempen yang mereka taburkan antaranya:En. Pazuzu - Parlimen Kepala Batas, En. Kumprinx - Parlimen Lipis, Anttyk-Parlimen S. ALam , Islamic Leader-K. kangsar, AliffStyle-Wangsa Maju, Ylwong-Penampang, Mat Jan-Pekan, OrangCina-Parlimen Kuantan, AdiJin-Seputih, hurnain-Ampang, tranquility-Batu gajah

Sooo.... camner korang nak undi gua ke x???sesape yg xcukup umur @ xde nama dlm senarai SPR, korang terjah jerrr pusat pengundian tu, yg penting buat undi rosak...

REVIEW TEMPAT MISTERIUS (photo revealed)

Wahaha xde koneksi internet since moved to tempat misterius ni, actually ini post entri pertama aku menggunakan Phone Sony Ericsson(Cisss!!! bunyik macam pro blogger plak post entri guna phone)...yaaappp!!! proses menaip msg ntuk entri ni memang lembab tahap cipan..damn!!! kepada sesape kipas-susah-mati Nokia yang berpaling tadah kepada S.E pasti pernah melalui pengalaman aku ni...Tiada lagi taipan SMS sepantas kilat, kepada member2 yg SMS aku dan terlambat reply tu janganlah korang seraya mengutuk gua. Fahamilah masalah gua ini.

BTW, bercerita berkenaan tempat Misterius ni...aku ada beberapa keping gambar ntuk dikongsi ngan korang, tempat ni memang misterius dan agak asing dalam hidup gua dan family (aku rasa cukup 2 keping photo, nanti kang banyak kredit kena charge ntuk transfer data).




Pagi2 hari iklimnya sangat indah dengan suasana tenang berkabus mekar terdapat Haiwan2 eksotik seperti Ikan Kap berenang-renang tenang di Kolam(refer photo atas , actually kat belakang aku tu ada kolam), spesis Katak Pisang yg bising, Spesis Tumbuhan tempatan yg indah seperti pokok kelapa Katik, beberapa ekor spesis Kucing Gangster ada jugak melepak kat sini(Kucing gua dah surrender sbb asyik kena buli/kejar diorang je).


heh!! eksyen jerr...


Gua naik seram apabila sorang uncle tu bercerita tentang "pemangsa" kat sini, dan gua xberapa aim apa motifnya (tp tidur pada malam2 hari gua masih lg dihantui oleh aksi2 lagak-ngeri semasa Thaipusam lepas, yg dilihat secara Live!!!)...Kalo anda terror cubalah teka di mana aku berada?? orang2 tua pernah berkata sekeping gambar bisa merungkaikan semua persoalan.....di mana tempat misterius ni nanti korang akan tau apabila anda click kat section comment nanti....wahhahahahaha larrriiiii!!!!!!


Trivia Menarik: Aku mengambil masa 40minit ntuk taip entri ni...damn it!!...


*edit Feb 7 (hari ni CNY beb!!!...Gong Xi Fa Chai to all my Chinese Buddies!! have a nice errmmmm?? Hamster Rat Year Rite???)

pstt: kalo nak tau kat mana tempat misterius tu...download full report kat sini!!!

FAST UPDATE: AWAY KE TEMPAT MISTERIUS!!


Blog apa-saje akan dibiarkan bersawang ntuk beberapa hari until selepas CNY?? hoh!! kenapa ini terjadik?? jawapannya aku ke satu "tempat" yg tidak dapat aku umumkan di sini, cukup saje kita namakan sebagai tempat Misterius. Kira outstation laaa lebih kurang dan tempat misterius ni jugak gua suspek koneksi internet pon tarak kot. So ada sesape nak volunteer tolong aku untuk menyembur Ridsect/Baygon kepada labah-labah bagi mengelakkan blog ni menjadik lebih bersawang?? jangan khuatir, kerna ada hadiah untuk anda, merupakan buah tangan hebat selepas aku pulang dari tempat Misterius ini. Sape berani angkat tangan, Mungkin En. HeavenX bleh tolong?
Soalan Trivia: misterius ke gambar kat atas tu??? actually gambar kat yahoo images ntah sape punya, aku rembat...kalo nak kredit tuntut la kat sini...heh!

