Polis Mengganas Lagi: Ahli Parlimen Di Belasah(Updated With Video)

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

cheras mahkota conflict 080508 water canon 02Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.

cheras mahkota conflict 080508 tear gas 03Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.

Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.

Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.

cheras mahkota conflict 080508 lim li yiing distroy machine 02Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).

'Saya disembur, dipukul'

Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.

Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.

Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

cheras mahkota conflict 080508 lim lip eng arrested"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.

Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.

Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.

Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.

Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.


Video:


kredit to: Malaysiakini

www.apasaje.com

22 comments:

PanasBaran said...

sial punye polis!! gampanggg!!!
polis gilerrrr..
g mampos ko aku bom polis nanti..
siall!!

AnakMudaParlimenBatu said...

Kenapa begitu rakus sekali pihak berkuasa selesaikan masalah di atas .... Tidak takutkan akan pembelasan dari Allah .... ku pohon agar insaf la jgn ada lagi kekejaman sebegini ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

Notebook said...

Salah satu lagi contoh polis yg baik ialah musa hassan..dia sanggup angkat tilam...tak sombong langsung!!! Merendah diri...tak seperti polis2 yg lain...mcm rahim noor asyik tukbuk org jer.

Kerana rendah diri musa hassan itulah yg menyebabkan mahathir tertarik hati lalu menaikkan pangkat spt sekarang ni. Dia selalu beri 'air meriam percuma' bila rakyat berdemo secara aman. Mcm kat sunway lagoon pulak!

Kerana sifat belas kasihan musa hassan..sanggup dilepaskan samseng2 yg telah ditangkap tanpa bayaran apa2 pun...krn samseng2 tu tak ngaku pun membayar utk dibebaskan!!!!

Musa Hassan...contoh sikap teladan polis terpuji sejak merdeka.......

hajibasiron said...

saya fikir grand saga tiada hak untuk meletak penghadang jalan.tapi dia hanya berhak mengenakan tol.mengapa kerajaan membiarkan saja benda ni berlaku.sepatutnya kerajaan menyuruh grand saga membuka laluan dan membina pondok tol untuk penduduk bandar mahkota.grand saga yg salah kerana membina pondok tol ditempat lain, kalau itu yg menyebabkan mereka rugi.

mohdnoorawang said...

syabas sdr yb lim lip eng dan exco ean yong hian wah bersama rakyat dalam protes dan membuka jlan BMC. kedua dua yb memang hebat dan berjiwa rakyat .

sanggup mandi air polis "jahat" dn gas pemedih mata , itulah tugas polis malaysia , cuba buat huruhara konon orang awam mula. kita lali dan amat tahu "modesoperandi" apakandaya kita timun polis durian siam. Kamu pencen nanti barulah tahu pangkat tiada uniform tiada . tapi ada juga polis baik payah jumpa pulak.

bukitubi said...

saya penduduk BMC yang turut merasa keoedihan gas pemedih mata polis yang akalnya sedikit kurang pada malam semalam. Betapa zalimnya polis malam tersebut dengan menembak air gatal dan gas pemedih mata kearah penduduk rakyat malaysia yang berbilang kaum tak kira usia bersatu hati menuntut hak keselesaan sebagai rakyat malaysia. Yang dikesalkan ialah sikap pihak kerajaan yang hanya menyalahkan penduduk tampa mengambil kira masalah penduduk yang tertindas.

Kepada YB pakatan rakyat khususnya dari Keadilan dan Pas lebihkan usaha anda membantu kami tunjukkan keperihatinan anda. kami penduduk BMC sudah dua malam menyinsing lengan untuk meruntuhkan tembok yang dibina oleh Gran Saga. Turunlah lebih kerap sebagai tanda sokongan anda terhadap kami. kami tidak meminta wang ringgit tetapi sekadar sokongan sudah mendai bagi kami untuk terus berjuang menuntut hak kami.

Kami hanya menuntut hak untuk membuka jalan kami secara sah ke Lebuhraya tampa membayar tol dan jarak perjalanan yang dekat tampa kesesakan. Tampa sesen pun duit Grand Saga digunakan untuk membina jalan ini tetapi semuaya duit pembeli rumah BMC. kami akan terus berjuang sehingga jalan ini dibuka dengan sah.

hamzahsinwan said...

