Showing posts with label Laporan Khas. Show all posts
Showing posts with label Laporan Khas. Show all posts

5 Kemarahan..!!!!

Kecewa? Marah? Geramm kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.

Soalan – kenapa ini berlaku? menjadikan orang ramai marah. Jawabnya, semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan di kuasai BN. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.



Kemarahan pertama – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 , kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat. Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.

Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.

Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad...

Lihat bangunan Dayabumi – kosong.
Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong.
Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong.
Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong.
Lihat pula agenda Monsoon Cup - kosong.

Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.

Marah sahaja TIDAK cukup. Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?

Kemarahan ke tiga - Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?

Kemarahan ke empat - Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?

Kemarahan ke lima - Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?

Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan. Ayuh Rakyat Bangkitlahhhh Untuk Turun sama menyuarakan Bantahan. 6Julai ini, Usah Lagi Di Tipu Dulu, Di TipuKini & Di Tipu Selama-lamanya.


Truckster
www.geramm.org

Malaysia, Negara Kandang Babi??

Setujukah anda? Bergitu Kurang ajar kenyataan di atas itu, bukan? Percayakah anda jika Para Pelabur khasnya Pelabur Asing melihat dan akan terus melihat Malaysia sebagai sebuah Negara pengeluar babi dunia yang berpotensi besar. Melalui tulisan ini penulis tidak akan menyentuh berkenaan kontroversi babi di Selangor.

Mengikut statistik terkini, babi yang belum diurus secara moden dan saintifik oleh pengeluar-pengeluar tempatan, didapati indeks harganya lebih murah oleh pengguna babi seluruh dunia dibandingkan dengan pengeluar lain.


Justeru itu Syarikat yang berpangkalan di China beminat besar untuk melabur di Malaysia bagi menampung permintaan tinggi di Tanah Besar China. Untuk maklumat ini bukan kali pertama Malaysia hendak dijadikan kandang babi bagi keperluan Negara Asing.


Singapura contohnya telah lama menjadikan Negara yang kita cintai ini sebagai “Kandang Babi” mereka untuk dibekalkan daging babi segar kepada penduduknya. Telah lama Johor dijadikan tapak industri kotor itu untuk keperluan Singapura.


Fakta Menarik: Kerajaan Singapura telah mengharamkan penternakan babi(walaupun permintaannya tinggi di pasaran mereka) di Republik tersebut mulai tahun 80-an.


Sebagai contoh mudah, tindakan bijak Singapura, berkenaan kilang kayu yang kotor, membawa sampah dan habuk. Singapura memerlukan kayu untuk industri perabot untuk pasaran dalamanya dan eksport. Ketika Johor memerlukan pelaburan bg memantapkan system ekonomi, Singapura yg dikeali lebih cekap mendapatkan pelabur asing bersedia untuk membantu Johor. Arakian, Johor dijadikan kilang kayu, industri kotor ditawarkan dan produk bersihnya dipasang dan dihantar ke Singapura untuk dipasarkan ke Seluruh Dunia.


Kita harus mengingati sejarah dimana kecelakaan menimpa pengguna dan penternak babi di Negeri Sembilan pada penghujung 90-an dulu menyebabkan ramai yang mati, SIngapura menghentikan import babi dari negeri tersebut, untuk menyelamatkan rakyatnya dari Virus berbahaya tersebut.


Pemeliharaan babi secara tradisional seperti sekarang dimana sistem terbuka, terbiar merata negeri, tidak saintifik, kebersihannya tidak terkawal memberi impak kepada harga pasaran dunia yang lebih murah kerana kos pengeluarannya tidak tinggi. Ini menyebabkan para pelabur luar Malaysia sebagai tapak menarik untuk membiakkan babi.


Kita harus melihat secara positif langkah Kerajaan Selangor untuk membangunkan satu system alternative yang jauh lebih moden, dimana babi dipusatkan kepada satu tempat dan system buangannya dikitar untuk kegunaan kandang moden, ini jelas membawa manfaat kepada penduduk sekitar.


