Showing posts with label Truckster Collections. Show all posts
Showing posts with label Truckster Collections. Show all posts

VIDEO CERAMAH ANWAR IBRAHIM @ BLACK 14

Perhimpunan Rakyat Black 14 selamat Diadakan pada 14 April 2008 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, sempena pembebasan tokoh pejuang rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kepada sesiapa yang tidak dapat turun ke Black14 pada malam itu, Kami di AIC(Anwar Ibrahim Club) dengan bangganya mempersembahkan video ceramah DSAI yang penuh bertenaga pada malam itu, ramai tokoh hebat pejuang rakyat berkumpul bagi meraikan hari yang bersejarah ini.

  • Sila gunakan Orbit Downloader jika mahu Download video ceramah ini, Click Sini. Dan Install di PC anda.
  • Jika opis/tempat anda menggunakan "firewall block" ntuk menyekat video dari Youtube sila gunakan Ultra Surf ntuk bypass firewall. Click Sini ntuk download.
  • Untuk ceramah perhimpunan rakyat di Stadium Perak Click Disini.

Update terbaru: Host Channel Video kami di youtube mengalami masalah kerana akses yang terlampau tinggi, jika anda menghadapi masalah untuk menontonya bolehlah download link di bawah ini (Kredit kepada Afham):

Anda juga boleh ke blog video reformasi juga salah satu channel kami.

Psst: Nantikan entri laporan ekslusif AIC @ Black 14. Aku tgh tunggu gambar dari Cameraman. Jika anda masih tidak mendaftar sebagai ahli AIC sila mendaftar di website kami.


Part 1



Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Part 6(Di ganggu Polis)

Puisi Rajawali(Tan Sri Khalid)

Menarik Minggu Ini - 25 Mac

PC Baru Di Opisku.
Persaingan antara 2 mesin pengekod aka Kompiter untuk merebut hati aku....Satunya(sebelah kanan) boleh dikira datang dari zaman denasour dilengkapi CPU Celeron 600Mhz dan 256MB RAM.

Windows XP dan dilengkapi Macromedia Dreamweaver 8 untuk "rendering" dan mengekod web script juga adobe photoshop yg kurun ke berapa ntah. Antivirus tidak diinstall kat dlmnya, dikhuatiri bisa menjejaskan performance yg sedia "terbaik" itu. Dan yang terbaru(belah kiri) pakage dari HP dilengkapi AMD Athlon X2 6000+, 2GB RAM, Win Vista...Berjayakah dia mencuri hati gua?owhhh camni gua kena "mendapatkan" CS3 software di laman-laman torrent yg berhampiran kedai-kedai software original yg berhampiran..


Baju Heroes Yang Smart. Satu design yg smart. Dan aku tanpa berfikir panjang terus tidak teragak-agak mengordernya dari forumer Lowyat.net..lalu RM25.00 kekayaanku berkurang di account Maybank2u, benar-benar berbaloi setelah melihat designnya yg kool...So, Are U On The List???


Kisah Di Terengganu. Derhakakah Mereka
Owhh ini bukan cerita Nenek maimun yaa...bercerita sekumpulan manusia yg rakus inginkan kuasa, sedangkan ada lagi yg lebih berkuasa dari mereka iaitu Sultan Terengganu yg mempunyai hak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Terengganu. Pelbagai helah dan desakan yg jelas menghina Tuanku Sultan dan pihak istana..Mereka sanggup turun ke jalanan dan mengadakan bantahan, hahaha!!! baru anda tahu apa itu demonstrasi..dan satu banner diangkat yg jelas terpapar "KAMI MAHU IDRIS, NATANG" yg bermaksud KAMI MAHU IDRIS, BINATANG...ayat binatang itu ditujukan kepada siapa agak-agaknya????tidakkah ini menghina Istana??Semalam juga aku melihat secara jelas melalaui sedutan video di TV3 Suku..tepuk dada tanya selera
Anda boleh baca artikel penuh disini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7980

Hits Apa-Saje Blog Semakin Mengancam.
hehe!!!! inilah yg membuatkan gua lebih rajin ntuk update entri blog. Hits sudah meningkat naik 200++ sehari. dan lihatlah income kat nuffnang bergitu "hebat" bukan???yeaahhh gua tahu dan gua tidak ingin mencarut disini...income kat Advertlets dah kira ok lahh, inikah masanya yg sesuai ntuk aku removed saje iklan nuffnang tu??

