Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Pautan lain:
Penafian DSAI
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
credits to: http://ainisazreen.wordpress.com



19 comments:
Tiada siapa pun yang menuduh anwar ibrahim liwat. Tiada seorang pun. Lapuran polis telah dibuat oleh saiful dan polis perlu melakukan siasatan. Mungkin sah beliau telah diliwat dan juburnya sudah terkoyak, tetapi perbuatan itu dilakukan oleh manuasia yang suaranya dan gayanya seperti anwar ibrahim. Mungkin ada rakaman CCTV juga di hotel berkenaaan. Apa-apa pun biarlah pihak polis lakukan siasatan terperinci. Ingat tak kes M. Daud Kilau..Beliau bekerjsama dengan pihak polis..dan lihat..akhirnya keadilan tertegak juga...
jgn takut untuk menyampaikan kebenaran,daripada org tak tahu mengenai si saiful ni alhamdulillah ade jgk yang sudi cerita mengenai dia..skurang2nye tahu lah jgk sapa dia ni...gila kuasa la si saiful ni..org yg ingin kan kesenangan dengan jln mudah sanggup melakukan ape shaja tanpa memikirkan kesan masa depan dan balasan daripada Allah...tali barut umno la ni...tak ke mn pun nko ni....
buang negeri jer orang macam ni..... letak di pulau yang ramai golongan gay..... biar kena lapah sampai mampus orang camni....
blog najwan dah xleh masuk. blog anwar ibrahim pun xleh masuk. xtau nape.
Peliknya macamaner budak tak cukup pointer (CGPA < 3.00) boleh jadi calon perwakilan pelajar. Kabarnya CGPA dia semester 1 tak sampai 2.00. Klau dia IPTA syarat nak jadi calon kena duduk exam dulu 1 semester, kalau keputusan cemerlang barulah jadi calon pada sem akan datang. Bahagian HEP UNITEN tak berkira kut. janji student bayr yuran...IPTS kan. kalau dah result teruk automatik kena lucut jawatan..camnaer student yang BODOH boleh terajui universiti? Agaknya sbb dia memang pemuda UMNO, dia ditaja dan dijanjikan jawtan kalau tak habis belajar, janji dia boleh dipergunakan untuk agenda politik UMNO!
budak ni dah nak mampos agaknya
yang kes dsai dulu pun ramai dah mampos
ingat dunia ni besar
dapat wang juta2 pun kalau hati tak tenang tak guna
lebih baik mampos
memang betol mak bapak dia pilih nama sayfool
memang fooolll
kes liwat lagi... hurmmmmmmm
Aku bukan nak cakap banyak.. nak tegakkan sapa atau nak sokong sapa... Biarlah siasatan dijalankan dengan betul. Kalau betul Anwar tak buat, Allah akan tolong. Aku pun tak suka paklah jugak, asyik harga naik aja, tapi Anwar pun aku tak suka.. semua nih politik... biasala.. time anwar BN dulu pun dia dengan lantang kutuk PAS, DAP. tapi sekarang dia kutuk BN pulak.. Kenapa tak kita buang fahaman politik nih.. bersatu sebagai orang Melayu... orang ISLAM... kita bertekak bergaduh tapi orang cina gelak aja tengok kita.. MCA ke, DAP ke, Gerakan ke.. mereka tetap bersatu.. tapi kita?? Lu orang pikir la sendiri.. bengong!
Anonymous said...
PuteraNegaraJr said...
Penulisan artikel ini jelas sekali menggunakan fakta yang salah. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah bertugas atau menjadi pembantu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Foto yang berlatarbelakangkan pejabat TPM itu hanya gambar kenang-kenangan lawatan bekas pembantu kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama salah seorang kenalan yang merupakan pegawai di pejabat TPM itu.
June 29, 2008 4:37 AM
Truckster said...
PuteraNegaraJr - terima kasih kerana menegur saya....fakta yang saya terima mengatakan Saiful Bukhari berkerja dgn DPM adalah salah....
June 29, 2008 4:39 AM
MORALNYA : SEBELUM FAKTA INI DIBETULKAN..KO TELAH BERDOSA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN MENGHASUT DAN MEMFITNAH..ADA AKAL FIKIR LE SEBELUM SEBARKAN..BETUL TAK TRUNKSTER..
MCM KO MENGETAHUI LEBIH DARI ANUAR, LEBIH DARI POLIS DAN LEBIH DARI YANG BERKUASA, ALLAH TAALA.
KALO KORANG ADE BUKTI..SERAHKAN JER..JANGAN POT PET SANA SINI..AKU NAIK MELUAT DAH..
NI LE KELEBIHAN MELAYU, MEMFITNAH DAN BERBOHONG..LAIN XDE..EKONOMI=CINA PEGANG, PEGUAM=INDIA PEGANG,
July 2, 2008 8:02 PM
http://youtube. com/watch? v=xJqh8izH8k4
ada aku kata aku sokong UMNO, PAS, PKR?...