TAJUK BERITA YANG WEIRD.

Antara hobi utama aku yang sedang giat dijalankan adalah mengumpul tajuk-tajuk akhbar yang pelik dan sungguh ajaib, apabila aku terbaca/terlihat tajuk berita-berita yang weird ini, xkisahla di mana lokasi aku berada eg: time lepak-lepak Mamak, ataupon semasa boring2 kat Rumah.Pasti aku teruja kerna terhibur dengannya dan dengan seraya menggunakan Phone Nokia model murahan aku untuk snap gambar tersebut supaya dapat dijadikan koleksi. Hobi ini tidak membuang masa + duit seperti hobi2 yang lain seperti main games sampai lebam biji mata, lepak-lepak Maplex sambil layan Live EPL, dan juga terpengaruh dgn aktiviti budak2 jahat pada hujung minggu.

Trivia Menarik: Skang ni gua tengah habiskan mission Games Company Of Heroes: Opposing Throne dalam Mode Expert untuk merasai suasana strategi Perang Dunia Kedua yang sebenar. Membuatkan aku sedikit hilang pedoman/pertimbangan.

Okeh jom melayan sedikit-sebanyak tajuk akhbar yang aku rasakan sungguh pelik ini:



Salah satu gadget ciptaan anak Malaysia yang dinamakan E-Hidung, ianya sebuah aplikasi yang mampu mengesan sebarang jenis bahaya, aku xberapa banyak info sangat, sbb time gua tanya pakcik google pon xde jawapan yg memuaskan. Maybe idea bodoh ni sudah terkubur dan aku sebagai rakyat yang Hadhari lagi Berteknologi dan berfikiran Glokal mahu mengutuk sekerasnya gadget dgn nama yang sangat menjengkelkan ini. Anda bagaimana??



Ini adalah tajuk berita yang mampu membuatkan aku tergelak besar, kenapa bro Tian Chua gigit Polis??ianya berlaku semasa Demonstrasi di Parlimen pada December lepas.




What The Fish?? apa masalahnya??....itukan bini dia??damn!! anda tau??



Damn!! Kenapa ini terjadi di Negara Malaysia?, adakah menjadi kesalahan jenayah besar jika mencuri RM0.90 untuk membeli sebungkus nasi lemak kerna ingin mengisi perut untuk mengelakkan maut disebabkan kebuluran? tidak ada hati perutkah "Meja straight" Mahkamah Shah Alam?sungguh memalukan.


Info Tambahan: Tajuk buku ini juga cukup weird, kenapa aku berkata bergitu rupa?. Anda lihatlah gambarnya, aku masih lagi tidak faham(selama lebih 3 semester bergelumang dgnya) kenapa buku Math Caculus, covernya ada orang kuning berbasikal dan berpegangan tangan. Apakah motifnya??, gua suspek sesiapa yang terrer Calculus akan jadik GAY?seperti gambar dibawah:

Psst: ini buku Alep(kalo xsilap), walopun 2sem repeat paper dan menghafal setiap perkataan dalam Buku ni, aku masih lagi dapat C+ dalam subject Calculus II. owhh damn!! aku sungguh Loser dalam subject kira2 dan logic...namun aku sangat berbangga sbb terbukti bukan gay.hoh!!

APABILA MAT REMPIT MENGANGKUT PENGUNDI KE PUSAT PENGUNDIAN

Maka bergini jadiknya....




Can you imagine what's gonna happen if they REALLY let those Mat Rempits take the Aunties out on election day? Where is the Auntie gonna sit?


thanks to KennySia for this best "photoshop"ing ever!!! coz buat aku bantai gelak sakan kat office tadi, sampai Bos aku ponn into skali...hahahahaha

BTW kat bawah ni merupakan email dari Khalifah Agung Putera UMNO (Abdul Azeez Abd Rahim) menawarkan kerja sambilan kepada Mat-mat Rempit, sempena Pilihanraya yang akan datang. Apa lagi tunggu?? jomm rempit sampai mampos!!!!


Psst: On a more serious note, the Putera UMNOs never cease to amaze me with their "brilliant" ideas...???Hantar pegi North Pole dan melakukan penerjunan?? himpunan Mat Rempit terbesar kat Negara ni??what a shame???

