Eksklusif AIC @ Black 14

Jika semangat menjadi ukuran, tiada yang mampu menandingi sentimen anak muda di Anwar Ibrahim Club (AIC) menjelang Black 14 – ulangtahun gelita politik tanahair.Jika sebelum ia disambut dengan renungan dan kesedihan, namun Black 14 kali ini memberi makna yang berbeza. Detik 12 malam 14 April 2008 membuka lebaran baru dengan pemimpin reformasi Anwar Ibrahim melangkah semula ke arena politik secara sah – menandakan bermula fajar baru politik Malaysia.

Bagi kami di AIC, persiapan menuju Black 14 telah bermula seminggu lebih awal. 24 jam sebelum tarikh keramat itu, konvoi-konvoi AIC dari serata negeri di Semenanjung akan mula bergerak menuju Kampung Baru. Dalam masa kurang dari 48 jam, lebih 8,000 risalah dicetak dan diedar di sekitar kawasan tumpuan anak muda sekitar Kuala Lumpur dan institut pengajian tinggi. Juga, tiga ribu pelekat AIC turut dicetak dan akan diedar kepada orang ramai.

Banner digantung malam sebelum Black 14.

Dengan tenaga kerja yang kecil, ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan AIC, ribuan Terima kasih kepada Presiden AIC (Syukri aka MatKeri), Naib Presiden(Marini), Bendahari (Darren Tan) dan Setiausaha(Hafizh) kerana bergitu dedikasi bertungkus-lumus memastikan program AIC malam itu berjalan lancar. Dengan pertolongan AMK(Angkatan Muda Keadilan), Perhatian diberi khusus kepada projek menaikkan sepanduk sokongan di kawasan sekitar menuju lokasi sambutan Black 14, selain dari itu kumpulan-kumpulan kecil AIC menyumbang tenaga menampal 500 poster khas bagi menyambut kehadiran warga KL dan peserta-peserta majlis tersebut.

Booth kami@black14 semua barangan AIC sold out.

Pada malam perhimpunan Black 14 juga AIC membuka booth di dalam kawasan Kelab Sultan Sulaiman bagi memperkenalkan lagi AIC kepada masyarakat, di samping menjual cenderamata-cenderamata kelab seperti Sticker AIC, Sticker Kereta dan T-Shirt. Pada malam itu juga kami mengadakan kutipan derma untuk menampung dana aktiviti kelab pada masa hadapan, banyak lagi aktiviti yang bakal diadakan. Terima Kasih diucapkan kepada yang sudi menderma dan menyokong perjuangan kami, tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India.


Bergambar dengan DSAI dan Datin Seri selepas Press Conference

Kandid setelah selesai perhimpunan.

Sesi Lepak-lepak, Minum-minum dan makan-makan, Kedai Wak Nasi Lemak

Jika Umno benar-benar yakin anak muda bersama mereka di belakang putera dan puteri, realiti anak muda AIC menyanggah kenyataan tersebut dan akan mengubah persepsi mereka kepada politik tanah air, bermula Black 14 2008 mara dan terus mara. REFORMASI!! TAKBIR!! MAKKAL SAKTHI...!!

psst: gambar credits to Niccotynne & Fareez

9 comments:

Anonymous said...

gambar last tu terbalik ek?

Truckster said...

hahaha ye la kot mana tau??

VideoReformasi said...

mmg terbalik pon..aku tgok nama AIC dah jadi CIA tu..hahaha

nadia yuna said...

i love them!

hidup dsai!

uhuhu..

sksee said...

More politics. No comments about Malaysia's politic.

Nice blog by the way and nice AIC t-shirt too!

Truckster said...

salam dari Bloggers United ntuk suma

niccotynne said...

dude,gamba last tu terbalik la..
huhu..
anyway,black 14 aritu memang rawks abis ~!
haha..
tak sia sia perjalanan kita dari perak ke kl..
tanxx dude coz sudi teman kan aku aritu..
huhu

Anonymous said...

isyk3..ini la yg aku pling bimbangkn..bdak2 muda remaja pndang DSAI sbgai pejuang rakyat(ape la)..
korg smua disogokkn dgn kate2 mnis DSAI jer..

inilah yg barat n yahudi nk..pcah blahkn org malaysia terutama melayu..terlampau lemah mentaliti umat malaysia(melayu la terutamanyer)..

ermm,,ptut la di klgn negara asean,,malaysia yg pling byk kali dijajah..
sbb??
sbb melayu terlampau mudah prcaye..lmah sgguh!!

sy sbg pncinta bngsa melayu hrp golongan2 remaja jgn mudah trpedaya dgn DSAI..
fyi,,DSAI ini la tali barut YAHUDI
sy disini sbgai neutral..bkn UMNO, bkn PAS atau ape2..
KHAIRY jga anak buah DSAI..msuh dlm slimut UMNO

insafla..jgn smpai negara,bangsa tergadai..

SAYANGI LA BANGSA MELAYU..

Truckster said...

saya ingin komen kenyataan anonymous...saya dan kami sebenarnya sudah muak dan hampir termuntah dengan kenyataan yg mengatakan DSAI adalah ejen yahudi..dimana bukti anda menuduh DSAI sebagai ejen yahudi??? tidak cukupkah lagi fitnah golongan anda yg menuduh DSAI adalah kaki liwat?????

anda hanya mendengar fitnah desperado dari UMNO-BN yg mudah memfitnah tetapi tidak paparkan bukti??adakah dengan hanya berkawan dengan seorang yahudi anda kata dia adalah ejen Israel??

bagaimana pula dengan dakwaaan yg telah dibuktikan bahawa Tun M pada satu masa sebelum berundur telah mengupah Jack Abramov untuk melobi berjumpa dgn presiden Bush??adakah ini juga anda dakwa sebahgai ejen yahudi..

anda perlu ingat ejen yahudi hanyalah satu retorik murahan pihak umno-bn untuk memburukkan imej DSAI...dah tiada modal lain?? kalo ada saya cabar anda untuk membuktikan kepada kami dimana korupsi atau kronisma atau penyalahgunaan kuasa yg dilakukan DSAI sepanjang dia menjadi pemimpin suatu masa dulu...buktikan kepada saya...jangan hanya tahu menuduh dan menabur fitnah...kalo anda Islam anda pasti tahu apa akibatnya kan FITNAH???


psst: actually penggunaan nama anonymous adalah tidak perlu diapproved atau dilayan dalam dunia bloggers