INDIA DAN PAS MENOLONG PAS??
MACAM TU JUGA LE AMERIKA BERPAKAT DENGAN IRAN SEMASA MAHU MENYERANG IRAQ...SEKARANG IRAQ SUDAH TUMBANG... IRAN PUN JADI MANGSA..SELEPAS IRAN TUMBANG?..APA LAGI KUASA NUKLEAR ARAB?...
AKU X SURUH SOKONG UMNO, X SURUH SOKONG PAS, X SURUH SOKONG ADIL..
TAPI SOKONG PEMIMPIN YANG IKHLAS..BUKAN MURAHAN...SAPA BERANI BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH, SEMUA PEMIMPIN PAS JUJUR DAN AMANAH, SEMUA PEMIMPIN PKR JUJUR DAN AMANAH, SEMUA PEMIMPIN UMNO JUJUR DAN AMANAH?...SEMUA TAK ADE TERMASUK AKU...
BENAR JIKA UMNO SALAH, BENAR JIKA PEMIMPIN BN RASUAH DAN KRONI..TAPI..KENAPA PEMERINTAHAN DI NEGERI PERAK DAN SELANGOR DI BERI MAJORITI KUASA UNDI DI NEGERI BAGI PADA DAP???...
DI SITULAH KEBODOHANNYA...AKU DH PERNAH KATA..LANTAK LE UMNO KE, PAS KE, PKR JER, ASALKAN KUASA MAJORITINYA MELAYU...
CONTOH...PERAK..
PAS = 1 KERUSI,
PKR = 3 KERUSI
DAP?...
MAJORITI KALO UNDIAN?..FIKIRLAH SENDIRI...PKR DAN PAS KAT PERAK CUBA MAK KADUK JER...TAPI MASTERMIND DAP..
SELANGOR PUN SAMA..
FIKIRLAH...LAIN KALI KALO NAK UBAH KERAJAAN, AKU X PERNAH LARANG..SEBAB NEGARA KITA DEMOKRASI, BERPEGANG PADA ALQURAN DAN SUNAH NABI...
PASTIKAN KALO JUMLAH UNDI ADUN SETIAP NEGERI TU..MAJORITINYA MELAYU...X FAHAM2 LAGI KE AKU EXPLAIN NI...KATA SEMUA EDUCATED...
SEKARANG KORANG BERNASIB BAIK DAPAT SAMBUNG BLAJA SEBAB KOUTA MELAYU DAN BUMI TU ADA LAGI DI UITM YANG RATA RATANYA MELAYU KELANTAN SEBAB YURAN MURAH.
SEKALI LAGI AKU CAKAP...BAGITAU YANG BIJAK PANDAI DI DALAM PARTI POLITIK DI MALAYSIA NI BAIK PAS, PKR, UMNO...PASTIKAN MELAYU...
JANGAN SAMPAI MAJORITI MELAYU KAT SETIAP NEGERI TU HILANG..
FAHAMMMM??....
SEBELUM CERITA BAB EKONOMI, BAB AGAMA, BAB KETUANAN MELAYU YANG AKU SENDIRI DAN KO SENDIRI PUN X FAHAM..CUMA JADI TUKANG IKUT JER..MACAM LEMBU...BAIK KITA KUATKAN YANG ASAS KITA...TU PUN KALO KO MELAYU TULEN YANG IKHLAS MENOLONG MELAYU TANPA MENGIRA JUA DARAH CAMPURAN YANG MENGALIR, BAIK MELAYU JAWA, BANJAR, ASLI, MAMAK, BUGIS...
TAK GUNA MENJADI HERO YANG MENCANANG KETUANAN MELAYU KALO KITA SENDIRI YANG MENYEBABKAN MAJORITI MELAYU HILANG???
PAKLAH AKAN MATI, NAJIB AKAN MATI, ANUAR IBRAHIM AKAN MATI, NIK AZIZ AKAN MATI, KO AKAN MATI, AKU AKAN MATI, TAPI YANG TINGGAL APA?????
KETUANAN DAN KUASA MAJORITI MELAYU YANG KITA WARISKAN UNTUK ANAK CUCU KITA YANG MENJAMIN MASA DEPAN..
SUSAH SENANG..DAH TERTULIS DALAM QURAN, XDE SAPA UBAH KAMU KALO KAMU X UBAH SENDIRI,...