Tajuk Berita Yg Weird – Part 2

Jantung Rosak Minum “Kopi Tegak”??

Pejaddahnya Kopi tegak itu???gua masih mencarik-carik kenapa ianya digelar kopi tegak??search kat wiki pon xdek info lg ni adehhhh…Laporan ceritanya berkenaan kopi tegak ni dikhuatiri mengandungi unsur2 kimia yang tidak baik ntuk kesihatan manusia, boleh menyebabkan sakit jantung, kanser dan reput tulang belakang….hoh??


8 Remaja Larikan Bas??

Berita ini berlaku di Johor Bharu?? Pejaddahnya mereka curik dan drive Bas tu pergi jenjalan tepi pantai? Inilah contoh remaja zaman Glokal.hoh!! sungguh berbangga aku.. ini sememangnya mengundang WTF moment dari aku..


Krisis Tempe Di Indonesia??

Melaporkan tentang krisis yang kronik industry pembuatan tempe di Indonesia, ini ekoran kenaikan harga kacang soya yang melanbung tinggi di pasaran antarabangsa. Ini memberi efek kepada komoditi tempe seluruh dunia, dan Indonesia sebagai pengguna tempe terbesar di dunia merasai kesan yang paling kuat….Well, since Khir Toyo didn’t hav any job yet aka Jobless, I think he should moved to Indonesia to save the TEMPE industries..sape stuju angkat keyboard anda!!


Lingam Kejar & mahu Pukul Isteri Dengan Tukul???

Kenalkah korang dengan VK Lingam?? Kalo xkenal korang bleh pergi ke Flat Sri Melaka, naik ke tingkap 12 dan lakukan penerjunan tiruk ke bawah…Tidak berguna korang hidup jika tidak peka dengan isu semasa negara…Berita ini melaporkan bekas pembantu VK Lingam yg menceritakan bagaimana beliau pernah ternampak VK Lingam Kejar & mahu Pukul Isteri Dengan Tukul. Pejaddahnya Makhluk VK Lingam ini?sungguh tidak bermoral?


Lelaki Tenggelam Di Loji Najis??

Aku saspek tajuk berita ini mampu mengelikkan hati sesape sahaja yang menatapnya,Berlaku di kuaters UTM Skudai menceritakan bagaimana seorang Pak Guard yg melalui pengalaman ngeri melihat seorang manusia tengelam dalam loji kumbahan najis…worhhh kalo aku x sanggup owhh mengalami pengalaman horror tersebut isk2 mintak jauh..


Kuasa membeli Yang Lebih Tinggi??

Tajuk iklan ini mengundang WTF dari aku ntuk beberapa kali..pejaddahnya harga minyak kita dibandingkan dengan Negara-negara bukan pengeluar minyak???, sedarlah rakyat tidak akan diperbodohkan lagi wahai pemerintah yg “bijaksana”….rakyat di zaman hadhari dan glokal ini lebih bijak macam sang kancil…korang setujuk x dengan aku???

Pssst: tunggu part 3 ye adik2…kepada adik2 yg tidak lagi menonton episod pertama Tajuk Berita Yg Weird sila click sini

VIDEO MENARIK SEMPENA PRU-12 dari KelateAnimator

Kredit to tranungkite.net

"Video-video dibawoh ni dale bahaso Kelate..jadi kalu demo2 semua tak pehe...tanya laa kawe di bahagian komen..dehhh???"

