Showing posts with label Menarik minggu ini. Show all posts
Showing posts with label Menarik minggu ini. Show all posts

Menarik Minggu Ini - 24Jun

DSE Certified, Akhirnya..


Tadi Kekotak email, digegarkan oleh satu mail dari Syarikat En. Gates a.k.a Microsuck Microsoft, yang secara rasminya menyatakan yang aku sudah layak menyertai komuniti MCDST-MCP(Microsoft Certified Profesional), rasanya cukup berbaloi dgn ringgit serta "masa-emas" habis dlm lab teori yang membosankan, serta menghadapi 4 exam. Bersama Cert. Comptia A+ yang diterima 2 minggu lepas gua harap kelayakan Profesional DSE ini dpt mencerahkan lagi peluang untuk menempuh ranjau perjalanan hidup di masa depan...Target utama lepas ni adalah MCSA & seterusnya expert level MCSE

Owhh next month gua juga bakal
kembali semula ke Sekolah, jadi aktiviti utama sekarang adalah lepak-lepak, surfing 24/7, update blog, kemaskini GERAMM.org, membuang masa, menonton movies yg dah lama berkarat kat HardDisk(dah lama download tp xsempat nak layan), menghabiskan masa bersama budak jahat, menghabiskan borehh dan yang paling utama kembali bergelar Gamer sepenuh masa aka "Full time Gamer".


YB Berbasikal Ke Parlimen.


AHLI Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (dari kanan) Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), N. Gobalakrishan (Padang Serai) dan Chua Tian Chong (Batu) mengayuh basikal menuju ke Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat pagi tadi. Mereka menunggang sejauh satu kilometer dari Bank Negara sebagai tanda protes kenaikan harga minyak baru-baru ini. Mereka juga mencabar Ahli parlimen BN untuk turut sama berbasikal...Untuk info korang Malaysia Book Of Records telah mengiktiraf mereka sebagai MP pertama yg
berbasikal ke Parlimen...heh Cayalah YB.




Komen Nazri Aziz terhadap cabaran itu:





Baju Rasmi Geramm.org


Kepada korang yang berminat untuk mendapatkan Baju bagi akiviti protes pada 6Julai ini, Tema pada hari itu ialah WARNA MERAH . Korang diminta berpakaian berwarna merah pada hari itu. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baju geramm sila ke klik sini untuk maklumat lanjut atau hantarkan tempahan kepada gerakanrakyat@gmail.com.

Kontroversi: Terrorist Melayu Dlm Iklan Askar Marine UK

Iklan yang bertajuk "Royal Marines Commando - Its a State Of Mind" yang bertujuan menarik minat Remaja Britain untuk menyertai pasukan tersebut telah menggunakan 'pelakon' yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai watak kumpulan pengganas. Wajah "Crook Terrorist" tersebut juga seakan-akan kemelayuan.

Dengan berlatarbelakangkan suasana seperti mereka baru sahaja menyelesaikan 'operasi keganasan' (menunjukkan keadaan yang kacau-bilau dengan helikopter yang terhempas dan terbakar), 'ketua' kumpulan pengganas tersebut menembak-nembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, "Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua'.


Bagi aku iklan ni adalah biasa saje dan tidak menganggap ianya satu kontroversi, dah jadik satu pengiktirafan hape?diorang guna Bahasa Melayu?. Ianya mengundang kontroversi apabila dipandang negatif oleh sesetengah pihak, apabila menggangap penggunaan sesuatu bahasa melambangkan semua pengguna bahasa tersebut adalah terlibat sama pengganas?? C'mon open ur minds.


Royal Marines Commando - Its a State Of Mind Advert

McD Big Mac Chant Challenge


McD datang lagi dengan Peraduan "Big Mac Chant Challenge". Disebabkan keributan hidup sejak dua menjak ini aku tidak lagi berkesempatan ntuk menyertai peraduan best dari McD ini.


