Semalam ada pegi jenjalan di blog sempoi, yaaa dlm asyik membelek terjumpa satu entri yg memang sempoi dan kool(actually aku xtau pon info ni huhu), iaitu 3 kereta jalanan yang terlaju di dunia.Aku saspek ramai antara korang yg menggap keta yang paling laju adalah Ferrari xpon Lamborgini kan?Sebenarnya anggapan anda itu silap. Dalam tidak membuang masa lagi ayuh kita saksikan 3 kereta jalanan yang paling laju dan kool pernah dihasilkan di atas muka bumi ini..
1) Buggati Veyron:
Harga 1,000,000 euros (1,300,000 USD)
Kuasa Kuda 1000 hp
0 hingga 60 mph 2.5 s
0 hingga 100 mph 6 s
Kelajuan Maksima 253 mph (407 km/h)
Merupakan Kereta Sport hasil kerjasama Volkswagen AG dan Bugatti Automobiles SAS diperkenalkan pada tahun 2005. Kereta ini boleh mencecah sehingga 407 km/h menyaingi kelajuan F1. Dikuasai enjin 1,001 PS (987 hp/736 kW) W16 engine, 4 TurboCharge. Setelah 5tahun mengalamai proses R&D akhirnya ia dikeluarkan sebagai production car di headquarter Wolkwagon AG Château St Jean, France. Namanya diambil sempena pelumba lagenda Perancis Pierre Veyron. Harganya? 1juta Euro aka RM4,420,000 aka 135billion rupiah. Kool skali jika dibawa bersiar-siarkan??Pasti ada aweks yg menjeling manja.hoh!!
2) Koenigsegg CCR
Kuasa Kuda 806 hp
0 hingga 60 mph 3.2 s
0 hingga 100 mph N/AK
Kelajuan Maksima 395+ km/h (242+ mph)
Koenigsegg CCR itulah namanya. Sebelum ini, Aku tidak pernah mendengar namanya(korang pon sama kan??kan?) even dalam Games Need For Speed pon xde spesis keta yang pelik namanya ini. Dihasilkan oleh Syarikat pembuat kereta terkenal Sweden.output power maksimumnya adalah 806 hp (601 kW) at 6,900 rpm, dihasilkan oleh twin supercharge turbo.kereta ini dikatakan telah memecahkan rekod kelajuan maksimum McLaren F1 yang dipegang sejak tahun 1998. Harga gua xtau, buat per korang tau bukan nak beli pon kan?
3) McLaren F1
Harga $1,050,000
Kuasa Kuda 627 hp
0 hingga 60 mph 3.4 s
0 hingga 100 mph 7.7 s
Kelajuan Maksima 240.14 mph
Kereta ini menggunakan enjin V10 6.1litre BMW S70/2, iaitu versi sama enjin F1 yang dipandu oleh Mika Hakkinen. Hanya 106 buah sahaja dihasilkan, 64 daripadanya merupakan limited edition production car aka keta jalanan. Kebanyakan darinya dijadikan kereta perlumbaan Le Mans, GT, dan GTR.