Apapun pandangan Pelabur ini samada tempatan atau luar negeri, Malaysia adalah wilayah terbaik untuk dijadikan Kandang Babi, mereka masih menaruh minat untuk menjadikan Malaysia senagai Negara pengeluar babi dan produk berasakan babi, Cuma yang menjadi penghalang adalah pemerintahnya yang dilihat lebih Pro-Melayu dan Pro-Islam tidak tertarik dengan tawaran mereka. Malah apa yang ada sekarang pun di dalam perancangan mahu dikurangkan ke tahap minimum, tetapi melalui kuasa politik mereka yang berpengaruh perancangan itu terpaksa di “tong-sampahkan”.


Pengumuman Kerajaan Selangor untuk hanya mengehadkan babi untuk pasaran tempatan adalah melegakan hati semua pihak, kita persetankan berkenaan kontroversi isu ini dipolitikkan oleh mereka yang kehabisan modal. Berharap juga jika projek ini berjaya dapat diikuti contoh oleh negeri lain, Tetapi kuasa prospek ekonomi melalui projek moden ini bisa mempengaruhi dasar semua kerajaan terutama kerajaan yang hanya mahukan keuntungan ekonomi. Inilah kerisauan yang patut kita tanamkan, pulangan ekonomi yang lumayan, mereka boleh lupa daratan.


Syarikat pelabur ini bisa menunggu 50 atau 100 tahun, untuk merealisasikan impian mereka. Jika pengaruh kuasa politik mereka kuat dan pulangan eknomi menjadi sasaran pemerintah tidak mustahil satu hari nanti “Malaysia Adalah Negara Kandang Babi”.

Gempar!!!: Dr Mahathir umum keluar Umno

12.50 tengahari tadi aku mendapat forward sms dari Azuar berbunyi: "Bekas PM, Tun Mahathir Mengumumkan keluar UMNOjam 12.30 tgahri sebentar tadi-SMS dari HQ PKR".

Gempar dan tanpa berfikir panjang aku terus forward kepada kenalan-kenalan...dan terus carik maklumat di internet..forum cari adalah maklumat terawal yang menceritakan berita tergempar ini. Tetapi tiada sesiapa yang betul-betul yang dapat komfirmkan..beberapa minit selepas itu malaysiakini dan harakah mengeluarkan berita pengesahan:

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.




Reaksi Pak Lah Selepas Tun Det Buat Hal


Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.


Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj

Psst: Ntuk video liputan penuh berkenaan Kontroversi ini sila ke blog video-politik

Kebebasan Bersuara?? Pls Go To Hell...

Malaysia pasca tsunami PRU12 sudah banyak berubah, rakyat dijamin dengan bermacam janji-janji manis dari manifesto parti pemerintah Selamat, Aman dan Makmur. Setelah mengambil alih Kementerian Penerangan dari zam anak maidin, Shabery Cheek dengan lantangnya memberi jaminan kebebasan bersuara, lalu diwujudkannya satu rancangan khas di RTM 1 yang memaparkan Blogger-blogger. Sebagai bukti suara mereka di dengar oleh kerajaan Pak Lah yang hampir-hampir tersungkur.



Nampaknya pemimpin-peminpin UMNO-BN juga sudah mengikut trend pasca PRU12 dengan mewujudkan blog sendiri demi menyahut seruan "Kebebasan Bersuara", sebagai contoh blog Khir Toyo dan Tun Det didalam tulisan mereka jelas mengkritik kepimpinan tertinggi negara kita. Kempen Kebebasan bersuara disemarakkan lagi dengan penahanan Raja Petra Kamaruddin(RPK), Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today. Nahhhhh.... rakyat, inilah kebebasan bersuara yang dijanjikan.Ianya jelas bermotifkan politik.Tindakan RPK untuk tidak membayar wang jaminan dan diheret ke Penjara Sungai Buloh, adalah satu tindakan tepat. Syabas Pak Lah, anda berjaya meloyakan tekak kami sebagai rakyat dengan janji-janji murahan anda.