Damnnn, Membaca entri terbaru dari Kennysia yang berjaya mendapat sebijik Burger Big Mac percuma dari peraduan ini benar-benar membuat aku "cemburu buta", ia menyentak hati untuk turut sama menyertainya. Dengan 4 langkah mudah anda berpeluang memenangi sebijik Burger Big Mac, jadi apa lagi yang diharapkan?


Okeh mari kita ikuti video kennysia yang menyertai "Big Mac Chant Challenge" bertajuk
"McDonald's Kuching Gets An Unexpected Visitor"


pssttt...korang nampak iklan nuffnang di belah kanan blog aku ni??. Jangan lupa klik dan anda mempunyai peluang untuk memenangi RM10,000.Korang juga boleh
Ikuti banyak lg Video menarik lain di sana.


Fakta Menarik:
skang gua tidak mempunyai transport untuk ke sana dan kemari, ke sana dan kemari kembali. dlm dilema menimbang kemungkinan untuk membaraikan semua wang kerja di bank untuk d/payment mobil baru...

EURO 08: Demam Datang Lagi.

EURO 08 sudah menghampiri, tidak sampai sebulan lagi manusia seluruh dunia bakal meraikan satu pesta yang kedua paling "ngetop" selepas World Cup 06 di Germany nan lalu. Apabila pesta EURO 08 bermula pada Jun ini, Manusia akan leka dan menjadik tidak produktif, hasil kerja mereka menjadi barai, mata mereka menjadik kuyu, Neutron Homeostasis di dlm otak hampir2 tidak berfungsi, fungsi pencernaan ginjal-ostioporosis menjadik tidak aktif , di dalam kepala manusia hanya terbayang satu objek - sebijik bebola getah yang ditendang diatas padang. Inilah tanda-tanda awal virus berbahaya yang menyebabkan simptom Demam UERO 08!!!..


Semuanya gara-raga EURO. Gua Saspek itu jam kalo UFO @ Makhluk Asing dari Planet Zargus datang menyerang untuk menakluki bumi, comfirm boleh menang punya. Manusia sudah menjadik leka & taksub...!!!


Pada aku keterujaan dengan pesta EURO 08 ini di "Spoil"kan oleh kejutan team favourite iaitu England sebagai pasukan tradisi EURO tidak layak menyertai final pada edisi kali ini, Ini sememangnya "The Greatest WTF Moment Ever" yang terjadik sepanjang 22 Tahun aku menghirup udara di atas mukabumi ini. Damnnnnnnnn tahi...!!!! Sudah pasti jari tengah boleh diangkat kepada Sven Goran Eriksson dan para pemain England...!!

Official EURO 2008 Song: Like a Superstar - Shaggy


Last week gua ada "mendapatklan" Soundtrack EURO 2008 dari laman-laman torrent berhampiran, udah jgn tanya dimana. Gua tanpa ragu-ragu akan berkongsi dengan korang, nak lebih2 lagi beli CD Origional. Gua tidak pasti lagu asal dari band/penyayi yg mana dan gua tidak ingin membuang masa dgn mencarik maklumat sape penyayinya, juga tidak ingin membuat komen berkenaan tune, vokal, music atau pejaddahnya lagi. Apa yang penting musicnya cukup layannn especially didengar time lepas bangun tidur, dan bersiap ntuk ke Opis. ntuk part-2 akan menyusul kemudian. Owh jugak terdapat wallpaper yang menarik. Sila la download

Soundtrack EURO 2008 download-part1: Click here

Soundtrack EURO 2008 download-part2: Click here

Wallpaper EURO 2008 download: Click here
Official Website: Click here

Setelah ketiadaan England di pesta EURO kali ini gua hampir kompius dan tidak pasti pasukan mana yang akan menjadik favourite maybe Azzuri or Portugal heh??...ahhhh biarkan gua menangisi ketidaklayakan Team England ke Final EURO 2008. hek elehhh....