JANGAN SALAHKAN SAPA2...SALAHKAN DIRI KITA SENDIRI..MELAYU YANG LUPA APA YANG KITA CORAKKAN HARI INI AKAN MEMBAWA KESANNYA BERIBU2 TAHUN..
huh.. mengucap panjang ako baca cerita si saiful nie .. dah memang ako jangka kan dengan muka jambu nya itu memang dia nie giler kuasa .. tak hairan lah kalu dia rela mengaku membuat benda2 terkutuk tue pun.. kalu di universiti pun dah tunjuk belang2 luksinar apatah lagi di dunia realiti yang mencabar ini. Insaflah saiful tak der gunanya engko menyamar begitu meminta biasiswa di pejabat si N itu .. yang batil tetap batil .. Allah melihat segala-galanya
saya tak percaya DSAI liwat.walaupun aku x pernah jumpa DSAI inperson aku betul betul rasa dia x liwat.
aku pernah jumpa dr azizah.kitorang terserempak kat lif hospital.dia nampak sangattt baik dan merendah diri.even dia yg tegur aku dulu.
takkan perempuan semulia itu memiliki suami yg meliwat??
kalau DSAI salah takkanla keluarga dia sanggup membela dia selama bertahun2 ( teringat perjuangan nurul izzah dan dr azizah...)
anyway melayu jangan bergaduh..kita mesti bersatu untuk masa depan anak cucu kita!!!!!!!
aku budak uniten bangi(yang kini dipanggil UNITEN PUTRAJAYA)..
aku penah 1 team building dgn die gak..
aku tau perangai kesialan die..
Die mmg LEBAT je lbh.
Habuk pin tadakkkk...
kalo die ckp 10, 1 pon lom tentu btol!~
Aku tak sokong DSAI. tp, aku tak suke saiful nih!
Kadang kala ada banyak perkara yang menimbulkan persoalan ??
1. Dimana orang yang menuduh DSAI liwat pada 10 tahun lepas ?
2. Di mana Bala yang mengubah kenyataan bersumpah kali kedua?
3. Adakah tahap keselamatan di Malaysia begitu terancam sehinggakan seluruh pasukan polis yang ada di Malaysia ada tidak dapat mengawal keselamatan beliau ?
Kalau di fikir - fikirkan andai kata anda diberi 20 juta ada kemungkinan tak anda buat perkara yang sama. Dapat duit tu, berhijrah ke luar negara, buka perniagaan dan duduk diam. Negara pilihan mungkin Australia kot. Macammana nak ?
spike_thru:
Terlalu byk bende yg mengherankan:
1)laporan doktor... satu doktor Pusrawi & satu lagi doktor hospital k'jaan dah sahkan yg si saiful ni takde kesan diliwat, tapi nampak sgt polis nak juga layan laporan saiful ni;
2) kenapa si saiful ni tak pergi buat laporan kat balai polis yg terdekat dgn tempat kerjanya, ie. HQ PKR; tapi sebaliknya dia pergi 'melapor' kat TPM!
3) Najib kata saiful pergi jumpa dia pasal biasiswa... kan tak logik langsung... seorg pelajar yg below average...CGPA bawah 2... boleh nak jumpa TPM biasiswa? Bukan bawah bidang kuasa TPM pun!
4) Saiful kononnya diliwat sampai 9 kali. Kenapa dia tak lapor selepas pertama atau kedua kali dia diliwat? Kenapa tunggu sampai yg ke9?
5) Saiful pegi jumpa najib pd 25jun tapi masih biar diliwat pd 26jun! Cerita kartun apa ni?
Byk sgt bende lain yg tak kene dgn watak saiful ni, spt... dia memang sebelum 'bekerja' dgn DSAI, byk berdamping & bergambar dgn menteri/pegawai2 umno spt mustapha mohd, shahrir samad, pegawai khas NAJIB (FOR A DROPOUT TO BE ABLE TO DO THAT, IT'S SOMETHING!)
Many, many more discrepancies... cukup setakat ni dulu.
ak rase, blog ni cam fitnah je..mesti orang2 anwar gak y wat blog ni..saje nk menfitnah si saiful ni..ak xmenyelebelahi mana2 pihak.klu fikrkan logik..terang2, org y wat blog ni nk mempersalahkan UMNO...n menangkan anwar.
insaflah...tunggu jela keputusan mahkamah nanti ea.
ak tgk blog ni..banyak memfitnah umno..dan menangkan parti keadilan n pas..nampak sgt pembangkang..klu anda btul..tampilkan bukti.
letak alamat, no tel..supaya pihak tertentu boleh bertemu dengan anda dan anda boleh nyatakan bukti2 tersebut.
salam... (penyokong Parti Keadilan)
die kate die mangsa..tapi boleh pulak kene liwat 8 kali... do u think M'sians that stupid?
MASYALLAH.APE NAK JD DGN RAKYAT MALAYSIA SKRG NI.FITNAH DISANE SINI.INSAFLAH TERUTAMA NYA BGSA MELAYU.JGN SMPAI KITA MERINTIH DIBUMI SENDIRI DI KEMUDIAN HARI NNT.BERSATU PADU LAH KITA WALAUPUN BERBEZA PENDAPAT DAN PAHAMAN POLITIK.BGSA LAIN MEMERHATIKAN KITA DAN HANYA MENUNGGU MASE SAHAJA.....
Post a Comment