Apa yang perlu diteliti di sini apakah tulisan RPK melalui media independent itu suatu hasutan? Prof. Dr Abu Hasan Hasbullah melalui kajian di Insitut Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum), mengatakan 67% hasutan adalah dari media propaganda milik kerajaan(baca media tradisional). Sementara 33% adalah media alternatif seperti website, blog dan lain-lain....Nahhhhhhh inilah satu fakta yang dibutakan. Mungkin selepas ini Tun Det dan Khir Toyo akan di dakwa di bawah akta hasutan?? Info: satu kempen "one person one ringgit" dijalankan oleh pihak malaysia-today untuk pembebasan RPK. anda boleh ke Malaysia-today.net untuk turut menyumbang.


AIC @ Solidariti Keadilan Untuk RPK.

Semalam aku dapat SMS dari Dibab (dari AIC pusat) berbunyi:

"Salam Sahabat, dgn kerjasama office DSAI & AIC, mlm ini jam 8. berkumpul di Office DSAI sek 16 PJ untuk adakah Solidariti ke atas RPK. Kita akan bergerak ke Penjara Sg Buloh bersama. Sila reply SMS ini ntuk kehadiran adalah wajib - Dibab"

Sebagai menyahut kempen pembebasan RPK kami di AIC turut turun padang dan memberi sokongan kepada kaum keluarga RPK. Solidariti ini diadakan di depan Penjara Sungai Buloh disertai AMK dan AIC, Para Bloggers, serta pemimpin-pemimpin tertinggi keADILan.

Untuk Video Perbicaraan ke atas RPK anda boleh ikuti di sini: klik sini


FREE RPK...!!!

"JIKA GENTAR AKAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN"

Analisis: Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan - Part 2

Analisis Ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama anda boleh ikuti disini. Penulisan di bawah adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku "Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan" hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia...Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa.

Bahagian ini saya akan menganalisis mengenai
"penyalahgunaan" Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang pada matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi dengan rakusnya oleh pihak-pihak pemimpin yang mempunyai kuasa(Baca Menteri). Kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah kepada bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar.


Walaubagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Keadaan Semakin parah, apabila membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Ini bukan hanya tuduhan retorik, ianya adalah fakta yg jelas terbukti.

Prosedur tender penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera. Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok pemimpin tertentu.


Akibatnya ialah peningkatan bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos minyak(dikaburkan oleh pemimpin sebagai kesan kenaikan harga dunia), elektrik, air dan tol jalan yang meningkat. Yang dikira keterlaluan adalah apabila anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 % buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah. Sebaik bantahan atau demonstrasi dibangkitkan untuk menentang, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada Syarikat2 yang mewakili kepentingan mereka. Rakyat dihina, dipukul, diperlakukan seperti anjing oleh Polis2 yang diperkudakan mereka. Inikah keadilan DEB yang diretorikkan oleh kerajaan sebagai menjamin hak bersama??Kita tidak hairan dan tidak boleh menyalahkan jika kaum Cina & India mempersoalkan DEB??

Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu, adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan,Malaysia berada pada 0.47.

Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang dahsyat di Malaysia
adalah kedua paling terburuk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe. Hakikat Ini amat mengejutkan?? berbeza dengan retorik murahan pihak kerajaan melalui Media Propaganda menyatakan ekonomi semakin mengukuh dengan indeks BSKL paling tinggi dlm sejarah pernah dicatatkan, Ringgit yang semakin kukuh berbanding Dollar Amerika, sebagai penambah perisa rakyat terus dilenakan apabila projek2 mega diumumkan NCER, ECER, dan Wilayah Iskandar. Mengambarkan kita semakin menghampiri negara maju lain menjelang 2020.

Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat pelbagai kaum. Apa yang harus dimusykilkan dan diberi pertanyaan besar ialah kerana masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat(baca DEB),
berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah dan mempersoalkan kerana menganggap mereka didiskriminasikan oleh dasar DEB. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil mereka yang rakus mempunyai kuasa dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab dan meragukan??

psst: Analisis Ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama anda boleh ikuti disini.

Eksklusif AIC @ Black 14

Jika semangat menjadi ukuran, tiada yang mampu menandingi sentimen anak muda di Anwar Ibrahim Club (AIC) menjelang Black 14 – ulangtahun gelita politik tanahair.Jika sebelum ia disambut dengan renungan dan kesedihan, namun Black 14 kali ini memberi makna yang berbeza. Detik 12 malam 14 April 2008 membuka lebaran baru dengan pemimpin reformasi Anwar Ibrahim melangkah semula ke arena politik secara sah – menandakan bermula fajar baru politik Malaysia.

Bagi kami di AIC, persiapan menuju Black 14 telah bermula seminggu lebih awal. 24 jam sebelum tarikh keramat itu, konvoi-konvoi AIC dari serata negeri di Semenanjung akan mula bergerak menuju Kampung Baru. Dalam masa kurang dari 48 jam, lebih 8,000 risalah dicetak dan diedar di sekitar kawasan tumpuan anak muda sekitar Kuala Lumpur dan institut pengajian tinggi. Juga, tiga ribu pelekat AIC turut dicetak dan akan diedar kepada orang ramai.

Banner digantung malam sebelum Black 14.

Dengan tenaga kerja yang kecil, ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan AIC, ribuan Terima kasih kepada Presiden AIC (Syukri aka MatKeri), Naib Presiden(Marini), Bendahari (Darren Tan) dan Setiausaha(Hafizh) kerana bergitu dedikasi bertungkus-lumus memastikan program AIC malam itu berjalan lancar. Dengan pertolongan AMK(Angkatan Muda Keadilan), Perhatian diberi khusus kepada projek menaikkan sepanduk sokongan di kawasan sekitar menuju lokasi sambutan Black 14, selain dari itu kumpulan-kumpulan kecil AIC menyumbang tenaga menampal 500 poster khas bagi menyambut kehadiran warga KL dan peserta-peserta majlis tersebut.

Booth kami@black14 semua barangan AIC sold out.

Pada malam perhimpunan Black 14 juga AIC membuka booth di dalam kawasan Kelab Sultan Sulaiman bagi memperkenalkan lagi AIC kepada masyarakat, di samping menjual cenderamata-cenderamata kelab seperti Sticker AIC, Sticker Kereta dan T-Shirt. Pada malam itu juga kami mengadakan kutipan derma untuk menampung dana aktiviti kelab pada masa hadapan, banyak lagi aktiviti yang bakal diadakan. Terima Kasih diucapkan kepada yang sudi menderma dan menyokong perjuangan kami, tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India.


Bergambar dengan DSAI dan Datin Seri selepas Press Conference

Kandid setelah selesai perhimpunan.

Sesi Lepak-lepak, Minum-minum dan makan-makan, Kedai Wak Nasi Lemak

Jika Umno benar-benar yakin anak muda bersama mereka di belakang putera dan puteri, realiti anak muda AIC menyanggah kenyataan tersebut dan akan mengubah persepsi mereka kepada politik tanah air, bermula Black 14 2008 mara dan terus mara. REFORMASI!! TAKBIR!! MAKKAL SAKTHI...!!

psst: gambar credits to Niccotynne & Fareez

Perhimpunan Rakyat Black 14. Sape Mau Turun? Angkat Tangan

Perhimpunan Rakyat "countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat"



Okeh pada 14 April ini kan diadakan satu perhimpunan rakyat. Kami di AIC(Anwar Ibrahim Club) menyeru kepada anda semua untuk turut serta memeriahkan lagi acara perhimpunan ini..untuk update terkini anda boleh semak disini:


Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalamlack 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur
Perancangan AIC Member: Gathering pada pukul 6.30ptg di Dataran merdeka. Seterusnya berarak ke Kg. Baru(Sebarang pertukaran akan diberitahu kemudian..ye la korang pon tau kan FRU "anjing2" musti banyak punya. Bikin kacau line)

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.

