Showing posts with label Review Product. Show all posts
Showing posts with label Review Product. Show all posts

McD Big Mac Chant Challenge


McD datang lagi dengan Peraduan "Big Mac Chant Challenge". Disebabkan keributan hidup sejak dua menjak ini aku tidak lagi berkesempatan ntuk menyertai peraduan best dari McD ini.


Damnnn, Membaca entri terbaru dari Kennysia yang berjaya mendapat sebijik Burger Big Mac percuma dari peraduan ini benar-benar membuat aku "cemburu buta", ia menyentak hati untuk turut sama menyertainya. Dengan 4 langkah mudah anda berpeluang memenangi sebijik Burger Big Mac, jadi apa lagi yang diharapkan?


Okeh mari kita ikuti video kennysia yang menyertai "Big Mac Chant Challenge" bertajuk
"McDonald's Kuching Gets An Unexpected Visitor"


pssttt...korang nampak iklan nuffnang di belah kanan blog aku ni??. Jangan lupa klik dan anda mempunyai peluang untuk memenangi RM10,000.Korang juga boleh
Ikuti banyak lg Video menarik lain di sana.


Fakta Menarik:
skang gua tidak mempunyai transport untuk ke sana dan kemari, ke sana dan kemari kembali. dlm dilema menimbang kemungkinan untuk membaraikan semua wang kerja di bank untuk d/payment mobil baru...

Superhero The Movie

Salah satu genre Filem yang aku gilakan dalam karier yg penuh ranjau sebagai kaki Movie adalah Spoof Film aka Parody Film, ianya tidak dinafikan bisa mengelikan hati dikala berduka-lara. Antara koleksi DVD cetak rompak Spoof Movie yg berada kat rack DVD aku ni adalah Scary Movie 1 hingga 4, The Naked Gun, Epic Movie, High School High, Airplane!!, dan terbaru Meet The Spartans serta banyak lagi. Tak dinafikan Scary Movie adalah citer yang paling harammmm skali aku pernah tengok instead of Jackass & Austin Powers.
Satu lagi Spoof Film(gua saspek paling gempak) yang akan keluar. Actually dah tayang kat US 28March lalu. Merupakan Spoof dari berbagai filem superhero iaitu Spiderman, Batman Begins, X-Men, Fantastic Four dan banyak lagi. Watak utamnaya merupakan superhero pepatung....arrgghhhhh shit!!! tiba2 mati kutu plak, apa lg nak taip ni?? Ok aku gi mandi jap...........Ok sambung balik, citer ni merupakan buah tangan dari mereka yang pernah mengarahkan Scary Movie dan The Naked Gun, jadik apa yang anda harapkan dari mereka??Okeh korang layan dulu trailer yg aku dapat dari Youtube ini.

Ni ade 3 jenis wallpaper untuk korang download(Kedit to khai). Semuanya bersaiz 1280 x 1024.
Download 3 Superhero Wallpaper

Owhhh jangan lupa websitenya jugak: http://www.superhero-movie.net/




Nampaknya aku musti "mendapatkan" segera Superhero The Movie untuk ditonton pada cuti hujung minggu ini, kerna inilah sahaja masa terluang yg aku ada? arrrghhhh camne ni? owhhh dah dapat idea...muehehehehe!!!!


*Amaran: Adik-adik dinasihatkan tidak meniru aksi seperti yg dipaparkan diatas kerna ianya menyalahi moral dan etika hakcipta, abang terpaksa lakukan ini kerna dah desperated sangat nak tengok Superhero The Movie Ini....

Gadget Pelik Di Pameran CES 2008.

Pameran Elektronik terbesar dunia ataupun lebih di kenali sebagai CES 2008(Consumer Electronic Show 2008) baru sahaja melabuhkan tirai di Pusat Konvension Arlington yg dianjurkan oleh (CEA)® Consumer Electronics Association.


CES® 2008 berlangsung pada January 7-10, 2008, di Las Vegas, Nevada. Kemegahannya & kehebatannya tidak dapat dinafikan apabila mencipta rekod sebagai pameran yang terbesar pernah di adakan dalam Sejarah CES meliputi 1.85 juta square feet ruang pameran, penyertaan 130,000 Profesional ICT seluruh dunia, lebih 20,000 product baru diperkenalkan dan penyertaan lebih 2500 Syarikat ICT terkenal. Pelbagai produk elekttronik, hardware2 terbaru, inovasi terkini, gajet yg terlampau best, dan beberapa orang model-model cun yg mugil(apa maksudnya ni?? gua main hantam jerr taruk ayat ni???) tersenyum mesra memperkenalkan product terbaru mereka.Ianya sememang mengujakan makhluk yg mempunyai "roh" digelar Tech. Freaks. Dalam banyak2 gajet yg dipamerkan terdapat jugak yg aku rasakan sungguh pelik bin ajaib, inovasi apakah ini?? apakeharamjaddahnya gajet2 ini diwujudkan?? fungsinya jugak sungguh pelik dan mengarut. Ok, tanpa banyak bicara kat sini aku senaraikan Gajet Yang Pelik di Pameran CES2008...enjoy!!!