Selain daripada doa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat malam sebelum pilihan raya, antara lain yang menjadi faktor mendorong PAS Kelantan berjaya mempertahankan kelantan daripada serangan yang cukup sengit ialah wujudnya individu secara spotan membuat bahan-bahan kempen secera bersahaja dan menarik minat. Antaranya ialah wujudnya video klip simple daripada seorang pelayar internet menggunakan nama samaran KelateAnimator telah mengupload 13 video klip ciptaannya sendiri.Video klip ini simple dan menyampaikan mesej yang berkesan, tahniah. 13 video klipnya ialah:

1. Mat rempit.


2.Tahun merawat pemimpin


3.Cokelat


4.Gedebe(Samseng)


5.Bo lah(cukuplah)


6.Bangau ooi bangau,


7.Hantu


8.Air suam


9. Pade doh


10. Masjid Kg Laut


11. Hadis akhir zaman


12. Baitul taubah


13.Kubur Terakhir

Koleksi SMS Sempena Pesta PRU-12

Pada Pesta Pilihanraya Umum Yang Ke 12 lalu, terdapat banyak SMS Khabar angin, SMS membangkitkan semangat perjuangan , celaan sinis, SMS lucah nakal, SMS lawak, SMS pantun dan jugak syair yang dihantar oleh mereka-mereka yang jelas memeriahkan lagi Pesta PRU12.. Aku jugak tidak terkecuali menerima forward SMS ini. Pelbagai SMS diterima dari sahabat handai/family diluar sana yang kental berjuang untuk menegakkan kebenaran...Okeh kita baca serba sedikit SMS yang aku terima semasa Pesta PRU12 nan lalu:





kredit to Hairi(member opis), sbb kasi pinjam aku Digital Cam..nak take gambor ni.Thanks dude!!


1)Pada pagi hari 8 Mac(hari pengundian) SMS ini dikirim oleh Ali & Din..kawan baik & sepupu aku, Din merupakan Seorang Guru(cisss!! dulu ko ckp pendidikan ni bukan bidang ko?apakes?) di Sekolah Menegah di Segamat Johor:
"Tok Guru Nik Aziz minta semua baca: La Ilaha Illla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazolimin. Baca sebanyak mungkin mulai skrng hingga selesai mengundi. Sebarkan!!"

Niat sebelum turun mengundi:
"Sahaja aku tolak UMNO-BN kerana hendak ke BULAN dgn menaiki ROKET demi KEADILAN"

"Seekor Lembu kini paling murah berharga Rm2800, seekor kambing paling murah RM300. seoran Manusia kini berharga RM200 shj. Malunya kta kpd lembu & Kambing"

Merupakan celaan sinis kepada melayu yang mudah dibeli dgn RM200 shaja..inikah maruah mereka??SMS ini sememangnya menaikkan semangat pejuang muda seperti aku. Tugas aku pada pagi 8 Mac adalah mengangkut pengundi ke Pusat pengundian & memberi penerangan tentang cara untuk memangkah di kertas pengundian(perhatian: tiada rasuah diberikan yeee).


2) Pada sebelah tengahari inbox aku digemparkan dgn SMS dari Abang Ngah mengatakan huru-hara berlaku di Terengganu(DUN Rhu Rendang). Berbunyi:
"Huru hara di Rhu Rendang 4 bas ditahan disyaki pengundi hantu. Anjing FRU menggila seorang ditembak, Anak Tuan Guru Hj Hadi di tahan. Sila alert kpd petugas kita ntuk berjaga-jaga"

"Beberapa orang yg mempunyai lebih 20 IC ditahan di Tanah Merah, sila berjaga2 di kawasan anda.Sebar!!!"

Pada sebelah malam pula SMS dari Angah berbunyi(time ni aku kat dewan pengiraan di Kuala Krai ntuk menyambut kemenangan):
"Penang+Kelate kita pegang, Kedah, Perak On the way"
Sememangnya menaikkan semangat kan??




