Penulisan di bawah ini adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku "Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan" hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia...Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa. Untuk versi penuh anda boleh download disini: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.
Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?
Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV (baca media propaganda) memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan? Apa yang kita dapat dgn propaganda murahan ini?tidak dinafikan rakyat terus menerus diperbodohkan dan dilenakan oleh media propaganda yang ditaja oleh pemimpin tertentu(baca menteri), yang paling menghairankan ada yang terpengaruh.
Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam...
regards,
Pejuang Muda
::Bloggers United::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


9 comments:
Pelik juga kan kenapa kita jatuh dari segi ekonomi? Resources kita kat Malaysia ni byk dibazirkan sebab management yg tak bagus!
menarik2 updatekan part 2 secepat mungkin
aku harap akan muncul seseorg yg akan selamatkn kite semua.sambil2 tuh same2 kite usaha betulkn ape yg songsang tuh.selamatkn tanah air kite!!!!
herm.. best la baca.. ni kene pass kat kwn syia yg major economics ni
ya2 Syia nantikan part 2
erm.. alangkah baik jika malaysia bebas dari rasuah.
Tajuk dan fakta ni memang menarik. Tapi aku rase kalu setup kan forum yang mane ahli2 panel bebas terdiri dpd pakar2 ekonomi dari luar dan dlm negeri (yg bukan pro goverment @ pembangkang)dan buat di tempat yg terbuka supaya rakyat Malaysia ni lebih memahami apa yg sebenarnye terjadi.
p/s bagi saye dgn pendapatan negara ini yg kaya dgn sumber asli. Rakyat Malaysia lebih berhak menikmati kualiti hidup yg lebih tinggi. Bukan terpaksa merempat atau menanggung beban sara hidup yg semakin tak munasabah dek akal... Lu pikir le sendiri
mana pg negara brunei?
tak ada rasuah langsung ke?
wow..pinjam duit china wat jambatan..dasyat~
saya rasa satu idea yang bagus jugak dari kasiyamamoto....
Post a Comment