Laman Web Rasmi Untuk Memprotes Kenaikan Harga Minyak Di Lancarkan.
Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan, SEGERA. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya.
Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Anwar Ibrahim Club (Anwar Ibrahim Club), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM). Suara dan kempen ini boleh dilayari di: www.geramm.org
GERAMM mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara. Untuk merealisasikan hasrat ini, laman web GERAMM.ORG antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala aktiviti, ceramah umum dan “hub” kepada jaringan blog dan laman web yang menyokong GERAMM.
Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) adalah merupakan pakatan generasi muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan bantahan ke atas kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun lepas.
Kenaikan harga minyak yang menjangkau 41 peratus merupakan satu manipulasi langsung ke atas rakyat berikutan kesan domino yang turut mengesani kenaikan harga barang, perkhidmatan dan keperluan lain yang akhirnya menyebabkan rakyat tertindas.
GERAMM akan memainkan peranan sebagai platform untuk anak2 muda myatakan bantahan mereka ke atas penindasan dan manipulasi kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memikirkan apa yang telah dibelanjakan secara boros oleh kerajaan.
GERAMM disertai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, IKRAR, dan
Kelab Anwar Ibrahim (AIC).Sebarang bentuk aktiviti, ceramah umum atau maklumat yang ingin disampaikan kepada GERAMM, bolehlah disalurkan melalui email di alamat maklumat: maklumat@geramm.org
Ayuh orang muda nyatakan sokongan anda: www.geramm.org


Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.
Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.