KOLEKSI CRAP TERBARU: Laughter The Best Malaysian

Sejak akhir-akhir ini aku asyik tergelak sakan, time makan, time lepak maplex, time minum, time pakai kasut, seluar, baju, stoking dan time rehat kat office(time kerja aku akan bertukar mode serius sh*t...betul!!!!x caye??). Ini gara-gara koleksi terbaru Buku Uncle Tong a.k.a David Tong yang bertajuk Laughter The Best Medicine Malaysian. Buku ni banyak mengandungi koleksi lawak-lawak tahap cipan hutan dari Uncle Tong yang semegahnya mampu mengembirakan hati aku yang berduka-lara.Apa yang best aku dapat khatamkan buku ni dalam masa 4hari(damn!!! gua dah banyak membuang masa/jadual gaming dgn membaca buku, sejak bila plak kesedaran sivik ini timbul???). Ceritanya, weekend mggu lepas aku ada p jenjalan & jugak membuang masa dengan aktiviti yg xberfaedah, menjadik tebiat ntuk singgah di POPULAR target utama aku adalah Buku Terbaru berkenaan Falsafah Mahmoud Ahmadinejad, dalam aku mengusha-usha untuk mencarik buku tu, mata aku tersepak kepada senarai Best Sales kat Popular, dan seraya terlihat Koleksi Terbaru Lawak Crap dari Uncle Tong.



Life Uncle Tong Yang Sempoi Gilerrr & Cool!!!


Tanpa berlengah & ragu-ragu lagi aku angkat seraya menuju ke Kaunter dan mengeluarkan RM19.90 ntuk membayar, sudah tidak sabar lagi ntuk bergelak sakan...huhu. Okeh Review skit, buku ni bercerita tentang kehidupan rakyat Mlaysia yang berbilang kaum, semua watak-watak mewakili masyarakat majmuk yg terdapat di Negara yang tercinta ini.


WARNING/intro Buku ni pon dah horror!!!hahaha

Di tambah unsur2 humor yang tiada batasan, tulisannya mampu membuatkan anda berfikir tentang perkara yang melibatkan kehidupan harian yang semudah a, b, c tetapi kebanyakannya tidak diambil peduli oleh Masyarakat. Dengan teguran/tulisan yang sinis dan sedikit membidas ditambah unsur humor ternyata ianya mampu membuatkan jantung, paru-paru, serta pangkreas anda berkerja kuat(disebabkan tergelak sakan)...bacalah anda pasti teruja!!!Sila ke blog cucunya Russell Daniel, untuk lebih mengenali Uncle Tong: http://russelldaniel.com/pop.htm



psst: adakah aku beli buku yg menjadik target utama aku ke POPULAR tu?? pelikkan??

2008 BEST POSTER EVER.

Pilihan Raya sudah semakin hampir. Semalam dalam membunuh keboringan aku ada usha-usha torrent.jiwang.cc dan tiba2 ada makhluk creative tahap gaban yang seed poster yang best skali aku pernah tengok. seraya aku save file torrent tersebut dgn menggunakan bitcomet modded xtreme_paranoid menyedut file poster tersebut. Damn!!! proses menyedut bergitu slow skali apakeharamjadahnya terjadik kat tracker jiwang skang ni?? download speed sumanya slow giler. Pagi esok bangun pagi2 belum sempat gosok gigi gua usha file torent tu dan hahah dah complete, bukak dan terkejut beruk waaaaa!!!!! best giler Poster-poster perang psikologi yang diorang buat ni. Aku bergitu teruja melihat satu persatu gambar poster tersebut,bergitu asyik skali, alamak!!! dah terlambat nanti xsempat nak pergi kerja. Gua selamber melakukan terjun tiruk ke Bilik Air ntuk gosok gigi, dan terus pegi kerja. Aku suggest korang download poster ni, best giler dan lawak tahap gaban korang akan mendapat kebahagiaan apabila tgk poster ni, silap-silap terus insaf yg korang sebenarnya telah di"kapur"kan tu trust me!!!!!




screenshot dari pc aku. diorang buat .pdf file bukan .jpg xtau apsal.


ini linknya download la:
http://www.badongo.com/file/7148824
http://www.badongo.com/file/7148861



Soalan Trivia: Adakah aku mandi sebelum pergi kerja pagi tadi??? pelikkan???