Info Menarik: Tahniah kepada Fans Man U di atas kejayaan kali ermmmm ke berapa ntah?? memenangi English Premier League.Sheeeshhh gua x heran pon, season depan Liverpool plak...hek elehhhh

Polis Mengganas Lagi: Ahli Parlimen Di Belasah(Updated With Video)

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

cheras mahkota conflict 080508 water canon 02Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.

cheras mahkota conflict 080508 tear gas 03Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.

Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.

Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.

cheras mahkota conflict 080508 lim li yiing distroy machine 02Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).

'Saya disembur, dipukul'

Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.

Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.

Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

cheras mahkota conflict 080508 lim lip eng arrested"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.

Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.

Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.

Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.

Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.


Video:


kredit to: Malaysiakini

www.apasaje.com

2 Video Menarik Minggu Ini

(HardTalk)Tun Det Vs Dilema.

Kesiaaannn!!....itulah satu ayat yang boleh disimpulkan, 2 hari lepas baru berpeluang melihat(di youtube) gelagat Tun Mahathir di"belasah " oleh Pengacara Stephen Sackur dalam Program BBC Hardtalk. Secebis rasa kagum boleh disematkan kepada Tun Det kerna keberaniannya menerima pelawaan sebuah program live antarabangsa yg terkenal dengan kelantangan pengacaranya "membelasah" setiap panel yg dijemput. Walaupun diaggap sesetengah pihak sudah nyayuk namun kelantangan Tun bersuara, tenang mempertahankan diri, menyerang balas setiap serangan yg dilancarkan oleh Stephen, adalah membanggakan.


Dua watak diwujudkan pengacara Hardtalk untuk memerangkap Tun Det, watak pertama Abdullah Badawi, dibelasah teruk, Tun menuduh pak lah macam2. Pak lah sekat media. Pak lah kontrol hakim, pak lah tangkap orang. Pendek kata, pak lah dah macam diktator tak bagi ruang orang becakap langsung.. Seolah-olah pada zaman pemerintahannya dulu maksum, tiada salah dan mengikut lunas undang2 dan perlembagaan, dan pada akhirnya jawapannya memerangkap diri sendiri. Watak kedua Anwar Ibrahim, dan Beliau dengan lantang masih lg mengulangi drama lampau berkaitan salahlaku seks, sodomi dan salahguna kuasa?secara hentam keromo? Tun Det juga dengan perangai biasanya memberikan kutukan keras terhadap Barat serta Israel dan menyatakan akan tetap teguh dengan pendirian itu.





Tidak konsisten. Beserabut. Penat. Tak bersedia. Dan tertekan. Itu kesimpulan yang aku dapat lepaih tengok mahadet berusah payah untuk mencipta senyuman setiap kali mendengar soalan. Aku nampak cuma satu. Yang sorang ada kuasa dan tengah seronok menyapu harta benda negara, yang sorang lagi gila hilang kuasa bila projek kroni anak beranak dibatalkan sesedap rasa.


Blog @ RTM1: Suara Blogger Sudah Di Dengarkah??

Perasan hati aku cukup janggal tak kala melihat iklan RTM1 yang mengadakan satu segmen rancangan khas untuk para Blogger selama 15minit, konsepnya adalah, setiap episod RTM akan mengundang seorang Blogger politik yang terkenal memberi pandangan dan rumusan berkenaan politik tanahair. Pada episod pertama yang menjemput penulis blog A Kadir Jasin, disebabkan keributan aktiviti lain, aku telah terlepas untuk menontonnya.



Semalam sempat menonton Blog @ RTM1 secara live menjemput RPK dari Malaysia-today sebagai panel, hentaman demi hentaman dari mulut laser RPK jelas menkelam-kabutkan pengacara rancangan Blog@RTM1 yang anehnya hanya bersiaran 15minit???. Bagi aku rancangan seperti ini
hanyalah sekadar retorik murahan RTM yg hanya mengikut Trend Pasca PRU12 Menteri Penerangan baru, yg menyatakan mereka lebih terbuka dan mahu mendengar suara2 alternatif dari Bloggers yg selama ini dianggap "Beruk-Beruk", yg hanya tahu memfitnah???


