GERAMM.ORG: Protes Sampai Turun.

Laman Web Rasmi Untuk Memprotes Kenaikan Harga Minyak Di Lancarkan.

Kempen berterusan dan himpunan-himpunan rakyat secara teratur untuk membantah kenaikan harga minyak perlu diadakan, SEGERA. Ia adalah sebagai cerminan sebenar kemarahan rakyat kepada ketidakpedulian BN terhadap beban hidup yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikannya.


Di atas rasa peduli dan prihatin terhadap permasalahan rakyat ini pemuda pakatan rakyat bersama dengan pelbagai NGO anak muda iaitu antara lain Anwar Ibrahim Club (Anwar Ibrahim Club), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menggerakkan satu kempen secara bersepadu dan tersusun di bawah nama Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM). Suara dan kempen ini boleh dilayari di: www.geramm.org


GERAMM mempunyai peranan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk satu protes besar-besaran di ibunegara. Untuk merealisasikan hasrat ini, laman web GERAMM.ORG antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala aktiviti, ceramah umum dan “hub” kepada jaringan blog dan laman web yang menyokong GERAMM.

Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) adalah merupakan pakatan generasi muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan bantahan ke atas kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun lepas.

Kenaikan harga minyak yang menjangkau 41 peratus merupakan satu manipulasi langsung ke atas rakyat berikutan kesan domino yang turut mengesani kenaikan harga barang, perkhidmatan dan keperluan lain yang akhirnya menyebabkan rakyat tertindas.

GERAMM akan memainkan peranan sebagai platform untuk anak2 muda myatakan bantahan mereka ke atas penindasan dan manipulasi kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memikirkan apa yang telah dibelanjakan secara boros oleh kerajaan.

GERAMM disertai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, IKRAR, dan

Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Sebarang bentuk aktiviti, ceramah umum atau maklumat yang ingin disampaikan kepada GERAMM, bolehlah disalurkan melalui email di alamat maklumat: maklumat@geramm.org

Ayuh orang muda nyatakan sokongan anda: www.geramm.org

7 comments:

AnakMudaParlimenBAtu said...

Aku sebagai Ahli Tetap AIC akan sedaya upaya membantu anda semua kerana aku pun GERAMM juga.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

syia said...

lo nk join gak.. tpkan apa maksud '41 peratus merupakan satu manipulasi langsung ke atas rakyat ' ??di manipulasi cam mana?

Uncle G said...

tq arr bagi info nie

Letting the time pass me by said...

Aku rasa kita kena MOGOK..

MOGOK kerja selama seminggu dan teruskan sehingga kerajaan menurunkan harga minyak..

Mintak semua majikan bersatu hati dalam menjalankan mogok ini..

Jadikan mogok ini agenda negara...

MOGOK nie lagi bagus, kau tak payah nak duduk berkumpul dekat PWTC ke KLCC ke, just tak payah datang ofis... duduk kat rumah aje sambil tengok TV... tak de risiko kena sembur gas pemedih mata dan air kimia dan tak dikejar FRU atau Polis....

Truckster said...

kita sebagai orang muda perlu suarakan kehendak dan aspirasi rakyat...xboleh hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh...

thanks to anybody in the back of geramm.org....matkeri, ask

geramm said...

GERAMM
GERAMM
GERAMM
GERAMM

Anonymous said...

asalamualaikum..
bangsa melayu mmg sejak dulu terkenal dengan semangat perwira, berjuang ketitisan darah terakhir, bangsa melayu juga terkenal dengan perang saudara, busuk hati sesama melayu, dengki sesama melayu, begaduh sesama melayu dan sehingga ke hari ini..TAPI KENAPA BANGSA MELAYU LEMAH DENGAN BANGSA CINA, INDIA DI MALAYSIA...fikirkan... PROTES?...FIKIR JAP...SIAPA PEGANG EKONOMI?..MELAYU KE CINA?...SIAPA PEMBORONG SAYUR, MAKANAN?...CINA.. SIAPA PEDAGANG MINYAK DIDUNIA?...BUSH...SIAPA YANG BEKALKAN PADA BUSH...NEGARA ARAB...PENING2..SEMUA NI POLITIK HAPRAK...BAIK UMNO, PAS, PKR, DAP..BULLSHIT..IKUTLAH 2 PERKARA...SUNAHKU DAN QURAN...BUKAN IKUT PAKLAH, BUKAN IKUT ANUAR, BUKAN IKUT LIM GUAN ENG, IKUT AKAL DIBERIKAN ALLAH. PROTES SAMPAI TUA TAKKAN HABIS SAUDARA KU..LEPAS NI DSAI JADI PM..AKAN ADA PROTES JUGA, LIM GUAN ENG JADI PM, AKAN ADE PROTES JUGA,ADA REFORMASI JUGA, ADA RUSUHAN JUGA.. YANG PENTING..KITA REFORMASI BANGSA MELAYU DEMI BANGSA MELAYU YANG JAUH KETINGGALAN. BUKA MATA LUAS-LUAS..TENGOK APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA?...PERAK DAN SLGOR DPAT KAT PEMBANGKANG, ALHAMDULILLAH...TAPI KAT PERAK..KENAPA PAS DAPAT 1 KERUSI JER?...BULLSHIT ARR..DAP BYK?...NI KE ADIL?? TERANG2 KEPUTUSAN MAJORITI CINA @ DAP MENANG...SAMA LE DENGAN SLGOR...NI LE DINAMAKAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...JANGAN JADI BODOH...KALO NAK ROMBAK PENTADBIRAN, BUANG RASUAH, BUANG PEMIMPIN CORRUPT, AKU SOKONG, TAPI KUASA DAN MAJORITI MELAYU KEKALKAN LER..TU PUN TAKKAN X LEH FIKIR..AKU DAH NAIK GERAM..BIAR PKR ATAU PAS BOLOT SEMUA TAPI MAJORITI MELAYU LEBIH LE DARI CINA DAN INDIA SEBAB KITA NI TUANRUMAH...TOLEH KANAN TOLEH KIRI, PANDANG DEPAN PANDANG BELAKANG, FIKIR SEJENAK...KALO DAH US, DAN BEBERAPA NEGARA BARAT PUJAAN KITA PUN TAK DAPAT KEKANG HARGA MINYAK..INIKAN KITA?.. MAJLIS PEGUAM?...TU SEMUA INDIA KARUT...DAH MULA TUNJUK BELANG, SENTUH KUASA SULTAN DAN MELAYU...BULLSHIT...TANGGUNGJAWAB AKU MENGINGATKAN BANGSA MELAYU DH. TEPULANG KAT KORANG...MACAM AKU CAKAP TADI..PKR KE PAS KE..X KISAH..ASALKAN KUASA MELAYU DALAM NEGERI TU MAJORITI BUKAN MCM PERAK DAN SLGOR..PAS DAN PKR CUMA BONEKA..YANG BERKUASA SEBENARNYA DAP@CINA..JANGAN BERDEBAT IKUT EMOSI..TGK JAP..BETUL KE TAK AKU CAKAP NI...YANG PENTING..GO TO HELL PADA PEMIMPIN YANG CORRUPT BAIK DALAM BN, PAS, PKR DAN DAP..IDOP PEMIMPIN SEJATI YANG MENJAGA NEGARA TANPA MENYENTUH HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DAN KUASA MELAYU...

Post a Comment