MAJALAH PC BERWAJAH BARU

Ini merupakan entri Tahun 2008 yang pertama untuk blog apa-saje, ini merupakan cash-flow keluar yang pertama pada tahun ini bg aku, ini merupakan buku yg pertama aku angkat tahun ini. Segalanya yang pertama dan baru, tidak lupa juga Majalah PC sudah berwajah baru!!! mengumpul majalah IT sudah menjadi hobi aku sejak beberapa tahun kebelakangan. Setiap bulan pasti menunggu2 satu-satunya majalah IT melayu ini, di harap korang pun sama macam aku, support majalah IT melayu. Apekejadahnya korang baca CHIP magazine, Hardware Mag, PC Gamers, PC Mag...etc kalo korang F*ck/tidak langsung membaca Majalah PC walopun bahasa/istilah IT yg digunakan didalamnya boleh di kategori sebagai men"jegkel"kan dan lawak tahap gaban. Tahukah anda Support Majalah berbahasa Melayu jugak salah satu sumbangan korang terhadap bangsa korang. Gua juga kalo mempunyai "funding" yg banyak tidak teragak-agak untuk menerbitkan Majalah IT jawi yg pertama di dunia....apa nak jadi, jadik laaaa!!!! owh barangkali aku perlu update list azam tahun baru yg xmungkin tercapai...kot??



Majalah PC dengan logo baru..lebih kurang jer aku tgk..




Rupa Paras keseluruhan Majalah PC terbaru




Review bahagian hardware dan gadjet juga diimprovekan dengan design baru. Color pink, gua saspek maybe nak tarik ramai lg kaum wanita ntuk menatap Majalah ni


DesignMajalah PC Xtra tidak berubah

AZAM TAHUN BARU YANG HORROR!!!


Tahun baru??? setiap tahun perasaan tahun baru aku adalah sama sahaja dan tidak juga wujud banyak keterujaan dalam hidup apabila berakhirnya sesuatu tahun dan bermulanya tahun yang baru. Aku juga bukan jenis muda-mudi yang suka benar "enjoy" dan bersuka-ria Jantan dan Betina menyertai satu Pesta Sambutan/Konsert-konsert Tahun Baru bagaikan dunia tiada penghujungnya. Hati aku jugak bergitu sadis apabila melihat bebudak kecik kelas 3 Ribena yg masih di alam persekolahan memakai Kostum-kostum Hitam Gothic, SkinHead, Emo, Punk Nazi, Black Metal, memakan dan meminum darah kambing hitam beserta air kencing setan. Aku Ada juga beberapa kali terlihat secara Live di TV sambutan Tahun Baru, tetapi gua lebih teruja dengan "Pembaziran Tembakan Bunga Api" di ruang udara yang menggunakan duit rakyat, dengarnya satu-satu tembakan selama 30minit memakan belanja jutaan ringgit.Mungkin ini salah satu daripada budaya2 barat yg sudah perlahan2 meresap masuk???. Dan aku juga tidaklah bergitu "sivik" dengan mengadakan majlis2 khatam Al-Quran & Bacaan Yassin di malam Tahun baru, tapi aku rasa majlis2 sebergini lebih afdal dan diredhai, bukankah kamu pun berasa perasaan yang sama?? Jika bergitu rupa Tahniah kepada kamu. Aku juga tidaklah seperti orang lain dimana tiap2 tahun musti mengeluarkan satu azam(walopun sukar sekalipun) apa yg ada di dalam hati aku adalah harapan....Seorang insan yg mengharap gua rasa lebih afdal dari seorang yang berazam. Tahun 2007 bakal melabuhkan tirai tepat pukul 12 malam ini. Ayuh melayan serba sikit crap dari aku.....

Disini aku senaraikan antara harapan pada tahun 2008:

1) Turun Mengundi: 2008 merupakan tahun pertama aku untuk pergi membuang undi, aku sudah membuat pilihan yang ku rasa bakal memantapkan lagi sistem demokrasi yg lebih adil dan saksama di Malaysia ini. Tidak perlulah ku umumkan disini apa yg bakal ku undi. Apa yg aku harap kepada korang Rakyat2 Malaysia yg sudah layak megundi sila menjalankan tanggungjwab anda dan "Go To Hell!!!!" diucapkan kepada mereka2 yang sudah layak tetapi teragak-agak ntuk keluar mengundi.