Warkah Darah Buat Pak Lah

Credits To: Malaysia-today

Apabila orang Sabah (terutama yang beragama pagan) telah menggunakan darah sebagai tanda protes bermakna nyawa merekalah yang menjadi pertaruhannya. Maka jangan sampai Spirit of Borneo menjadi tragedi. Jangan sampai ‘Head Hunter’s spirit’ menghantui Pak Lah kerana tindakan tidak endahnya selama ini, menganiaya dan tidak menghiraukan rakyat bawahan yang tertindas. Mereka bangkit bersatu menyuarakan hak dan keadilan di Daerah Kunak Panas berkenaan tanah mereka dirampas!


Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.

Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat dan beratus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan hak mereka sebagai warganegara.Menurut Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas harta melainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang boleh merampas hak melainkan melalui pampasan.Namun, Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampas tanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan geran kepadaSKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkan Setiausaha Hasil Bumi.

Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.

Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di Bumi Sabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat mereka yang berbunyi, "Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantang menyerah.""Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham dan menyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara," ujar Yabi Mositoh @ Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lah sebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today dan akan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawa rakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampas disebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah.

Superhero The Movie

Salah satu genre Filem yang aku gilakan dalam karier yg penuh ranjau sebagai kaki Movie adalah Spoof Film aka Parody Film, ianya tidak dinafikan bisa mengelikan hati dikala berduka-lara. Antara koleksi DVD cetak rompak Spoof Movie yg berada kat rack DVD aku ni adalah Scary Movie 1 hingga 4, The Naked Gun, Epic Movie, High School High, Airplane!!, dan terbaru Meet The Spartans serta banyak lagi. Tak dinafikan Scary Movie adalah citer yang paling harammmm skali aku pernah tengok instead of Jackass & Austin Powers.
Satu lagi Spoof Film(gua saspek paling gempak) yang akan keluar. Actually dah tayang kat US 28March lalu. Merupakan Spoof dari berbagai filem superhero iaitu Spiderman, Batman Begins, X-Men, Fantastic Four dan banyak lagi. Watak utamnaya merupakan superhero pepatung....arrgghhhhh shit!!! tiba2 mati kutu plak, apa lg nak taip ni?? Ok aku gi mandi jap...........Ok sambung balik, citer ni merupakan buah tangan dari mereka yang pernah mengarahkan Scary Movie dan The Naked Gun, jadik apa yang anda harapkan dari mereka??Okeh korang layan dulu trailer yg aku dapat dari Youtube ini.

Ni ade 3 jenis wallpaper untuk korang download(Kedit to khai). Semuanya bersaiz 1280 x 1024.
Download 3 Superhero Wallpaper

Owhhh jangan lupa websitenya jugak: http://www.superhero-movie.net/




Nampaknya aku musti "mendapatkan" segera Superhero The Movie untuk ditonton pada cuti hujung minggu ini, kerna inilah sahaja masa terluang yg aku ada? arrrghhhh camne ni? owhhh dah dapat idea...muehehehehe!!!!


*Amaran: Adik-adik dinasihatkan tidak meniru aksi seperti yg dipaparkan diatas kerna ianya menyalahi moral dan etika hakcipta, abang terpaksa lakukan ini kerna dah desperated sangat nak tengok Superhero The Movie Ini....

Menarik Minggu Ini - 25 Mac

PC Baru Di Opisku.
Persaingan antara 2 mesin pengekod aka Kompiter untuk merebut hati aku....Satunya(sebelah kanan) boleh dikira datang dari zaman denasour dilengkapi CPU Celeron 600Mhz dan 256MB RAM.