Itu lah selagi BN ada kuasa selagi itu rakyat akan jadi mangsa dengan berbagai muslihat digunakan untuk mengkayakan suku sakat dia. Semua agensi kerajaan di gunakan untuk meghalang hasrat rakyat. Rakyat akan ditekan dengan menggunakan polis, peguam negara dan lain-lain agensi. Kita mahu mereka yang mengganas dan zalim terhadap rakyat sedar bahawa kuasa yang ada pada mereka hanya lah sementara sahaja. Ingatlah Allah boleh mencabut kuasa termasuk nyawa mereka pada bila-bila masa. Pada masa itu segala keangkuhan serta kebesaran dunia mereka tiada gunanya lagi. Ayuh semua rakyat kita terus gerakkan perpaduan kita menentang kezaliman BN. Berilah kerjasama kita terhadap kerajaan rakyat PR.

Iraman said...

Baru saja kerajaan cakap nak kaji bayaran tol tapi yang ini nak paksa rakyat guna jalan ada tol. adakah syarikat tol lebih berkuasa dari kerajaan sehingga boleh tutup jalan untuk kemudahan rakyat sesuka hati. BN nak tolong rakyat atau nak cekik darah rakyat. Mengapa syarikat tol begitu kebal hinggakan pihak polis pun dipihak mereka.

dee_mgtdewa said...

Kalau ada sesiapa pernah ke Bangkok Thailand, akan dapat lihat macam mana jalan Tol depa. Mura h! Dan yang kerajaan BN patut contohi ialah depa tak tutup jalan biasa tak bertol. Rakyat ada pilihan.. Awat yang ni BN tak mau bandingkan dengan negara jiran. Buat malu.. PM islam tapi hati macam... ..xx... aahh tak guna cakap!

zulput said...

SELAGI ADA BN DIBUMI MSIA NI,SELAGI ITULAH KEZALIMAN AKAN TETAP BERLAKU,SYABAS PADA PENGUNDI BN PADA PRU YG LEPAS

Truckster said...

BN tidak belajar dari kesilapan......inilah tanda2 mereka akan tersungkur tidak lama lagi....Takbir!! Reformasi!! Makkal Sakti!!

SekutKring said...

7hb aku berada di BMC dari jam 5 hingga jam 7. Masa tu Rejim Merah sudah lama sampai. Balik ke rumah dapat berita, GS berjaya bina penghadang. Pukul 10.30 keluar semula ke sana, penghadang sudah hancur berkecai.
Tadi, 9hb jam 10.30 malam aku ke BMC lagi. Masih ramai berkumpul dengan lilin ditangan. Ingin mencari keadilan.

Aku rasa kita tak perlu lagi mengikut undang2 ciptaan manusia yg berkepentingan saja. Biarlah rakyat BMC yg menentukan.

Kalau boleh jangan tembok tersebut perlu kita runtuhkan tapi plaza tol 90sen perlu kita hancurkan.

hynopsis said...

tak habis perangai SB (Siput Babi) ni ye!!! mcm citer undercover brother laa plak!!! Babi punye siput!!!!!!!!!!!!!!

Truckster said...

Takbir!!! Reformasi!! Makkal Sakhti!!!!

MaT BoZz said...

Macam harammmm....isk2 anjing2 ni xabis-abis...kalo gua ada kat sana gua yang belasah Polis tu..heh!!

pacino said...

polis nie ngan PR dia berani la tp klu puak pcacai umNO bDEMO polis siap senyum lg....

apa la nk jadi ngan malaysia nie...

merdeka said...

ASLMLKM,
Saya masih percaya masih ramai polis yang baik. Cuma seko dua ja yang besar kepala. Yang lain cuma pak turut je. Yang dalangnya orang politik yang punya kepentingan business.
Kalau tak de polis masalah besar kita. Banyak member saya dari luar negeri yang datang kesini rasa lebih baik banyak polis atau takrifnya ada unsur negeri polis 'polis state' dari 'criminal state' atau negeri penyangak. Saya sakit jiwa bila keluar negara macam Indonesia atau Thailand maupun India. Terang terang minta duit, cakap banyak kalu....
Apapun banyak perkara kena improve dalam Polis kita.
Syabas pada yang jujur.

blueGuilty said...

salam sejahtera,semua...
FREE E-BOOKS PROMOTION..
Just go to the link below,then register the form.. lastly,u could download limited to 200+ e-Books.
http://www.smartebooklibrary.com/blueguilty100 [www.smartebooklibrary.com]
* after login,for download over 400+ e-Books,please type VIP Authorized Code: QFR26X-THK5-EQ7
REMEMBER,ALL E-BOOKS ARE FREE FOR US... please share this to your friends.. to get the benefits together.. TQ...
those who has any problem,please refer me,k..
sambil-sambil kita kongsi ilmu,sambil-sambil kita blh cari duit juga... insya Allah,tak ada tipu mahupun bohong..

Truckster said...

anda boleh ke blog saya untuk menonton video keganasan anjing2 FRU: http://www.apasaje.com/

atau sini ada jugak: http://video-politik.blogspot.com/

camry said...