Kawasan Kg. aku semasa pagi hari mengundi..ntuk photo lain nantikan laporan dari Truckster Adventure Team.


3)Ketika ini aku dan rakan seperjuangan lain berada di Pos ntuk bersorak meraikkan kemenangan, sorakkan paling kuat kedengaran apabila Sammy Vellu diumumkan tewas si Sungai Siput..dan SMS dari Angah lagi:
"Sanz, Khalid Ibrahim menang 2 seat, Dr Lo Lo, Izah Anwar, Samy Vellu mampos di S. Siput, shahrizat di Lembah Pantai"

Ketika ini jugak aku reply ntuk mintak Angah sama2 dgn aku Menge"BOOO" Abg Long(dia ni karat BN)...sbb aku call sebelum tu xdpt2...lastly kitorang dapat sama-sama mengeboo Along.. wakakaka ambik kau padan muka...LOSER!!!!

4) 2 SMS dari Reezwan/Athlonium, member blogger dari Selangor:
"Yup Tahniah...Selangor kita ambik"
"Yeahh Selangor Insyallah Jumaat & Sabtu macam Kelantan keh3"

5)Esoknya inbox aku digegarkan dgn SMS forward dr Angah & pantun lucu dari Daud, Rahim & Din :
SMS Angah: "Kemungkinan Besar Pembangkang Dapat m'bentuk Kjaan. Anwar sedang memujuk pemimpin UMNO ntuk berpaling tadah.Sebarkan!!!"

SMS Daud(Putera UMNO, Ipoh): "Hahahahah.Tahniah beb! Rakyat telah bersuara.Harap2 MB kta dr PAS"

SMS Dari Rahim:"Sesiapa terjumpa seorang rakyat Selangor, rambut putih, mata sepet, berlangak hansem, bngsa jawa, rendah2 sila hubungi balai Polis Berhampiran, kunci pjbt MB ada kat dia"
Merupakan celaan sinis kepada Khir Toyo yg tersungkur dari menjadik MB Selangor.

Dari Din: "panas kusangka hingga ke petang,rupanya hujan dtengah ari,kelantan kusangka mudah dtawan,rupanya ku hilang 5 negeri,sungguh malang nasibku ini,tiada kampung dan tiada negeri,penang negeriku dtawn dap,x tau kemana nk bawa diri,beri peluang kepada khairy,sambil ku tumpu kepada isteri,manalah tau kot dapat baby..."

6) Dan Akhir sekali ayat lawak ni tersebar di Email dan YM aku...hahahaha memang kelakar habis:
1- khir Poyo buat side income jual bedak berasaskan Tempe dan segala macam penyapu...
2- Samy Belu now xde Velue. Jual Wig di Batu Caves & pt time tampal/ turap jalan. Bagaimanapun kemungkinan besar akan pulang ke sg. siput sebagai penternak siput, mungkin siput...entahlah.
3-Koh. s.k. di dapati telah mula menjual buah pala di R&R Juru.
4-Zam tulis memoir ' Mentri pnerangan yg kene trajang'.
5-Kayveas apply kerja di MPAJ 'bagaimanapun tengah menunggu keputusan dari menteri besar Slangor' Dato khalid.
6- Awag Adik jadi praih bras d bachok.
7- Di K. Lumpur Plis sdang berjaga2, takut geng rempit diktuai oleh Azeez buat kacau.
8- Shrizat sedang berehat di tepi lembah pantai sambil memerhatikan pemandangan indah di sana.