Windows XP dan dilengkapi Macromedia Dreamweaver 8 untuk "rendering" dan mengekod web script juga adobe photoshop yg kurun ke berapa ntah. Antivirus tidak diinstall kat dlmnya, dikhuatiri bisa menjejaskan performance yg sedia "terbaik" itu. Dan yang terbaru(belah kiri) pakage dari HP dilengkapi AMD Athlon X2 6000+, 2GB RAM, Win Vista...Berjayakah dia mencuri hati gua?owhhh camni gua kena "mendapatkan" CS3 software di laman-laman torrent yg berhampiran kedai-kedai software original yg berhampiran..


Baju Heroes Yang Smart. Satu design yg smart. Dan aku tanpa berfikir panjang terus tidak teragak-agak mengordernya dari forumer Lowyat.net..lalu RM25.00 kekayaanku berkurang di account Maybank2u, benar-benar berbaloi setelah melihat designnya yg kool...So, Are U On The List???


Kisah Di Terengganu. Derhakakah Mereka
Owhh ini bukan cerita Nenek maimun yaa...bercerita sekumpulan manusia yg rakus inginkan kuasa, sedangkan ada lagi yg lebih berkuasa dari mereka iaitu Sultan Terengganu yg mempunyai hak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Terengganu. Pelbagai helah dan desakan yg jelas menghina Tuanku Sultan dan pihak istana..Mereka sanggup turun ke jalanan dan mengadakan bantahan, hahaha!!! baru anda tahu apa itu demonstrasi..dan satu banner diangkat yg jelas terpapar "KAMI MAHU IDRIS, NATANG" yg bermaksud KAMI MAHU IDRIS, BINATANG...ayat binatang itu ditujukan kepada siapa agak-agaknya????tidakkah ini menghina Istana??Semalam juga aku melihat secara jelas melalaui sedutan video di TV3 Suku..tepuk dada tanya selera
Anda boleh baca artikel penuh disini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7980

Hits Apa-Saje Blog Semakin Mengancam.
hehe!!!! inilah yg membuatkan gua lebih rajin ntuk update entri blog. Hits sudah meningkat naik 200++ sehari. dan lihatlah income kat nuffnang bergitu "hebat" bukan???yeaahhh gua tahu dan gua tidak ingin mencarut disini...income kat Advertlets dah kira ok lahh, inikah masanya yg sesuai ntuk aku removed saje iklan nuffnang tu??

WTF Moments: Weekend @ Office Yang Horror.

Memulakan cuti weekend (hari ni Ahad..diulangi yaa adik-adik hari Ahad) di Opis adalah saat yang "paling indah" di dalam hidup gua, demmit!!. Pada hari ini sesuatu perkara yang membuat gua mencarut xtentu fasal lagi. Yang pertama adalah masa aku baru saje wake-up dari tidur dan sebelum gosok gigi bukak TV jap ntuk menghilangkan mamai + ntuk menaikkan semangat "pekerja rajin" yang biasa gua alami pada hari-hari lain. Kat sana terdapat berita yang mengumumkan juara OIAM hurmmm!!


Walopun gua xberapa into dengan rancangan murahan camtuh. Ni kira ntuk menambahkan pengetahuan am, gua layan jelah dan perkara yang horror terjadik apabila pemenang satu juta ringgit adalah seorang Jakun dari Sabah(yg mukanya ngeri giler) iaitu Ayu <---nama pon dah xbleh belah..gua sebagai seorang blogger yg sejati ingin mengutuk sekeras-kerasnya kemenangan ini. dan ingin menyebut WTF?? beberapa kali kepada pengundi yg vote minah ni. Ape ke bodohnya mereka??. Korang ingat muka camtu bleh jual ke?korang ingat ni Amerika ke?? ni Mesia la beb, rupa xde jangan harap la bleh jual. dah la finalist OIAM musim ni sumanya horror2, yg sorang lagi tu ntah sape nama artis hidung kembang tu?? okeh, gua ada menge"test" dengan melakukan kutukan kat si Ayu ni, ntuk tahu apakah reaksi peminatnya di forum cari.com.my, kita ikuti forum mereka:



reply pertama gua berbunyi: "sape yg bodoh giler undi pompuan yang muka ngeri itu?? apsal Finalist OIAM taun ni hodoh giler muka sekor2??? boleh jual keee???"