Berdosa besar menghalang/merintangi jalan daripada ia dapat digunakan oleh orang ramai

anaianai said...

Begitulah tindakan mereka kepada rakyat Malaysia. Kuasa yang ada bukan kuasa mutlak pun, hanya dipinjamkan sahaja. Kalau ada akal, gunakanlah sebaik mungkin untuk menangani masalah dengan cara yang bijak.

Signal yang diberikan oleh rakyat dalam PRU12 nampak gayanya tidak sampai kepada mereka sehinggakan mereka sentiasa menggangap mereka ini adalah makhluk 'superior', dibacking oleh kerajaan pusat. Kenapa di Pulau Pinang baru-baru ini tidak disembur dengan gas pemedih mata? Takkan Ketua Polis Kajang tak tau apa anak buah dia buat. Kalau nak buat pekak, tengoklah gambar kat atas tu.

Tidak hairanlah, puak ini apabila mereka pencen kelak menjadi kera sumbang dikalangan masyarakat. Allah maha Adil akan mengajar mereka didunia lagi. Yang rajin belasah orang bila dah pencen kena 'stroke', tangan kaki pun lumpuh. Korang pun boleh tengok sendiri muka yang buat aniaya orang ni, tak jernih langsung.

Aiwan said...

orang UMNO pasti ketawa sambil tergolek-golek tetapi apakah mereka masih ketawa jika anak-anak mereka diperlakukan seperti MP itu ? lihatlah betapa taksubnya orang UMNO menyokong BN walau betapa zalimnya perbuatan BN.

Sebenarnya bersatu di dalam Islam itulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang melayu kerana manfaatnya dari dunia hingga akhirat tetapi masalah dalaman umat Islam perlu diselesaikan dulu untuk mengeratkan persatuan !

Apakah masalah umat Islam di Malaysia ini ?

1) umat Islam terbahagi kepada beberapa fahaman iaitu wahabi,ahlussunnah dan mungkin juga lain-lain fahaman yang tidak begitu menonjol.

ahlussunnah adalah fahaman majoriti umat islam di Malaysia maka semua undang-undang syariah di setiap negeri hendaklah mengikut fahaman ahlussunnah untuk mengelakkan perpecahan.sekiranya ada umat islam menganut fahaman yang lain ( wahabi,syiah dan lain-lain ) hanya mengamalkan untuk diri sendiri sahaja selama ia tidak masuk campur dalam fahaman ahlussunah atau memecah belahkan ahlussunnah.

kerajaan malaysia sepatutnya hanya melantik pegawai hal ehwal Islam yang berfahaman ahlussunah atau mahu menjalankan hukum Islam berdasarkan ahlussunah untuk kebaikan seluruh umat Islam supaya jangan sampai berpecah belah dalam hukum syariah.

tapi bolehkah orang Islam yang beraliran khawarij seperti fahaman syiah,wahabi bertolak ansur kepada orang yang beraliran ahlussunah ?

2) Kerajaan Sekuler Malaysia

hukum-hukum Islam terpaksa ditafsir mengikut selera kerajaan sekuler malaysia ( BN ). BN yang diterajui oleh UMNO akan bertindak ala Khawarij apabila menjadi pembangkang dan terserlah sekulernya apabila menjadi pemerintah, lalu bagaimana hukum Islam dapat berdiri di atas paksinya yang sebenar ?


wahai para pejuang Islam sejati ! terus mara ke hadapan untuk menegakkan pemerintahan Islam walaupun orang kafir, munafik dan fasik tidak suka.walaupun mereka ada tinta sebanyak 7 lautan untuk memfitnah pejuang Islam namun kehinaan pasti menimpa mereka dari dunia hingga ke akhirat ! Takbir!!!!

Dengarlah apa yang Ustaz Dr. Badrul Amin katakan berkenaan IFC di youtube, UMNO telah pun merestui IFC

http://www.youtube.com/watch?v=dNd9lGyoA3k&feature=related [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com]

http://www.youtube.com/watch?v=qPeqkbiBO4E&feature=related [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com]


Sedarlah wahai umat Islam ! BUKANKAH UMNO ITU ADALAH PEMERINTAH YANG ZALIM DAN MENDOKONG ALIRAN KHAWARIJ ( WAHABI) ?

CUBA BACA ARTIKEL INI,


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=9803#51611 [null] [null]


JIKA LINK ARTIKEL ITU TIDAK BERFUNGSI KERANA TELAH DIKUNCI OLEH MOD MAKA SAYA MASIH ADA SALINAN ARTIKEL BERKENAAN.SAYA AKAN BERI KEPADA YANG BERMINAT.TERIMA KASIH.