Papepun pesta SMS ini sememangnya memeriahkan lagi PRU12. tahniah kepada semua Orang muda, dengan berkat dan kesungguhan kita berjuang tidak kiralah di Blog-blog, menyebarkan manifesto, menyedarkan semua orang kita tidak mempunyai media tetapi berkat kesungguhan dan keikhlasan hati...akhirnya KEBENARAN tetap jugak mengatasi KEBATILAN...rakyat sudah sedar...owh nampaknya SPR juga sudah sedikit telus dan mempunyai akauntabiliti xsia-sia aku menyertai Rally BERSIH 10 Nov dulu: click sini ntuk baca laporan Rally BERSIH

"C'mon Orang Muda!!Majulahhh!! Kita Adalah Masa Depan Negara..Usah Diperbodohkan lagi, Cukup Setakat Atuk, Nenek dan Ibu Bapa Kita..Kini Masa Depan MALAYSIA Mula Tercipta!!!!"



psst: nantikan laporan eksklusif dari Truckster Adventure Team, Perang Poster dari Kg aku Kelantan. Nantikan yaaa!!!!

Gadget Pelik Di Pameran CES 2008.

Pameran Elektronik terbesar dunia ataupun lebih di kenali sebagai CES 2008(Consumer Electronic Show 2008) baru sahaja melabuhkan tirai di Pusat Konvension Arlington yg dianjurkan oleh (CEA)® Consumer Electronics Association.


CES® 2008 berlangsung pada January 7-10, 2008, di Las Vegas, Nevada. Kemegahannya & kehebatannya tidak dapat dinafikan apabila mencipta rekod sebagai pameran yang terbesar pernah di adakan dalam Sejarah CES meliputi 1.85 juta square feet ruang pameran, penyertaan 130,000 Profesional ICT seluruh dunia, lebih 20,000 product baru diperkenalkan dan penyertaan lebih 2500 Syarikat ICT terkenal. Pelbagai produk elekttronik, hardware2 terbaru, inovasi terkini, gajet yg terlampau best, dan beberapa orang model-model cun yg mugil(apa maksudnya ni?? gua main hantam jerr taruk ayat ni???) tersenyum mesra memperkenalkan product terbaru mereka.Ianya sememang mengujakan makhluk yg mempunyai "roh" digelar Tech. Freaks. Dalam banyak2 gajet yg dipamerkan terdapat jugak yg aku rasakan sungguh pelik bin ajaib, inovasi apakah ini?? apakeharamjaddahnya gajet2 ini diwujudkan?? fungsinya jugak sungguh pelik dan mengarut. Ok, tanpa banyak bicara kat sini aku senaraikan Gajet Yang Pelik di Pameran CES2008...enjoy!!!



1) Rubik Cube MP3 Player.


Fungsinya Di mana seseorang pengguna perlu menyelesaikan Kiub Rubik dahulu untuk mendengar MP3 melaluinya, sungguh pelik bukan?? jika aku penggunanya sudah tentu akan ku campak ke dinding...



2) Scratch ‘n’ sniff MP3 players


MP3 Player yg berbau itulah gelarannya, pelbagai perisa bau termasuklah orange, strawberry, Limau Epal atau apa-saje buahan yg ada kat atas mukabumi ini, merupakan inovasi hebat dari Negara Matahari Terbit. Sememangnya kool!!


3) Ear Wax Camera/Cleaner.



gadjet ini gua anggap satu inovasi yg pintar, dilengkapi kamera kecil beserta lampu laser, syabas kepada penciptanya. Semestinya pendengaran anda menjadik lebih produktif selepas menggunkannya.


4) Sweet cake PC.



Nampak enak bukan?? jangan terpedaya dengan pandangan pertama, jika anda membuat keputusan untuk memakannya sudah tentu perut anda akan meragam dan memulas-mulas kerna menelan motherboard, CPU, RAM, VGA dan segala hardware2 yg terdapat di dalam Sweet Cake PC. Sememangnya kerja gila ini sangat kool. heh!!


5) Butt Cooler Chair.



Kerusi Untuk menyejuk bontot, bergitulah terjemahannya. Dilengkapi sebuah mesin cooler seakan aircond yg menggunakan koneksi USB ntuk mendapatkan sumber tenaga daripda PC/Laptop. Ia sememangnya kool dan aku tidak akan teragak-agak ntuk memilikinya suatu hari nanti.