Dan mereka segera mempertahankan peserta favourite mereka dengan fakta-fakta sekolah Tadika & sesi kutukan keras kepada aku kerana menghina peserta favourite mereka.Sebahagian Reply mereka adalah seperti berikut:


sape xpanas beb kalo orang dah panggil beruk matyeh.


Sesi kutuk mengutuk berterusan...aku memberi kutukan yang agak panas + dan letup(perkataan lucah jugak terkeluar dari reply aku), sesi berbalas kutukan berterusan sehinggalah..credit aku ditolak dan reply aku yg panas tu didelete oleh moderator yg dikasihi. Pada akhirnya aku malas nak layan kepala otak bodoh manusia semacam itu. Lalu aku mengeluarkan ayat ni:



Kepada forumer tersebut aku ucapkan Go to Hell & fuck yourself Motherf*cker. yaaahhh!! i know y'all just a pre-pubertical girl that dreamin will place Ayu someday, I will guarantee you every whiny, jumpy idiots. pre-puberty will melt like a shit out of my ass, like you never seen them melt before. Cheers!!!ntuk ikuti forum mereka click sini.





WTF Moment 2.

Time gua login YM kat pc opis tadi,satu perkara yang horror terjadi gua dengan geramnya ingin menyebut apekejaddahnya?? atau dlm bahasa penjajah Whut The Fak skali lg?? Sila tengok gambar kat bawah tu?? tidak cukupkah sandiwara murahan di RTM, TV 3 Suku, media cetak dan "ass"tro dengan berjuta-juta ringgit dihabiskan?? kini media internet(yahoo!) pula diperkudakan..owh dude WTF?.







Psst: dammnnn!! blog gua sudah menjadi blog propanganda parti Pembangkang & Parti PUNDAK ke??, papepon Merdeka, Seterika, Kathrika....dan kita akhiri entri ini dengan lagu Meet Uncle Hussain...lalalalalal........hari hari kerja!!, tak jugak kayaaaaaa!!...lalalalalala!!!

VIDEO MENARIK DARI Y4C.

Klip video kretif berikut yang dikeluarkan oleh Y4C (Youth For Change) sebuah organisasi NGO yang aktif, misi utama Y4C adalah menyedarkan golongan muda dan remaja dalam mengharungi hidup di dalam kelompok berbilang bangsa. Keterlibatan golongan muda ini di dalam memahami isu politik adalah merupakan misi utama Y4C.

Bercerita tentang Video klip ini Ia telah dilancarkan semalam(28 feb), bertempat di Auditorium, Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. "Lawak jenaka yang ditonjolkan menggunakan isu-isu politk semasa sebagai bahan cerita. Ia bertujuan untuk menilai pemerintah yang giat berbincang tentang reformasi tapi berakhir dengan slogan sahaja. Lawak jenaka ini juga bertujuan untuk membersihkan sebarang penipuan dan mewujudkan rasa percaya diri," kata Pengerusi Y4C, Lee Khai Loon.

Trivia Menarik: Lee Khai Loon(Pelajar Fakulti Engine. UTM), merupakan aktivis SUARAM sebuah badan NGO bebas dan banyak memberi pengaruh serta menghantui pemikiran MPP pro Kerajaan semasa Pilihanraya Kampus di UTM. Beliau juga pernah dikaitkan dengan Insiden di UPM dulu.