2) Memiliki sebuah VCD "Pembalasan Rambu": gua saspek VCD ni mengandungi cerita-cerita yang hebat dan mampu menghiburkan hati gua yg berduka-lara.Gua nekad ntuk memiliki VCD original setelah mendengar Review hebat dari En. Kumprinx. Thanks!!!

3) Menjadik Pembeli Pertama Burger Prosperity: Sudahkah korang melihat iklan yg banyak ditayangkan oleh McD berulang-kali?? tidak syak lagi Prosperity Burger merupakan "benda" yang aku tunggu setiap kali kemunculannya. Gua bersama Mail, Alel dan Kerol sudah nekad mahu bercamping di sekitar kawasan lapang Resturant McD area gua, supaya keesokan harinya gua akan meluru terus kedalam kedai dan gua yakin akan menjadik pelanggan pertama untuk merasainya Burger Prosperity pada taun 2008.

4) Berjumpa dengan James Gosling: orang ini merupakan ikon gua, pada bulan september 2006, gua sudah hampir sekali ntuk berjumpa dengannya, semasa JAVA Conference oleh Sun Microsystems kat KLCC dulu gua sudah2 hampir bertolak ke sana tapi di cancel saat akhir. damn it!!!!

5) Mencari sorang awek satu lg Graphic Card 8800GTS: tujuan utama ialah ntuk dikahwinkan dengan 88GTS gua yg sedia ada...so gua dapat setkan SLI dengan running 2 bijik Geforce 88series kat PC gua ni. Untuk memuaskan "nafsu-gajah gua" terhadap Games-games directx10 terbaru yang bakal muncul.

6) Mengukuhkan lagi sumber kewangan: gua rasa suma orang ada harapan sebergini, jadi gua xde reason ntuk cerita kat sini. Tanya diri korang sdiri kenapa??

7) Mengosok gigi kepada 5 kali sehari: Itu hari aku ada jumpa Dentist ntuk check gigi dan dia sound aku pasal condition gigi aku yg xberapa best. WTH?? aku dah amalkan & membuang masa 3 kali sehari ntuk mengosok gigi aku. Ini jugak antara tekad yg musti gua kotakan...yearrrghhhhh!!!

*edit sbb aku perlukan masa ntu dapatkan stat. yg tepat:
8) Mengurangkan penggunaan Plastik Bag: Jumlah statistik penggunaan plastik bag dalam hidup aku pada tahun 2007 adalah 89.786 bersamaan lebih kurang 1 plastik bag dalam masa 5 hari. Ntuk tahun 2008 aku mahu mengurangkan jumlah ini kepada bawah 50bag ntuk penggunaan 365hari aku hidup pada tahun 2008. Jom Bersama-sama kita menyokong SAY NO TO PLASTIC BAG CAMPAIGN dan selamatkan alam sekitar dari pencemaran plastik!!! yeahhh


Ini Pula antara harapan aku yg tidak mungkin tercapai pada tahun 2008 (aku yakin):

1) En. Sammy Vellu Meletak Jawatan: apa yg aku harapkan ialah terjadinya "Shocking of The Year" dimana Mr. SAmmy Vellu mengumumkan secara Live di RTM, TV3, "Ass"tro dan juga Siaran Berita seluruh Dunia tentang perletakan jawatannya. Aku sudah bosan lantas naik bengang dengan Sammy Vellu yg cakap berbelit-belit serta dengan bangganya tiap2 tahun mengumumkan kenaikan harga tol dan gentar skali(seolah-olah dia perfect) mempertahankan diri jika apa2 masalah melanda Kementeriannya. Jika perkara ini benar-benar berlaku, gua nekad ntuk turun ke Sungai Siput(Parlimen Sammy Vellu) bersama-sama Band Kompang kg gua beserta Perarakan Bunga Manggar untuk menyambutnya dan mengucapkan Tahniah atas keputusannya itu.

