Warkah Darah Buat Pak Lah

Credits To: Malaysia-today

Apabila orang Sabah (terutama yang beragama pagan) telah menggunakan darah sebagai tanda protes bermakna nyawa merekalah yang menjadi pertaruhannya. Maka jangan sampai Spirit of Borneo menjadi tragedi. Jangan sampai ‘Head Hunter’s spirit’ menghantui Pak Lah kerana tindakan tidak endahnya selama ini, menganiaya dan tidak menghiraukan rakyat bawahan yang tertindas. Mereka bangkit bersatu menyuarakan hak dan keadilan di Daerah Kunak Panas berkenaan tanah mereka dirampas!


Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.

Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat dan beratus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan hak mereka sebagai warganegara.Menurut Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas harta melainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang boleh merampas hak melainkan melalui pampasan.Namun, Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampas tanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan geran kepadaSKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkan Setiausaha Hasil Bumi.

Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.

Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di Bumi Sabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat mereka yang berbunyi, "Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantang menyerah.""Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham dan menyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara," ujar Yabi Mositoh @ Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lah sebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today dan akan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawa rakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampas disebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah.

8 comments:

afham said...

otai mamat nie.. :D

Truckster said...

yeahhh memang seramm...jangan lepas ni hantar tengkorak head hunter dah laaa....baru xtidur paklah

syamsulariff.com said...

mak air..bedarah2 tu..kang lepas nie hantar tengkorak pulak pastu ukir warkah tu kat tengkorak..seram

Perfumes said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Perfume, I hope you enjoy. The address is http://perfumes-brasil.blogspot.com. A hug.

Anonymous said...

u memang berani..

Anonymous said...

lepas ni ade pulak tulis pakai air kencing. Lepas tu hantar kat Pak Lah.Baru hancing pering satu Malaya. Kah...Kah...Kah...

Anonymous said...

Kan baik hantar taik sendiri kat orang tua tu....

Anonymous said...

wah.. lu memang berani.. wa tabik sama lu...tapi wa.nak kasi ingat sama lu, kalau nak tunjuk berani buat apa pakai darah sendiri...kan lebih baik lu antar lu punya darah kat hospital(derma darah)...X membazir.