YB vs Bloggers.
Video Ini merupakan celaan sinis kepada Menteri-menteri yang satu ketika bergitu bacul mengkritik para Blogger. Dengan tuduhan yang bodoh dan tidak berasas, mereka sebenarnya gentar dengan suara blogger dan takut dengan pendedahan korupsi, salahguna kuasa, kroni dan apa jenis perkara jelik bisa menjatuhkan maruah Negara yang didedahkan Blogger.





Ubah Gaya Hidup.
merupakan ayat biasa yang dikeluarkan oleh Menteri dan para pemimpin, tol naik?? ubah gaya hidup jgn guna tol, harga Ayam naik?? ubah gaya hidup jgn makan ayam, minyak naik?? ubah gaya hidup guna pengangkutan awam jgn guna minyak..Rakyat bawahan semakin melarat, golongan kaya semakin rakus, itulah realiti kehiduan di Negara kita yang berbilang bangsa ini.



romPak Lah.
Menyedarkan "seseorang" yg tidur, betapa parahnya jika perkara ini berterusan. Bisa mengadai Sebuah Negara.

WTF Moment: Nenek Bakal Ke Parlimen...??

Banyak perkara yg membuatkan aku mencarut tak tentu pasal, dalam menjalani hidup ini.Tetapi kejadian horror pagi tadi merupakan “The Greatest WTF Moment Ever!!”, itu jam gua tengah mengusha online-paper kat opis dan gelakkan gua kedengaran mengegar satu opis..ciss!!, damnn!! yg gua betul-betul tak puashatinya kenapa xtahu-menahu pon ada sorang nenek bakal merebut kerusi parlimen semasa hari penamaan calon dulu? shitkan? okeh kita baca skit laporannya….

Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’ menggunakan lambang kunci. Menurutnya, antara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.“Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kain dari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci.

Nenek Maimun Sedang menyebarkan risalah propaganda dan manifesto Parti Kunci yang diwakilinya pada PRU-12 nanti.


Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik,” katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam. Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini. Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan calon ‘bidan terjun’, Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

“Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang,” katanya. Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca. Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.Sementara itu, jirannya, Jusoh Mohd, 56, berkata wanita itu gemar menonton Buletin Utama dan Berita Dunia dan ketika siaran kedua-dua slot itu, beliau akan menguatkan pembesar suara televisyen menyebabkan jiran tetangga tidak perlu memasang televisyen di rumah masing-masing.

Bagaimana pendapat anda wahai rakyat Kuala Terengganu? mahu berwakilkan seorang nenek yang kool untuk menyuarakan masalah anda di Parlimen??...tidak dapat dinafikan ini merupakan WTF moment yang paling letupp....abad ini.



Psst: Gua suspek nenek ni dah dirasuk roh psikopat Ayah Pin lahh...satu hari nanti gua akan usaha nak pegi jumpa makcik ni ntuk mintak restu kahwin ke hape!!...salah satu wishlist gua ni. Hah!! En. Puaka apa lagi ada brani??

MENARIK MINGGU INI (22 Feb).

Semalam aku mendapat idea ntuk create satu entri di bawah kategori "Menarik Minggu Ini", entri ini actually bercerita tentang apa sahaja yang menarik untuk aku kongsikan bersama dengan korang, berkenaan berita, sukan, hiburan, gosip hangat(buarghhhh!!!), gadget-gadget terbaru , pendek kata apa sahaja perkara yang terjadi sepanjang seminggu aku menarik nafas di bumi ini. Insyaallah akan gua update secara mingguan jika ada kelapangan dan otak tidak mati kutu...cheers!!!!


Microsoft Ingin Membaham Yahoo??


Kerakusan En. Gates nampaknya semakin menjadi-jadi pada tahun 2008 ni. Berita ini merupakan satu kegemparan, sudah banyak menyelinap di setiap forum, akhbar, dan juga entri blog.Walaupun pihak Yahoo! telah dengan angkuhnya dua kali menolak tawaran daripada Microsoft sebelum ini, dan itu adalah secara tidak rasmi, namun Microsoft masih menunggu penyataan rasmi daripada pihak Yahoo! berkenaan penolakan tawaran tersebut. 2 Minggu lalu, Pihak Microsuck Microsoft telah menyogok sebanyak $31 untuk setiap saham yang mana membawa kepada $44.6 billion. Akhirnya pada awal minggu ini segala teka-teki terjawab apabila CEO Yahoo! Jerry Yang menolak segala tawaran "duniawi" daripada Syarikat En. Gates itu..syabas Jerry!!!



