Showing posts with label believe it or not. Show all posts
Showing posts with label believe it or not. Show all posts

WTF Moment: Tukar Isteri Dengan Kambing?

Tatkala menatap berita aneh Ini di Harian Kosmo, secara automatik mengundang WTF dari mulut aku.Ianya Berlaku di Bulgaria, dimana seorang petani bernama Sengh Panayadov yang sudah mengahwini 3 wanita bertindak melakukan perkara aneh apabila suatu pagi beliau ke Pasar Tani di Kampungnya dan tertarik dengan seekor kambing betina, disebabkan kesempitan wang beliau beliau kembali semula dengan membawa isterinya dan dengan selamba menukarkan kambing itu dengan salah saorang isterinya.

Adakah mempunyai moral lelaki bergelar Sengh Panayadov dari Bulgaria ini? Bukankah seorang wanita harus dikasihi seadanya oleh saorang lelaki dan tidak mungkin dapat dibandingkan dengan sebarang nilai material? Menurut mohdismail melalui entri terbarunya, wanita adalah insan yang komplikated dan sukar difahami. Dan beliau menyenaraikan tips menarik untuk memahami wanita.

Apakah nilai seorang wanita di mata seorang lelaki bergelar Sengh Panayadvo dari Bulgaria itu?jawapannya hanya seekor kambing?

Bagi aku sememangnya lelaki ini perlu dihapuskan dari mukabumi, beliau tidak layak mendiami bumi tuhan ini. Apabila membandingkan harga wanita dengan seekor kambing? OMG..??, macho sangatkah makhluk bernama Sengh Panayadvo dari Bulgaria itu? Sehingga tiga wanita mengahwininya dan beliau dengan "innocence"nya meletakkan harga mereka sama seperti kambing? Ini aku tidak faham.


Amy Search: Dari Konsert Rock ke Pusat Tahfiz.

Percayakah anda?Berita ni actually dah lama(4April 08). Amy Search, rocker terkenal seluruh nusantara itu mahu menubuhkan Pusat Tahfiz Al-Quran bernilai RM3juta? di Kampung halamannya, Johor Bharu. Tetapi itulah realitinya, dimana Amy sendiri menunjukkan pelan bangunan Maahad Tahfiz itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, semasa menghadiri majlis perasmian Restoran Cheng Ho (Restoran Makanan Cina Islam), di Wangsa Maju baru-baru ini.

Bagi memastkan ianya menjadi kenyataan, Amy Search telah memberikan penerangan sepintas lalu kepada Tok Guru, berkenaan perancangannya itu. “Mana Mesjidnya?” Tanya Tok Guru. “Ini Pelannya Tok Guru…” Sambil memberikan penerangan lebih detail berkenaan pelan dan reka bentuk melalui yayasan yang akan ditubuhkannya itu.

Setelah melihatnya Tok Guru Nik Aziz membaca doa, moga-moga cita-cita Amy untuk berhijrah berjaya dan diberkati.

Amy Search mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu, setelah berjaya melalui samannya kepada sebuah Syarikat Penerbitan. Selepas itu imej Amy dilihat semakin berubah, bermula dengan membotakkan rambut rockersnya, seterusnya pulang ke tanah air dan merakam lagu berunsur dakwah bersama kumpulan Rabbani, disamping itu beliau juga membuka sebuah Restoran Makanan Cina Islam Cheng Ho. Tahniah diucapkan kepada Amy Search.

Diharap usaha murni seperti ini dapat diikuti oleh artis lain contohnya Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K yang khabarnya baru menduduki rumah yang bernilai RM7juta…??

Polis Mengganas Lagi: Ahli Parlimen Di Belasah(Updated With Video)

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

cheras mahkota conflict 080508 water canon 02Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.

cheras mahkota conflict 080508 tear gas 03Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.

Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.

Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.

cheras mahkota conflict 080508 lim li yiing distroy machine 02Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).

'Saya disembur, dipukul'

Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.

Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.

Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

cheras mahkota conflict 080508 lim lip eng arrested"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.

Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.

Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.

Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.

Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.


Video:


kredit to: Malaysiakini

www.apasaje.com

WTF Moment: Anuar Zain Rela Dicium?

Bangkit awal di pagi hujung minggu ntuk subuh berjemaah di surau(bole caya ke??) adalah saat yang paling bahagia, seterusnya melungsuri laman-laman blog, forum-forum dan web media alternatif adalah tabiat wajib aku setiap pagi, ini bagi menyeimbangkan pemikiran dan melatih otak menjadik lebih produktif & efektif setelah seharian dibobrokkan oleh media propaganda milik kerajaan. Sedang aku asyik melayan topik perdebatan politik di forum cari, dengan tiba2 jari ini ter"click" kat board Gossip(yaaaa i know that Sucks To layan gossip ). Dan dengan tiba-tiba lagi ter"click" satu thread yg bertajuk "Anuar Zain rela dicium - Pakej bayar dan cium - Gambar peluk cium pg. 8"...What The Hell?? hatiku menjerit kebingungan..Dalam thread itu jugak diletakkan bukti video Anuar Zain dicium dan peluk oleh seorang yang boleh dianggap nenek, bergambar penuh mesra, memberi siuman kepada makhluk yang bergelar Anuar Zain. Owhhh apa bala pulak ni?? getus hatiku, memang benar dan terbukti melalui video tersebut kejahilan seorang makcik dan beberapa rakannya memeluk dan mencium artis pujaan hati.

