Amy Search: Dari Konsert Rock ke Pusat Tahfiz.

|

Percayakah anda?Berita ni actually dah lama(4April 08). Amy Search, rocker terkenal seluruh nusantara itu mahu menubuhkan Pusat Tahfiz Al-Quran bernilai RM3juta? di Kampung halamannya, Johor Bharu. Tetapi itulah realitinya, dimana Amy sendiri menunjukkan pelan bangunan Maahad Tahfiz itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, semasa menghadiri majlis perasmian Restoran Cheng Ho (Restoran Makanan Cina Islam), di Wangsa Maju baru-baru ini.

Bagi memastkan ianya menjadi kenyataan, Amy Search telah memberikan penerangan sepintas lalu kepada Tok Guru, berkenaan perancangannya itu. “Mana Mesjidnya?” Tanya Tok Guru. “Ini Pelannya Tok Guru…” Sambil memberikan penerangan lebih detail berkenaan pelan dan reka bentuk melalui yayasan yang akan ditubuhkannya itu.

Setelah melihatnya Tok Guru Nik Aziz membaca doa, moga-moga cita-cita Amy untuk berhijrah berjaya dan diberkati.

Amy Search mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu, setelah berjaya melalui samannya kepada sebuah Syarikat Penerbitan. Selepas itu imej Amy dilihat semakin berubah, bermula dengan membotakkan rambut rockersnya, seterusnya pulang ke tanah air dan merakam lagu berunsur dakwah bersama kumpulan Rabbani, disamping itu beliau juga membuka sebuah Restoran Makanan Cina Islam Cheng Ho. Tahniah diucapkan kepada Amy Search.

Diharap usaha murni seperti ini dapat diikuti oleh artis lain contohnya Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K yang khabarnya baru menduduki rumah yang bernilai RM7juta…??

0 comments:

Post a Comment