1) Rubik Cube MP3 Player.


Fungsinya Di mana seseorang pengguna perlu menyelesaikan Kiub Rubik dahulu untuk mendengar MP3 melaluinya, sungguh pelik bukan?? jika aku penggunanya sudah tentu akan ku campak ke dinding...



2) Scratch ‘n’ sniff MP3 players


MP3 Player yg berbau itulah gelarannya, pelbagai perisa bau termasuklah orange, strawberry, Limau Epal atau apa-saje buahan yg ada kat atas mukabumi ini, merupakan inovasi hebat dari Negara Matahari Terbit. Sememangnya kool!!


3) Ear Wax Camera/Cleaner.



gadjet ini gua anggap satu inovasi yg pintar, dilengkapi kamera kecil beserta lampu laser, syabas kepada penciptanya. Semestinya pendengaran anda menjadik lebih produktif selepas menggunkannya.


4) Sweet cake PC.



Nampak enak bukan?? jangan terpedaya dengan pandangan pertama, jika anda membuat keputusan untuk memakannya sudah tentu perut anda akan meragam dan memulas-mulas kerna menelan motherboard, CPU, RAM, VGA dan segala hardware2 yg terdapat di dalam Sweet Cake PC. Sememangnya kerja gila ini sangat kool. heh!!


5) Butt Cooler Chair.



Kerusi Untuk menyejuk bontot, bergitulah terjemahannya. Dilengkapi sebuah mesin cooler seakan aircond yg menggunakan koneksi USB ntuk mendapatkan sumber tenaga daripda PC/Laptop. Ia sememangnya kool dan aku tidak akan teragak-agak ntuk memilikinya suatu hari nanti.



*AMARAN: artikel di bawah ini merupakan bacaan dewasa, jika umur anda 18tahun dan ke bawah sila berhenti di sini dan tekan butang x(pangkah) disebelah atas kanan tetingkap browser anda untuk menutup blog ini. Jika anda berdegil untuk meneruskan pembacaan sila dapatkan nasihat orang yg lebih tua untuk memerhatikan anda.Pemilik blog ini tidak akan bertangungjwab jika berlaku kejadian yg tidak diingini berlaku terhadap anda kelak.hoh!!


6) B**bs Radio.


Apakejadahnya radio ini??...sila gunakan kepintaran imaginasi anda untuk mengambarkan rupa paras keseluruhan Gadget ini.


7) Internet Friendly Urinal



Merupakan kantung untuk menyimpan kencing anda, jika tengah syok melayan internet dan bergitu malas ke tandas, sesungguhnya manusia yg menggunakan
Internet Friendly Urinal, adalah tidak berguna untuk hidup di muka bumi ini.


psst: x sabar nak tunggu CES buat Pameran di KL....bila tuh?


REVIEW: IMAX SITIAWAN

Aku nak bercerita pasal sebuah CC yang paling top kat area aku, cawangannya mendominasi scene Cyber Cafe seluruh Negeri Perak. Tidak dinafikan lagi IMAX berada di kelasnya yang tersendiri, dengan pakage PC yang berkemampuan tinggi ntuk running games-games directx10 terbaru ia sememangya mengujakan kaki-kaki Gamers sekalian. Spesifikasinya dilengkapi Intel Core2Duo E6series ditambah pula dengan Geforce 8600GT VGA dan 2GB RAM ianya sudah mencukupi ntuk games2 terbaru yang sememangnya laparkan kuasa PC tahap tertinggi. Ini menjadik lebih ngeri apabila pakage PCnya didatangkan dengan LCD 22" Viewsonic Widescreen yg kool, sememangya satu pelaburan yg serius dari pihak IMAX ntuk gamers di sini.


Cawangan Terbaru IMAX adalah di Sitiawan, Lokasinya berdekatan sahaja dengan Hypermarket Econsave bersebelahan dengan Kedai Secret Recipe. Sememangnya tidak sukar ntuk menjejakinya, dan jika korang ke Lumut/Pulau Pangkor dan melalui Jln Sitiawan pasti anda terserempak dengan signboard gedabak IMAX tu. Tempatnya memang "kool" ntuk port lepak dan membuang masa, owhh!! nampaknya bertambah satu lagi port aku dan "bebudak jahat" ntuk membuang masa dengan aktiviti yg tidak sihat di IMAX ni....damn!!! sudehhh aku tidak akan terpengaruh lagi ngan korang!!


Interior IMAX yg kool!!