Fakta Menarik: Kepada korang yg xkenal siapa itu Anuar Zain, dia merupakan adik kepada Ziana Zain ala penyayi & pelakon popular 90-an dulu, lagi sape tu abang dia yg ada Zain2 kat blakang tu..Kira anak kepada Hj Zain la yekk..:-P


Bergitu rendahnya moral makcik(aku sapek seorang yg bertitle datin ke hape sbb majlis grand seperti itu diadakan di sebuah Hotel) tersebut, apakah bacul suaminya membiarkan makcik itu memeluk dan mencium Anuar Zain?benar aku tidak mempunyai hak untuk berkata sebergitu rupa? tetapi sebagai saudara seagama aku berasa terpalit rasa malu dengan tindak-tanduk yg tidak bermoral mereka ini. Berasa malu yang amat sangat jika ianya ditonton oleh rakan yang bukan seagama dengan aku. Apakah Makcik dan rakan-rakanya itu mempunyai akal yg waras??apakah rasionalnya?? dan apakejaddahnya??Aku sebagai seorang blogger yang hadhari mahu mengutuk sekeras-kerasnya kejadian ini..Ini adalah video penuhnya:




psst: Artis semacam inikah yang kita banggakan di BolehLand ini?? Aku juga menyeru kepada korang untuk memboikot album si Anuar Zain..kalo dah desperated sangat tu download jerr MP3 dia, xpayah beli album...sekian peace!!

Pekerjaan Menteri Selepas Tidak Dilantik

Entri Berikut adalah merupakan satira dan celaan sinis terhadap bekas-bekas Menteri yang tidak dilantik dalam kabinet baru Pak Lah.Okeh jom kita bergelak ketawa sebelum memulakan hari di pagi jumaat yang indah ini. Kredit sebanyak 4lori diberikan kepada forumer cari iaitu ZainuddinMaiddin yang kreatif gila menghasilkan gambar ini...hehehe peace!!!!

1) Dato Sri Jamaluddin Jarjis dilihat kehulu-kehilir di pasar borong pekan Rompin, dilaporkan dia dilihat membuat "deal" dengan Ah Chong iaitu seorang Tokey ikan terkenal di pekan rompin. Segala teka-teki terdedah apabila dia dilihat menjual ikan dengan rakan baiknya Rammasami Karuppiah!!!
2)Sementara itu, situasi berbeza pula di Kedah, Bekas Menteri Besar iaitu Mahdzir Khalid dilihat bersama kerbau kesayangannya dilihat sedang membajak sawah di tanah pusaka milik keluarganya.


3) Datuk Idris Jusoh pula dilihat sedang menjalankan business Keropok lekor di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu selepas percubaannya menderhaka kepada Sultan tidak berjaya. Dia bersama 22 Adun yg turut menderhaka sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah kilang Keropok lekor di belakang rumah Idris untuk diproses dan dieksport ke luar negara dipatentkan sebagai "Keropok Lekor Hadhari"

4) Di Kuala Selangor pula Dr Khir Toyo menghadapi dilemma bersama penyapu, dia dilihat berpakaian seragam tukang sapu Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Mungkinkah dia mendapat karier baru sebgaai tukang sapu Majlis Perbandaran? Terdengar juga gosip awam yang mengatakan Khir Toyo akan berpindah ke Jawa untuk menyelamatkan industri tempe yg dikatakan sedikit bermasalah di Indonesia.

5)Sementara itu di Putrajaya Datuk Tengku Adnan dilihat menebar roti canai di Restoran Pelita Nasi Kandar. Dengan aksi2 tebaran yang penuh dengan skill, dia meungkin sedang berlatih untuk melayakkan diri ke pertandingan roti canai peringkat antarabangsa di India hujung tahun ini.

6) Sementara itu perkara menarik terjadi di Bachok Kelantan, apabila seseorang yg disebut-sebut bakal Menteri Besar, Datuk Dr Awang Adik Hussain dilihat menjalankan perniagaan tradisional warisan keluarganya iaitu khidmat mengurut...owh servis tukang urut wanita xde ke?Datuk??
7) Di R&R Juru Pulau Pinang orang ramai terserempak dengan satu muka yg familiar iaitu Dr Koh Tsu Konn sedang beniaga buah sukun goreng tepung dengan harga RM1 untuk dua keping. DIpercayai resepi rahsia tepung goreng adalah warisan keluarganya.

8) Rapidah Aziz pula membuka kedai Runcit, setelah kawalan terhadap AP yang dikuasainya sebelum ini telah dirampas oleh orang lain.
9) Sementara itu di Tol Jelapang Ipoh, dilihat (arggghhhh korang letak la ayat korang sendiri kat sini, maleh aku nak taip pepanjang).....wakakakakakak Cittt pppooooooorarrraaaahhhhhhh Mr. Sammy.