*AMARAN: artikel di bawah ini merupakan bacaan dewasa, jika umur anda 18tahun dan ke bawah sila berhenti di sini dan tekan butang x(pangkah) disebelah atas kanan tetingkap browser anda untuk menutup blog ini. Jika anda berdegil untuk meneruskan pembacaan sila dapatkan nasihat orang yg lebih tua untuk memerhatikan anda.Pemilik blog ini tidak akan bertangungjwab jika berlaku kejadian yg tidak diingini berlaku terhadap anda kelak.hoh!!


6) B**bs Radio.


Apakejadahnya radio ini??...sila gunakan kepintaran imaginasi anda untuk mengambarkan rupa paras keseluruhan Gadget ini.


7) Internet Friendly Urinal



Merupakan kantung untuk menyimpan kencing anda, jika tengah syok melayan internet dan bergitu malas ke tandas, sesungguhnya manusia yg menggunakan
Internet Friendly Urinal, adalah tidak berguna untuk hidup di muka bumi ini.


psst: x sabar nak tunggu CES buat Pameran di KL....bila tuh?


TAJUK BERITA YANG WEIRD.

Antara hobi utama aku yang sedang giat dijalankan adalah mengumpul tajuk-tajuk akhbar yang pelik dan sungguh ajaib, apabila aku terbaca/terlihat tajuk berita-berita yang weird ini, xkisahla di mana lokasi aku berada eg: time lepak-lepak Mamak, ataupon semasa boring2 kat Rumah.Pasti aku teruja kerna terhibur dengannya dan dengan seraya menggunakan Phone Nokia model murahan aku untuk snap gambar tersebut supaya dapat dijadikan koleksi. Hobi ini tidak membuang masa + duit seperti hobi2 yang lain seperti main games sampai lebam biji mata, lepak-lepak Maplex sambil layan Live EPL, dan juga terpengaruh dgn aktiviti budak2 jahat pada hujung minggu.

Trivia Menarik: Skang ni gua tengah habiskan mission Games Company Of Heroes: Opposing Throne dalam Mode Expert untuk merasai suasana strategi Perang Dunia Kedua yang sebenar. Membuatkan aku sedikit hilang pedoman/pertimbangan.

Okeh jom melayan sedikit-sebanyak tajuk akhbar yang aku rasakan sungguh pelik ini:



Salah satu gadget ciptaan anak Malaysia yang dinamakan E-Hidung, ianya sebuah aplikasi yang mampu mengesan sebarang jenis bahaya, aku xberapa banyak info sangat, sbb time gua tanya pakcik google pon xde jawapan yg memuaskan. Maybe idea bodoh ni sudah terkubur dan aku sebagai rakyat yang Hadhari lagi Berteknologi dan berfikiran Glokal mahu mengutuk sekerasnya gadget dgn nama yang sangat menjengkelkan ini. Anda bagaimana??



Ini adalah tajuk berita yang mampu membuatkan aku tergelak besar, kenapa bro Tian Chua gigit Polis??ianya berlaku semasa Demonstrasi di Parlimen pada December lepas.




What The Fish?? apa masalahnya??....itukan bini dia??damn!! anda tau??



Damn!! Kenapa ini terjadi di Negara Malaysia?, adakah menjadi kesalahan jenayah besar jika mencuri RM0.90 untuk membeli sebungkus nasi lemak kerna ingin mengisi perut untuk mengelakkan maut disebabkan kebuluran? tidak ada hati perutkah "Meja straight" Mahkamah Shah Alam?sungguh memalukan.