Segala-galanya best & kool di sini, dgn PCnya yg gempak, Interior yg cun, Perabot sofa, tidak syak lg ia sememangya tempat yg mendamaikan. Tapi satu jer yg membuatkan IMAX ni hampeh, sejak akhir2 ini nampknya sudah jadik port lepak bagi kanak-kanak ribena sekolah rendah, melepak dan ada yg ponteng sekolah. Pada sebelah pagi biasanya, mereka secara marathon berduyun-duyun dengan basikal datang kat IMAX ntuk main games. Apa dah jadik ngan bebudak skolah zaman sekarang? adakah Mak Bapak mereka yg sengal ubi? adakah pihak sekolah yg patut dipersalahkan? kalo adik aku yg buat macam ni, aku selamba tempeleng tanpa warning sekuat mungkin....!!



Blog apa-saje!!! view kat 22" LCD, nampak kecik je kan??


Rasa bengang aku semakin meruap-ruap dan macam nak karate jer tengkuk sekor2 budak ni, Aku paling benci lepak kat CC dengan bebudak skolah, time kita tengah syok layan ternet dan bebagai idea datang ntuk entri blog mereka seraya memekik, melolong, menyumpah seranah sesama sendiri sambil main game, sememangnya BullSh*t tahap maximum...


Info Menarik: Update terbaru, IMAX Sitiawan akan organize satu Event LAN Party Special Chinese New Year pada 9/10 Feb ini...ada sesapa yg terrer DOTA dan terasa mereka hebat ntuk melawan cina-cina kat IMAX, bleh contact aku kita setup satu team ada bran??...aku jadik manager dah laaa...heh!!!

KOLEKSI CRAP TERBARU: Laughter The Best Malaysian

Sejak akhir-akhir ini aku asyik tergelak sakan, time makan, time lepak maplex, time minum, time pakai kasut, seluar, baju, stoking dan time rehat kat office(time kerja aku akan bertukar mode serius sh*t...betul!!!!x caye??). Ini gara-gara koleksi terbaru Buku Uncle Tong a.k.a David Tong yang bertajuk Laughter The Best Medicine Malaysian. Buku ni banyak mengandungi koleksi lawak-lawak tahap cipan hutan dari Uncle Tong yang semegahnya mampu mengembirakan hati aku yang berduka-lara.Apa yang best aku dapat khatamkan buku ni dalam masa 4hari(damn!!! gua dah banyak membuang masa/jadual gaming dgn membaca buku, sejak bila plak kesedaran sivik ini timbul???). Ceritanya, weekend mggu lepas aku ada p jenjalan & jugak membuang masa dengan aktiviti yg xberfaedah, menjadik tebiat ntuk singgah di POPULAR target utama aku adalah Buku Terbaru berkenaan Falsafah Mahmoud Ahmadinejad, dalam aku mengusha-usha untuk mencarik buku tu, mata aku tersepak kepada senarai Best Sales kat Popular, dan seraya terlihat Koleksi Terbaru Lawak Crap dari Uncle Tong.



Life Uncle Tong Yang Sempoi Gilerrr & Cool!!!


Tanpa berlengah & ragu-ragu lagi aku angkat seraya menuju ke Kaunter dan mengeluarkan RM19.90 ntuk membayar, sudah tidak sabar lagi ntuk bergelak sakan...huhu. Okeh Review skit, buku ni bercerita tentang kehidupan rakyat Mlaysia yang berbilang kaum, semua watak-watak mewakili masyarakat majmuk yg terdapat di Negara yang tercinta ini.


WARNING/intro Buku ni pon dah horror!!!hahaha

Di tambah unsur2 humor yang tiada batasan, tulisannya mampu membuatkan anda berfikir tentang perkara yang melibatkan kehidupan harian yang semudah a, b, c tetapi kebanyakannya tidak diambil peduli oleh Masyarakat. Dengan teguran/tulisan yang sinis dan sedikit membidas ditambah unsur humor ternyata ianya mampu membuatkan jantung, paru-paru, serta pangkreas anda berkerja kuat(disebabkan tergelak sakan)...bacalah anda pasti teruja!!!Sila ke blog cucunya Russell Daniel, untuk lebih mengenali Uncle Tong: http://russelldaniel.com/pop.htm



psst: adakah aku beli buku yg menjadik target utama aku ke POPULAR tu?? pelikkan??

Kasut Transformer Nike...Stylo Bangat


R63502902 Nike baru-baru nie telah kuarkan satu kasut yang boleh transform kepada robot (ala-ala macam Transformers, tapi tue kenderaan). Walaubagaimanapun, kasut tue korang takleh nak pakai, cuma boleh simpan kat almari buat kenangan dan koleksi jer sebab ianya diperbuat daripada plastik.

Harga nya kalo di transfer ke duit Malaysia lebih kurang RM80, tapi ianya hanya limited edition kat Jepun jer…