Mahu Menjadi Watak Prison Break?

Mahu menjadik watak Michael Scorfield?xpun abangnya Lincon Burrow? Mem"Break" Prison, dengan memanipulasi skill kejuruteraan struktur yang kompleks? Atau sekurang-kurangnya anda ingin menjadi watak Gay seperti T-Bag atau watak mafia Lenchero?? Dengan mempunyai wang anda boleh melakukan segala-galanya bukan?? Disini aku senaraikan beberapa buah Penjara.....ermmm actually Jail Hotels, bagi anda yang ingin merasai pengalaman berada di dalam penjara hah inilah masanya. Ermm xsilap Penjara Pudu pon ada tiru konsep ni jugak kan??apakes skang ni xdengar citer pon?


Fakta Menarik: Ada sesetengah Hotel Penjara ini diiktiraf "luxurious 4-Star Hotels" dimana tetamunya dapat merasai pengalaman bermalam bukan sahaja di sel-sel penjara tetapi juga di Library, Pejabat Pengarah Penjara dan merasai suasan di Kantin Penjara.



Boston, Massachusetts: Sebuah Penjara Terkenal iaitu Charles Street Jail, ianya merupakan model penjara terkenal sekitar tahun 1800, dibaikpulih semula pada sekitar tahun 1900 untuk dijadikan hotel. Ianya diiktiraf sebagai hotel 4-bintang di tengah-tengah Kota Massachusetts.Owh kalo bergini aku pun mahu ke sana.

Mt. Gambier, Australia: dinamakan sebagai "The Mount Gambier Jail" ianya juga hasil dari Penjara sebenar yg di"renovate" semula. Ianya sebuah hotel budget sesuai untuk backpackers dan pengembara jalanan. Mengekalkan ciri-ciri original sebuah penjara tinggal di sel2 yg kecil, berhabuk, dinding yg berconteng dan owhhh!!! pengunjung juga akan diberikan seragam penjara dan dapat merasai semua kemudahan disana.




Liepaja, Latvia: Ini merupakan Prison Hotel Yang tidak akan dilupakan. Masih mengekalkan ciri-ciri penyeksaan dan kezaliman yg berlaku terhadap banduan(especially tahanan perang).Mempunyai bilik tempat banduan di executed seperti kerusi elektrik, tali gantung dan yg paling brutal skali adalah tempat penyeksaan. Anda juga akan dilayan seperti banduan sebenar dimana Prison Guard seperti that As*hole Brad Bellick akan menjerit di telinga anda, melakukan ugutan, dan melakukan warning gun fire. Sounds like a great time, eh?




Oxford, England: Merupakan sebuah bangunan lama yg dinamakan "The Core Oxford Castle" diubahsuai dgn melakukan sedikit kelainan pada sekitar tahun 1900. Hari ini, the Malmaison Hotel mempunyai overnight rooms, apartments, restaurants and bars. Kebanyakan insfrastrukturnya masih dapat digunakan. dan benar-benar vintage!!!

BUKTI: Kenapa BN Benar-Benar Ingin Merampas Kelate.

Credits to RPK(malaysia-today.net)......

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut:
* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTANPetronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.Jarak lokasi BlokA18 dari beberapa bandar utama.
* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. [lihat peta di atas]
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008 Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI [lihat peta di bawah untuk mengetahui kawasan simpanan minyak di perairan Kelantan] ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
-PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
-Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
-Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
-Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
-Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
-Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.


psst: Persoalannya sekarang kenapa hak rakyat Kelantan dinafikan??sudah terang lagi bersuluh jika mereka berkuasa, hasil Tuhan ini pasti dibolot dengan rakusnya oleh mereka dan kroni-kroni. Syabas ko rakyat Kelate demo sudoh nafikan kemungkaran tu dari terjadi dan terus meletakkan Pemerintahan Islam di tangga teratas.

WTF Moment: Nenek Bakal Ke Parlimen...??

Banyak perkara yg membuatkan aku mencarut tak tentu pasal, dalam menjalani hidup ini.Tetapi kejadian horror pagi tadi merupakan “The Greatest WTF Moment Ever!!”, itu jam gua tengah mengusha online-paper kat opis dan gelakkan gua kedengaran mengegar satu opis..ciss!!, damnn!! yg gua betul-betul tak puashatinya kenapa xtahu-menahu pon ada sorang nenek bakal merebut kerusi parlimen semasa hari penamaan calon dulu? shitkan? okeh kita baca skit laporannya….

Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’ menggunakan lambang kunci. Menurutnya, antara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.“Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kain dari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci.

Nenek Maimun Sedang menyebarkan risalah propaganda dan manifesto Parti Kunci yang diwakilinya pada PRU-12 nanti.


Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik,” katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam. Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini. Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan calon ‘bidan terjun’, Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

“Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang,” katanya. Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca. Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.Sementara itu, jirannya, Jusoh Mohd, 56, berkata wanita itu gemar menonton Buletin Utama dan Berita Dunia dan ketika siaran kedua-dua slot itu, beliau akan menguatkan pembesar suara televisyen menyebabkan jiran tetangga tidak perlu memasang televisyen di rumah masing-masing.