Info Tambahan: Tajuk buku ini juga cukup weird, kenapa aku berkata bergitu rupa?. Anda lihatlah gambarnya, aku masih lagi tidak faham(selama lebih 3 semester bergelumang dgnya) kenapa buku Math Caculus, covernya ada orang kuning berbasikal dan berpegangan tangan. Apakah motifnya??, gua suspek sesiapa yang terrer Calculus akan jadik GAY?seperti gambar dibawah:

Psst: ini buku Alep(kalo xsilap), walopun 2sem repeat paper dan menghafal setiap perkataan dalam Buku ni, aku masih lagi dapat C+ dalam subject Calculus II. owhh damn!! aku sungguh Loser dalam subject kira2 dan logic...namun aku sangat berbangga sbb terbukti bukan gay.hoh!!

2008 BEST POSTER EVER.

Pilihan Raya sudah semakin hampir. Semalam dalam membunuh keboringan aku ada usha-usha torrent.jiwang.cc dan tiba2 ada makhluk creative tahap gaban yang seed poster yang best skali aku pernah tengok. seraya aku save file torrent tersebut dgn menggunakan bitcomet modded xtreme_paranoid menyedut file poster tersebut. Damn!!! proses menyedut bergitu slow skali apakeharamjadahnya terjadik kat tracker jiwang skang ni?? download speed sumanya slow giler. Pagi esok bangun pagi2 belum sempat gosok gigi gua usha file torent tu dan hahah dah complete, bukak dan terkejut beruk waaaaa!!!!! best giler Poster-poster perang psikologi yang diorang buat ni. Aku bergitu teruja melihat satu persatu gambar poster tersebut,bergitu asyik skali, alamak!!! dah terlambat nanti xsempat nak pergi kerja. Gua selamber melakukan terjun tiruk ke Bilik Air ntuk gosok gigi, dan terus pegi kerja. Aku suggest korang download poster ni, best giler dan lawak tahap gaban korang akan mendapat kebahagiaan apabila tgk poster ni, silap-silap terus insaf yg korang sebenarnya telah di"kapur"kan tu trust me!!!!!




screenshot dari pc aku. diorang buat .pdf file bukan .jpg xtau apsal.


ini linknya download la:
http://www.badongo.com/file/7148824
http://www.badongo.com/file/7148861



Soalan Trivia: Adakah aku mandi sebelum pergi kerja pagi tadi??? pelikkan???

UPDATE: DISK MONTAGE FROM GOOGLE VIDEO

Okeh ni update DISK montaj video terbaru upload kat google video.....

Montaj Annual Dinner july 2007 (bebudak Jaba yg organize):






Montaj FTMSK CyberGames 2005 (bebudak Daud yg Organize):






Kalo nak save video ni kat PC korang sila guna OrbitDownloader Click here!! ntuk download. then install kalo xtau mcmna nak guna tanya/discuss je kat sini.


*Stay coming back here & please leave ur comment to keep this blog alive, xde gunanya kalo korang x comment....wait for more vid. updates....!!!!!

KOLEKSI VIDEO MONTAJ DISK UITM PERAK

Since ramai yang bertanya aku pasal video montaj DISK (UITM Perak-Comp. Science Student Society) yang lepas2...okeh aku dah upload kat Youtube. Sori kalo quality-nya low sbb source mpg/wmv pon yg dah barai aku dapat...hah ape lagi check it out laa:


yg ni time Annual Dinner Dec-July 2006 Melayu Nite(batch Lokman yg organize):



Montaj Time Dinner July-Dec 2006 Tropicana Nite(bebudak batch aku yg organize)

*Actually ada sound, kuatkan speaker korang semaximum mungkin ada background lagu M. Nasir kannn?? dengar x??

Montaj Activity 2006:


Montaj Activity 2005:


Montaj Activity 2007:


Ni Plak Time FTMSK CyberGames 2006(kalo x silap):






okeh ni plak video link kat Youtube:
click sini
My Profile/uploaded vid.





P/S: actually ada 2-3 video lagi yg xdapat upload ntah apekejaddahnya problem kat youtube aku xtau dia kata invalid file type padahal dah convert .flv dah...nanti aku try kat google video plak kalo dapat aku repost kat sini. Pls give ur comment Enjoyyy!!!!!!!!!!!