Permohonan Online UITM.


Pengumuman!! kepada student UITM yg ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, kini permohonan sudah dibuka, pergi sahaja ke BSN @ Bank Muamalat dan dapatkan no. pin dgn harga RM17 dan anda boleh ke UitmOnline ntuk mengisi borang. Aku juga sudah memohon, nampaknya sedikit masa lagi dengan berat hati terpaksa meninggalkan kerjaya & kehidupan aku yg "hectic" dan mengembirakan ini ntuk kembali bergelar murid. Dengan kembalinya aku ke FTMSK, Setiap hari akan memerah otak, kembali memegang buku, bergelumang dengan Formula Math yg horror, tiada masa ntuk gaming, kembali memikirkan project dan assignment, kembali menjadi insan sivik, dan setiap masa di kongkong oleh AUKU. arrghhhh WTF!!!




Maxtor 37GB 10k RPM SCSI.Anda Berminat??




Sebulan lepas aku ada mengorder "secara dalam talian" sebijik Maxtor 37GB 10k RPM SCSI Hard Disk yg ditawarkan En. K4k4roct (member putera.com). Dengan tawaran harga yg bergitu menarik dan murah aku tanpa berfikir panjang terus aku mengodernya. Itu jam gua saspek pakagenya datang skali dengan SCSI Cable dan berserta dengan Cardnya, tetapi tersalah paham apabila pakage cablenya tidak didatangkan skali. Dan aku mengambil keputusan ntuk menjualnya kembali kepada sesapa yg berminat, harga yang aku tawarkan sangat murah. jangan khuatir HDD ini masih lagi dalam waranty sehingga April 2009, tiada bad sector dan performancenya meamang tip top, hanya mengambil masa 8 minit ntuk format dan installing fresh copy Windows XP, 12 min ntuk Win Vista.Bagaimana Anda mahu??


Gadis Kolej Ketagih Makan Sabun.


Berita ini terpapar di Harian Metro pada hari Rabu, 20 Februari 2008, yaahhh!! Sukar dipercayai tabiat pelik segelintir pelajar yang mengaku ketagih memakan sabun mandi yang didakwa enak persis ‘manisan’.Kebanyakan pemakan sabun mula berjinak dengan makanan pelik itu selepas tertarik dengan bau wangi sabun sebelum kemaruk menjamahnya setiap hari. Tabiat horror ini menurut mereka yang pakar bisa memberikan kerosakan pada organ dalaman mereka, terutama perut, malah dibimbangi boleh menyebabkan maut.Baca lg.



Geforce 9800GX2 Sandwich Kembali Semula.


Nampaknya Nvidia kembali mengganas dengan launchnya 9series VGA, mengikut perkiraan awal 9800GX2 akan dipasarkan sekitar awal Februari, tetapi di tangguhkan ke awal mac. 9800GX2 mempunyai 2 printed circuit boards (PCBs), seperti yang Geforce bikin dekat 7950GX2 dulu, 2 Graphic Processing unit (GPU) 65 nm nodes (sama seperti G92 kat 8800GT tetapi direvolusi dengan 128 stream processors), 1 GB memory (512 MB untuk setiap GPU) and 2 DVI output. Betul2 mengujakan, kita tunggu apa jawapan dari ATI Radeon ntuk series 3 mereka.Baca review kat tomsharware.






psst: nampaknya aku kena tag oleh Khai scukz....tp xde idea lg nak menjawabnya...tunggu je la next entri...sabor!!!