Bagaimana pendapat anda wahai rakyat Kuala Terengganu? mahu berwakilkan seorang nenek yang kool untuk menyuarakan masalah anda di Parlimen??...tidak dapat dinafikan ini merupakan WTF moment yang paling letupp....abad ini.



Psst: Gua suspek nenek ni dah dirasuk roh psikopat Ayah Pin lahh...satu hari nanti gua akan usaha nak pegi jumpa makcik ni ntuk mintak restu kahwin ke hape!!...salah satu wishlist gua ni. Hah!! En. Puaka apa lagi ada brani??

Gadget Pelik Di Pameran CES 2008.

Pameran Elektronik terbesar dunia ataupun lebih di kenali sebagai CES 2008(Consumer Electronic Show 2008) baru sahaja melabuhkan tirai di Pusat Konvension Arlington yg dianjurkan oleh (CEA)® Consumer Electronics Association.


CES® 2008 berlangsung pada January 7-10, 2008, di Las Vegas, Nevada. Kemegahannya & kehebatannya tidak dapat dinafikan apabila mencipta rekod sebagai pameran yang terbesar pernah di adakan dalam Sejarah CES meliputi 1.85 juta square feet ruang pameran, penyertaan 130,000 Profesional ICT seluruh dunia, lebih 20,000 product baru diperkenalkan dan penyertaan lebih 2500 Syarikat ICT terkenal. Pelbagai produk elekttronik, hardware2 terbaru, inovasi terkini, gajet yg terlampau best, dan beberapa orang model-model cun yg mugil(apa maksudnya ni?? gua main hantam jerr taruk ayat ni???) tersenyum mesra memperkenalkan product terbaru mereka.Ianya sememang mengujakan makhluk yg mempunyai "roh" digelar Tech. Freaks. Dalam banyak2 gajet yg dipamerkan terdapat jugak yg aku rasakan sungguh pelik bin ajaib, inovasi apakah ini?? apakeharamjaddahnya gajet2 ini diwujudkan?? fungsinya jugak sungguh pelik dan mengarut. Ok, tanpa banyak bicara kat sini aku senaraikan Gajet Yang Pelik di Pameran CES2008...enjoy!!!



1) Rubik Cube MP3 Player.


Fungsinya Di mana seseorang pengguna perlu menyelesaikan Kiub Rubik dahulu untuk mendengar MP3 melaluinya, sungguh pelik bukan?? jika aku penggunanya sudah tentu akan ku campak ke dinding...



2) Scratch ‘n’ sniff MP3 players


MP3 Player yg berbau itulah gelarannya, pelbagai perisa bau termasuklah orange, strawberry, Limau Epal atau apa-saje buahan yg ada kat atas mukabumi ini, merupakan inovasi hebat dari Negara Matahari Terbit. Sememangnya kool!!


3) Ear Wax Camera/Cleaner.



gadjet ini gua anggap satu inovasi yg pintar, dilengkapi kamera kecil beserta lampu laser, syabas kepada penciptanya. Semestinya pendengaran anda menjadik lebih produktif selepas menggunkannya.


4) Sweet cake PC.



Nampak enak bukan?? jangan terpedaya dengan pandangan pertama, jika anda membuat keputusan untuk memakannya sudah tentu perut anda akan meragam dan memulas-mulas kerna menelan motherboard, CPU, RAM, VGA dan segala hardware2 yg terdapat di dalam Sweet Cake PC. Sememangnya kerja gila ini sangat kool. heh!!


5) Butt Cooler Chair.



Kerusi Untuk menyejuk bontot, bergitulah terjemahannya. Dilengkapi sebuah mesin cooler seakan aircond yg menggunakan koneksi USB ntuk mendapatkan sumber tenaga daripda PC/Laptop. Ia sememangnya kool dan aku tidak akan teragak-agak ntuk memilikinya suatu hari nanti.



*AMARAN: artikel di bawah ini merupakan bacaan dewasa, jika umur anda 18tahun dan ke bawah sila berhenti di sini dan tekan butang x(pangkah) disebelah atas kanan tetingkap browser anda untuk menutup blog ini. Jika anda berdegil untuk meneruskan pembacaan sila dapatkan nasihat orang yg lebih tua untuk memerhatikan anda.Pemilik blog ini tidak akan bertangungjwab jika berlaku kejadian yg tidak diingini berlaku terhadap anda kelak.hoh!!


6) B**bs Radio.


Apakejadahnya radio ini??...sila gunakan kepintaran imaginasi anda untuk mengambarkan rupa paras keseluruhan Gadget ini.


7) Internet Friendly Urinal



Merupakan kantung untuk menyimpan kencing anda, jika tengah syok melayan internet dan bergitu malas ke tandas, sesungguhnya manusia yg menggunakan
Internet Friendly Urinal, adalah tidak berguna untuk hidup di muka bumi ini.


psst: x sabar nak tunggu CES buat Pameran di KL....bila tuh?