Petikan dari blog Chegu Bard :

Tujuan :
Mengenang peristiwa 14 Aprill (Black 14) dan semua yang berkorban / terkorban bermula dari peristiwa itu sehingga kearah kemenangan rakyat.
Memacu semangat kebangkitan rakyat dengan memberi penekanan tarikh DSAI memasuki arus perdana politik (15 April 2008)
Majlis meraikan rakyat dan ucapan perdana DSAI selepas PRU12.
Majlis meraikan ulangtahun penubuhan Parti keADILan Rakyat


Psst: 2 Keta dari Ipoh akan turun ke sana..ada sape2 lagi mau join? anyone from Ipoh wanna join us??...Bleh kita konvoi reramai. Okeh ntuk menaikkan semangat, jom kita layan kempen perjuangan reformasi yang digerakkan Anwar Ibrahim selepas pemecatannya pada 1998 dulu. REFORMASI!!!!!!!

Annual Dinner DISK '08

Pada Mac lalu DISK(UITM Perak, Computer Science Students Society) telah selamat mengadakan Majlis Makan Malam di Orient Star, Lumut. Ini merupakan kali kedua majlis sebergini diadakan di lokasi yang sama, ianya diorganized oleh junior aku dari Part 4(Batch mana aku xingatlahhh...sorii), psst: BTW takdak gaduh2 pasal dinner sem ni arrrr??muehehehe!!!

Dinner Bertemakan Rewind Time:Back To Basic, sebagai mengenang kembali jasa-jasa ahli Saintis, Akademik dan Sarjana pada masa lalu yang berusaha keras mewujudkan evolusi dalam kehidupan manusia, pada zaman moden ini terbukti dengan usaha keras mereka kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh kesenangan. Dan inilah masa bagi mengenang mereka...hurmm great idea!!

Pn. Noorliza, Koordinator Program(Ketua Prog. lagi ke skang ni??) sedang melakukan brainwash...!!!

Walaupun aku tidak lagi menjadik warga FTMSK dan tidak menghadiri Dinner tersebut pada malam itu. Sebagai memberi kredit kerna mewarisi tradisi yang senior korang buat dulu, disamping meng"glamour"kan korang, maka di sini aku buat satu entri khas ntuk laporan dan gambar kandid dinner korang tu.

Bertepatan dengan concept Back To Basic, Pelbagai aksi-aksi terlampau old skool dapat dilihat menghiasi Bandar Lumut pada malam itu. Angin sempoi-sempoi bahasa dari Pulau Pangkor menerjah ke ruang legar Orient Star merancakkan lagi event pada malam itu.


psst: gambor kredit to ustad, tu jer yg terbaik dlm banyak2 hampess..BTW ada sesapa yang upload montaj Dinner ni kat Youtube?....contact aku kat fs @ YM ok??nanti aku buat entri kat blog ni...Ntuk montaj Dinner yang dolu-dolu korang bleh tengok kat sini:


Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia - Part1

Penulisan di bawah ini adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku "Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan" hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia...Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa. Untuk versi penuh anda boleh download disini: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.

Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?


Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV (baca media propaganda) memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan? Apa yang kita dapat dgn propaganda murahan ini?tidak dinafikan rakyat terus menerus diperbodohkan dan dilenakan oleh media propaganda yang ditaja oleh pemimpin tertentu(baca menteri), yang paling menghairankan ada yang terpengaruh.

Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam...


regards,
Pejuang Muda
::Bloggers United::