2)En. Bill Gates Meng"Open-Source"kan Windows: ini bukan lg "Shocking of The Year" malah boleh dikatakan "Shocking Of The Century" apabila En. Gates telah terpengaruh dengan falsafah2 GNU yg diasaskan oleh Richard Stallman (salah seorang ikon gua). "The code nowadays is all about a bussiness!!" terngiang-ngiang kata2 En. Bill Gates yg sungguh bongkak, dan gua yakin beliau akan terus menhisap darah manusia seluruh dunia pada tahun 2008.

3) Untuk melihat "Malam-malam Tahun Baru Yang Bebas Drpd Maksiat": harapan ini adalah mustahil untuk aku merasainya. Gua yakin.

AKU DAN DUNIA KEHITAMAN

Pagi Ahad lalu(aku xingat tarikh brape hb yg aku ingat raya haji ke-4). Sebab itu time aku letih gile dan terbongkang-layu di atas katil setelah pulang dari Futsal(dgn bebudak skolah dulu) dan disambung sesi melepak2 kat Mapley sambil meng”karate” Mee Goreng + Teh O Ais Limau disamping Live Liverpool vs Portshmouth(The Reds menang 4-1) betul2 membuatkan aku lupa pedoman samada hari masih malam ataupun sudah beransur pagi, aku pulang tepat pukul 3.00A.M.


Pepagi lagi Bibik Noni buat bising kat bilik gua ntah apekejadah yg dibebelkan gua xambik pot. Isk2 kecoh btul laaa Mokcik Jawa sekor niiii, yang aku tau dia datang mengutip baju aku yang bersepah terlipat kemas atas lantai bilikku ntuk dibasuh. Lalu dihulurkan satu ayat soklan power kepada aku yang sampai ke malam ni terngiang2 kat telinga aku ”kok kenapa kamu ini??? pakaiannya suma hitam2 belaka???.....kaloo pakai yang colourfull kan lagi bagus nampak lebih ganteng gitu??” hah ape?? Tersentak jugak gua itu time seraya bangun dan aku xde jawapn yang bernas ntuk soklan cepumas itu. Time ni dia dah blah berlalu dengan bebelannya.Image260_1 Banyak soklan2 cepumas lain menerawang ke kepala otak aku, Lalu aku pon terpikir kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini pakaianku(especially T-Shirt) sumanya colour hitam?? Kenapa aku obses sekali dengan hitam?? Adakah hitam itu ayu?? Bagaimanakah hidup aku kalo xpakai T’s Hitam?? Pernahkah anda mendengar iklan ayat ini kat TV ”Hitam Itu Nampak Kemas, Menawan..Bermakna Tiada Lagi Kelemumur, Nama saya Rain” Aku tidaklah sebergitu naif untuk mengatakan hitam itu Menawan. dan juga tidak sekacak model syampu itu untuk menamakan diriku sebagai Rain. Kenapa nafsu time shopping(nak muntah guna ayat ni) membeli pakaian tidak memilih colour orange, hijau muda, kuning, biru kundang, putih mutiara atau lebih ngeri lagi color Pink??


Fakta Menarik: Color Pink adalah color yang sangat diminati oleh kaum yang berlawanan jantina dengan aku. Juga menjadi warna favourite satu lagi kaum yg digelar Abang Apok a.k.a Bapokkk!!!!!


Kapala otak semakin bercelaru dengan soklan2 cepumas yang menerawang muncul, lalu dengan seraya aku melakukan bedah siasat ke atas almari pakaianku WTF?? Suma baju aku color hitam except baju Raya (Baju Melayu) yang aku pakai setahun skali sejak beberapa tahun kebelakangan.Image266 ini dah bullshit getus hatiku? Dimanakah color2 lain dalam hidupku? Aku terus melakukan bedah siasat dan akhirnya terjumpa satu Baju Hard Rock Cafe yg colornya blue black(hitam lagi) xkisahla yg penting ada color lain. Itu pun abang aku yang angkat kat Taiwan beberapa tahun lalu, arrrghhhh aku xpuas hatiii sbb bukan aku yg beli yang aku angkat sumanya hitam.Apa sudah jadi kepada hidup aku? Kenapa aku di surrounded den