TRUCKSTER ADVENTURE TEAM : EKSKLUSIF HARI THAIPUSAM

Aku x berapa pasti idea best ni datang daripada siapa, apa yang aku tahu En. Lord Puaka sejak akhir-akhir ini bergitu bersungguh-sungguh sekali into kepada benda2 mistik lagi horror dan terlalu asyik sekali mengkaji Teori Chow Tut & Falsafah Kerajaan Langit yg diasaskan oleh Ayah Pin (di satu sudut bilik En. Puaka ada Sebuah Kitab Kerajaan Langit, yg entah dari mana datangnya, gua pon seram time nak usha kitab tu). Trip ini jugak untuk menyiapkan thesis ujarnya sambil serius menghembus asap rokok SAAT yang keluar dari paru-parunya. Aku tertanya-tanya??? apekeharamjaddahnya thesis plak ni??. Itu jam kami tengah lepak2 kat Salam Corner (Kingpin Kedai Mapley yg pegang area gua ni).

Trivia Menarik: En. Puaka merupakan Tokan rokok yang berjaya semasa tinggal di Hostel dulu, pasarannya melangkau ke Blok C & D dan diedarkan oleh kutu-kutu yang dilantik khas. Yang menjadik mangsa adalah keta aku, digunakan untuk menyeludup berkarton-karton rokok melepasi Pondok Pak Guard ke dalam Kampus.

Menurut En. Puaka Perarakan Thaipusam Kaum Hindu untuk memuja Lord Murugan akan bermula di sebuah Kuil Hindu di Pusing, Ipoh Perak. Menurut research yg di baca En. Puaka Perarakan Kavadi bakal bermula di Kuil Sri Mahakarumaryamman Muneshwarar. Sebuah Kuil di Pusing.


Menurutnya lagi, Di Malaysia merupakan yang terbesar di dunia, sambutan Thaipusam turut disambut dengan meriah di kuil Gunung Cheroh Sri Subramaniar, Ipoh, Perak; kuil Arulmigu Balathandayuthabani, Pulau Pinang serta tiga kuil di Johor iaitu kuil Sri Muniswarar di Tampoi dan kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air serta kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel, Johor Bahru(hoh???)....Gua, Lan dan Mal tergaman beberapa minit disebabkan kenyataan En. Puaka ini dan di sebabkan faktanya yg bernas dan tepat kami sepakat melantik En. Puaka untuk mengetuai Trip Truckster Adventure Team untuk ke Pesta Thaipusam.



Pada awalnya kami merancang ntuk terus ke Bt. Caves, disebabkan kos yg tinggi menyebabkan idea tersebut gagal dan kami mengambil keputusan ke Ipoh saja. Sebagai ketua misi En Puaka dipertangungjawabkan merangka trip, menetapkan budget dan juga menganalisis kesukaran yang akan kami tempuhi.


Suasana di Jalan Medan Kid.

Pagi2 lagi kami bangun dan tanpa breakfast kami menyiapkan diri ntuk ke Pusing, destinasi pertama kami. Mengambil masa selama 20minit akhirnya tiba. Kami heran lantas naik bigung kerna tidak terdapat sorang pun macha kat Pekan Pusing. dalam kami mencarik-carik kuil hindu di pekan Pusing maka datang sorang Apek Tua Berbasikal Tua selamba melakukan wheelie didepan kami dan aku seraya bertanya kepadanya "Apekk!! bawak kavadi punya olang mana pigi arrr?? itu thaipusam punya pesta???". Soal gua. "Owh itu aaaarrr, lu pigi straight nampak simpang lu masuk, then ada itu kuil, dalam sana ada itu olang bikin kavadi". Jawabnya ringkas. Setelah mengucapkan terima kasih kami terus ke Kuil yg apek tu cakap tadi. Sampai saje kat Kuil tu satu macha pun tarakk!!!. Gua suspek kami dah kena kencing dengan Apek Tua Berbasikal Tua tu. Cisssss!!!!


Aku dan Mal, bergambar latarbelakang Kavadi. yang Kool.



Mal dan Puaka bergitu terhibur skali.di situ.


Tanpa banyak soal kami terus ke Ipoh dan tiba di area Medan Kid kami lihat ramai orang dan Polis mengawal Trafik...Yaaaa ini laaahhh yang kami tunggu2 dan gua seraya melakukan drift ntuk park keta di area Stesen Shell seberang jalan. Kami benar-benar teruja, menyiapkan kamera dan peralatan lain ntuk menyertai pesta ini. Sambil menjunjung periuk susu serta kavadi, penganut Hindu berduyun-duyun berjalan sejauh 10 km melalui beberapa jalan termasuk Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusuff, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Muda Musa untuk ke Gunung Cheroh.



Macha ni dah berapa kali stop, gua suspek dia dah sakit giler usung bendalah tu. tgk la duri2 menyucuk kat badan dia. ngeri siall.


Para pelancong asing, gua suspek mereka satu rombongan bas turut menyertai kira-kira 100,000 penganut Hindu yang membanjiri kuil Subramaniyar di Gunung Cheroh sejak petang semalam.Pelbagai aktiviti keagamaan diadakan di situ termasuk perarakan Lord Murugan dari kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari ke kuil Kallumai Arul Subramaniyar di kawasan batu kapur Gunung Cheroh. Kami sempat menemuramah beberapa Mat Salleh dari German Reporter sebuah Majalah kat sana dan banyak lagi dibebelnya tp xpaham sbb loghat Germannya pekat gile. Owh!! patut la siap ngan kamera SLR suma.

Info Menarik: Apa yang kami perhatikan tiada sorang pon orang Melayu kecuali kami menyertai Perarakan itu. Pelikkan? kenapa kepelbagaian kaum dan tradisional yg unik ni orang melayu tidak beberapa into.


Aksi ngeri yg gua compilekan skali, gambar-gambarnya.


Pelbagai aksi ngeri dan berani mati dapat dilihat seperti mencucuk pipi dengan anak panah sehingga tembus kiri-kanan, mencucuk mata kail di belakang badan, melontar buah kelapa ke dinding, apa yg best terdapat jugak buah-buahan tempatan & import turut di gantung di tubuh badan masing-masing. Kami makin teruja dengan aksi2 sebergini rupa kerana dapat dilihat secara live beb!!! mana lagi nak tengok. Gua naik seram apabila terdapat jugak kanak2 Ribena mengusung kavadi, memang hardcore gile!!! kecik-kecik dah into dalam benda2 ngeri macmni.

Info Menarik: kami berada di sana selama 4 jam... dan perut sudah mula berbunyi, setelah perarakan sedikit reda kami bersiap ntuk pulang. On the way balik lepak kat Nasmir Taman Ipoh, ntuk makan2 sebab sebelah petangnya kami akan ke Bota ntuk mengkarate buah Durian di Kebun Atuk Meon.

TAJUK BERITA YANG WEIRD.

Antara hobi utama aku yang sedang giat dijalankan adalah mengumpul tajuk-tajuk akhbar yang pelik dan sungguh ajaib, apabila aku terbaca/terlihat tajuk berita-berita yang weird ini, xkisahla di mana lokasi aku berada eg: time lepak-lepak Mamak, ataupon semasa boring2 kat Rumah.Pasti aku teruja kerna terhibur dengannya dan dengan seraya menggunakan Phone Nokia model murahan aku untuk snap gambar tersebut supaya dapat dijadikan koleksi. Hobi ini tidak membuang masa + duit seperti hobi2 yang lain seperti main games sampai lebam biji mata, lepak-lepak Maplex sambil layan Live EPL, dan juga terpengaruh dgn aktiviti budak2 jahat pada hujung minggu.

Trivia Menarik: Skang ni gua tengah habiskan mission Games Company Of Heroes: Opposing Throne dalam Mode Expert untuk merasai suasana strategi Perang Dunia Kedua yang sebenar. Membuatkan aku sedikit hilang pedoman/pertimbangan.

Okeh jom melayan sedikit-sebanyak tajuk akhbar yang aku rasakan sungguh pelik ini:



Salah satu gadget ciptaan anak Malaysia yang dinamakan E-Hidung, ianya sebuah aplikasi yang mampu mengesan sebarang jenis bahaya, aku xberapa banyak info sangat, sbb time gua tanya pakcik google pon xde jawapan yg memuaskan. Maybe idea bodoh ni sudah terkubur dan aku sebagai rakyat yang Hadhari lagi Berteknologi dan berfikiran Glokal mahu mengutuk sekerasnya gadget dgn nama yang sangat menjengkelkan ini. Anda bagaimana??



Ini adalah tajuk berita yang mampu membuatkan aku tergelak besar, kenapa bro Tian Chua gigit Polis??ianya berlaku semasa Demonstrasi di Parlimen pada December lepas.




What The Fish?? apa masalahnya??....itukan bini dia??damn!! anda tau??



Damn!! Kenapa ini terjadi di Negara Malaysia?, adakah menjadi kesalahan jenayah besar jika mencuri RM0.90 untuk membeli sebungkus nasi lemak kerna ingin mengisi perut untuk mengelakkan maut disebabkan kebuluran? tidak ada hati perutkah "Meja straight" Mahkamah Shah Alam?sungguh memalukan.


Info Tambahan: Tajuk buku ini juga cukup weird, kenapa aku berkata bergitu rupa?. Anda lihatlah gambarnya, aku masih lagi tidak faham(selama lebih 3 semester bergelumang dgnya) kenapa buku Math Caculus, covernya ada orang kuning berbasikal dan berpegangan tangan. Apakah motifnya??, gua suspek sesiapa yang terrer Calculus akan jadik GAY?seperti gambar dibawah:

Psst: ini buku Alep(kalo xsilap), walopun 2sem repeat paper dan menghafal setiap perkataan dalam Buku ni, aku masih lagi dapat C+ dalam subject Calculus II. owhh damn!! aku sungguh Loser dalam subject kira2 dan logic...namun aku sangat berbangga sbb terbukti bukan gay.hoh!!

KENAPA LA BABI BANYAK GILER...DAMN IT!!!!

Patut laaaaa.....selain ayam,b@b1 adalah eksport terbesar MALAYSIA HADHARI yang korang citai nihh.......laughing laughing laughing laughing laughing laughing


Image

ntuk pengetahuan korang jugak....Singapore yg of course bukan Negara Hadhari merupakan pengimport terbesar B@bi dari Negara kita, since government diorang mengharamkan penternakan B@bi di sana Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis Nangis

MALAYSIA BOLEH...VERSI MARINA MAHATHIR

Kesiannya anak Tun Det seorang ni sanggup buat doa selamat utknya Ayahnya yg terlantar sakit menggunakan berbagai kepercayaan, sedangkan terdpt larangan Allah swt dalam Al Quran surah Kulya Ayuhal Kafirun iaitu "Bagi engkau agama engkau dan aku
agamaku dan aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah". Sedihnya multi religion practices sedang berleluasa dipratikkan di Indonesia & Singapura dan nampaknya telah sampai pun di Malaysia kini dan semalampun Majlis fatwa pun dah boleh terima masok org yg tak ada agama background sebagai ahlinya.Semuanya kerana Malaysia Boleh.....

Marina_1_3

Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,

You are cordially invited to a multifaith doa selamat

on Sunday Sept 9 2007

at 7pm

at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:

7pm Arrival of guests

7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf

7.30pm Prayers by each faith to be led by:

Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia Swami Samyam
Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers) Mr BS Tan, Federation of
Taoist Associations of Malaysia Buddhist community (TBC) Sikh community
(TBC) Baha'i community (TBC)

Imam Feisal will end with a doa.

8.00pm Dinner

(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to
God Almighty for my father's successful operation and continued
recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for
the kind prayers and support that they have extended to me and my
family.

Thank you.

Marina and family

Marina_3_1 Marina_4 Marina_5 Marina_2_1

COOL TRUCK DESIGN EVER....

These are pictures of European semi-trucks whose trailers are decorated to look like the sides are missing. The products they are hauling are painted on the sides and back.


This one shows Pepsi cases stacked on the ceiling, while the bottom of the trailer is empty.


This one is of a giant bottle of beer that looks so real, like it is coming out of the side of the trailer.


This truck has a windshield facing the back and there has been a driver painted in the driver’s seat looking back over his shoulder to appear like he is driving backwards.


Here is one of a canvas tote bag.


Can you believe that the aquarium with fish swimming in it is not the real thing?


This one is of a bookshelf with giant books lined up in it and a post-it note with an advertisement on it, probably for the company that sells the books.


This one looks like it has no sides and top at all! But if the truck happens to move out of spot and it will have no effect at all.


This is the most innovative one for Pringles Hot & Spicy chips. The trailer appears as though the inside of it has been through a fire.

psst:pelik kan gambar trucks kat atas ni..ape pendapat korang? komen sendiri..hahaha sebenarnya Teknologi PhotoKedai jerrr nihhhh, xpayah la korang menhantuk kepala kat dinding pasal xpercaya dengan design Truck ni



Kenapa Saya Tidak Membuat MyKad..Che'gu Bard

Tadi aku jalan2 kat cari2 blog2 yg menarik...salah satu blog yg aku suka lepak adalah blog chegu bard....dia nih memang otaimer blogger yag berani gak bagi aku.....try baca reason dia kenapa x buat mykad....hahahaha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk pengetahuan semua saya adalah antara yang menjadi angka dalam statistik rakyat yang masih menukar kepada MyKad. Persoalanya kenapa saya tidak menukar kepada MyKad ?

Pertamanya saya tidak melihat kepentingan mengapa saya perlu menukar kepada MyKad. Malah saya melihat penukaran MyKad ini berkait rapat dengan pemunggahan wang negara ke kocek syarikat pengeluar MyKad tersebut. Saya juga mengesyaki dalam proses itu sudah tentu terdapat unsur korupsi terlibat.

Saya cukup yakin orang yang berpandangan seperti saya ini juga ramai jumlahnya tetap mengapa tiada perbincangan mengenai alasan ini dilakukan.

Malah pada pada ketika ramai rakyat berpusu menukar My Kad, tidak kurang juga ramai yang berpandangan kesungguhan kerajaan menghambat rakyat dengan menetapkan dateline itu sebenarnya hanyalah untuk melariskan bekalan syarikat pembekal yang memiliki kontrak membekalkan MyKad itu.

Menurut Menteri Dalam Negeri ketika itu Azmi Khalid, kos membuat sekeping MyKad adalah RM28.60. Tidakkah kelihatan agak tingi kos tersebut?Bursa Malaysia Kontrak membikin MyKad telah diberikan oleh kerajaan kepada sebuah syarikat yang tersenaraiiaitu IRIS Corporation Berhad melalui perjanjian pada 13 Ogos 2003 yang lalu.

Berdasarkan laporan media utama negara, menurut perjanjian tersebut IRIS melalui anak syarikatnya GMPC Corporation Sdn. Bhd. akan membekalkan sejumlah 9 juta keping MyKad kepada Jabatan Pendaftaran Negara selama tempoh dua tahun dengan kontrak bernilai RM 216 juta.

Bermakna melalui perjanjian itu sekeping MyKad jatuh RM24.00. Kenapa menteri menyebut RM28.60? Kenapa ada tambahan RM2.60?

Kemudian adalah difahamkan pada 29 Ogos 2005 IRIS dan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian kali ini untuk membekalkan dalam tempoh 4 bulan MyKad, MyKid dan MyPR dengan kontrak bernilai RM92 juta!

Pertamanya ayuh kita fikirkan bagaimana boleh berlaku perbezaan harga sebegitu rupa, barangkali JPN nak ambil untung, barangkali ada VO kerana harga barangan naik, atau apa sahaja alasan .

Kedua tidakkah terlalu tinggi kos membuat sekeping MyKad itu?

more:http://chegubard.blogspot.com/2006/12/kenapa-saya-masih-tidak-menukar-kad.html

Polis: ke"idiot"annya Makin Terserlah

Polis: ke"idiot"annya Makin Terserlah


Polis_1 Satu lagi ke"idiot"an polis kat mesia nih....dah2 terang lagi bersuluh buat kesalahan tapi xtau nak cover...ape punya bengong la...kalo tahan orang buat salah, xde keja lain tunggu nak pow je rasuah, rasuah, rasuah (haha jgn gelak aku pon penah kena pow pasal langgar traffic light)....hehe ape lagi kutuk la nak kutuk...ok aku start dulu B*b*, keymark, l*h*b*u, gampang punya polis guna phone time driving, nih legal ker????

Gambar ini dipetik dari blog seorang sahabat. Ketika melihat gambar ini aku terfikir adakah anggota polis ini tidak kisah keselamatan dia dan pengguna jalan raya lain ? atau saman trafik (seperti penggunaan telefon tanpa alat bebas tangan) hanyalah satu cara pemerintah memunggah wang rakyat untuk mendapatkan cairan tunai bagi menuruskan negara ?

credits to : http://www.bloghijat.blogspot.com/

Starbuck......isk3????

weh sebenarnya koranglah yang menyumbangkan kepada kemusnahan umat islam di ASIA BARAT yang sedang meruncing sekarang ni .

WAHAI RAKAN KU YG BERAGAMA ISLAM.....KEPADA KAMU SEMUAA YG TELAH SUDAH BNYAK MINUM DAN BERLEPAK DI SEMUA STARBUCK CAFE..BERHENTI LAH OK....KERANA SETIAP CAWAN YG ANDA MINUM WALAU AIR SEJUK.....MERUPAKAN 1 KEMUSNAHAN PADA SAUDARA AGAMA KITE KITE...SO TOLONG BERHENTILAH G KER STARBUCK...

click here: http://www.ziopedia.org/content/view/578/1/

TAK CAYE KLIK INI..N BACA SAMPAI HABIS...SAMPAIKAN MSG INI KEPADA RAKAN2 LAIN.KITE AGAMA ISLAM...MSG NI SGT SERIUS DAN BETOL....SO PLEASE REPLY LAH PADA RAKAN2 LAIN OK...KITE MEMBANTU AGAMA ISLAM AGAMA KITE SENDIRI JUGA...BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

Albert Einstein...Bengap Rupanya masa kecik2 Dulu???

2000555441684350814_rs Sape yang tak kenal Albert Einstein (1879-1955) yang dikatakan orang paling genius pada zaman beliau. Pernah dilabel sebagai orang yang lembap belajar masa sekolah tak menghalang dirinya untuk mendapat pencapaian yang hebat dalam sains. Beliau menyusulkan satu teori relativiti, membantu membangunkan teori kuantum dan menerima hadiah Nobel hasil daripada penerangan tentang kesan fotoelektrik. Persamaan beliau yang paling popular dan memberi kesan hingga sekarang adalah E = mc2 Satu contoh yang baik, macam mana orang yang dikatakan lembap dalam pelajaran tapi dapat menjadi tokoh sains. Sikap ingin terus belajar yang ada pada dirinya patut kita contohi. Kebodohan diri tak menghalang untuk menjadi orang yang pandai. Ada ke the next Einstein ? Ahli Fizik menyatakan belum ada lagi Einstein yang seterusnya dilahirkan sehingga sekarang. Fakta otak Einstein Selepas 7 tahun Einstein meningal dunia, otaknya telah dibedah untuk dikaji. Salah seorang yang saintis yang mendapat otak Einstein adalah Professor Marian Diamond. Beliau dan ahlinya mengira bilangan neuron dan sel glial dalam otak Einstein. Otak Einstein dibandingkan dengan otak 11 orang lelaki yang telah meninggal dunia dalam purata umur 64 tahun. Hasil yang diperolehi, otak Einstein mempunyai peratus yang tinggi bagi sel glial; sel yang menyokong dan menyuburkan sambungan antara neuron. Sebab tu Einstein mempunyai keupayaan berfikir yang tinggi. Satu kajian lain pada ta