Analisis Ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama anda boleh ikuti disini. Penulisan di bawah adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku "Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan" hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia...Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa.
Bahagian ini saya akan menganalisis mengenai "penyalahgunaan" Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang pada matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi dengan rakusnya oleh pihak-pihak pemimpin yang mempunyai kuasa(Baca Menteri). Kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah kepada bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar.
Walaubagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Keadaan Semakin parah, apabila membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Ini bukan hanya tuduhan retorik, ianya adalah fakta yg jelas terbukti.
Prosedur tender penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera. Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok pemimpin tertentu.
Akibatnya ialah peningkatan bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos minyak(dikaburkan oleh pemimpin sebagai kesan kenaikan harga dunia), elektrik, air dan tol jalan yang meningkat. Yang dikira keterlaluan adalah apabila anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 % buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah. Sebaik bantahan atau demonstrasi dibangkitkan untuk menentang, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada Syarikat2 yang mewakili kepentingan mereka. Rakyat dihina, dipukul, diperlakukan seperti anjing oleh Polis2 yang diperkudakan mereka. Inikah keadilan DEB yang diretorikkan oleh kerajaan sebagai menjamin hak bersama??Kita tidak hairan dan tidak boleh menyalahkan jika kaum Cina & India mempersoalkan DEB??
Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu, adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan,Malaysia berada pada 0.47.
Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang dahsyat di Malaysia adalah kedua paling terburuk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe. Hakikat Ini amat mengejutkan?? berbeza dengan retorik murahan pihak kerajaan melalui Media Propaganda menyatakan ekonomi semakin mengukuh dengan indeks BSKL paling tinggi dlm sejarah pernah dicatatkan, Ringgit yang semakin kukuh berbanding Dollar Amerika, sebagai penambah perisa rakyat terus dilenakan apabila projek2 mega diumumkan NCER, ECER, dan Wilayah Iskandar. Mengambarkan kita semakin menghampiri negara maju lain menjelang 2020.
Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat pelbagai kaum. Apa yang harus dimusykilkan dan diberi pertanyaan besar ialah kerana masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat(baca DEB), berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah dan mempersoalkan kerana menganggap mereka didiskriminasikan oleh dasar DEB. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil mereka yang rakus mempunyai kuasa dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab dan meragukan??
psst: Analisis Ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama anda boleh ikuti disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


10 comments:
Salam hormat,
Pertama saya ambil analisis ini untuk disebarkan, tetapi sumber pertama yang saya perolehi ialah dari Trangnukite online.
kedua, mohon saling tukar link. saya dah letak link tuan di blog saya.
http://edyesdotcom.blogspot.com
terima kasih
TQ
RAKYAT YANG BERTAKWA AKAN DIKURNIAKAN PEMIMPIN YANG ADIL. RAKYAT YANG ENGKAR PERINTAH ALLAH AKAN DIBERI PEMIMPIN YANG TAMAK, ZALIM, DAN JAHAT SEBAGAI HUKUMAN KEPADA RAKYAT YANG ENGKAR TADI. UNTUK ITU MARI KITA BERUSAHA MEMBINA MASYARAKAT YANG BERTAKWA SUPAYA ALLAH AKAN KURNIAKAN KITA PEMIMPIN YANG IKHLAS DAN PENGASIH.
Hidup Pakatan RAKYAT.....!
Hidup Pakatan RAKYAT.....!
Hidup Pakatan RAKYAT.....!
Hidup Pakatan RAKYAT.....!
Hidup Pakatan RAKYAT.....!
Kezaliman pemerintah bukan sahaja dilihat dari aspek tindakan yang diambil dalam memenjarakan pesalah tanpa bicara (ISA) tapi juga dalam melaksanakan dasar pembangunan untuk dirasai oleh semua golongan masyarakat. Adakalanya mata pemerintah dikaburkan oleh dasar kronisme dan mengenyangkan puak sendiri. Perlu sekali dasar yang adil,telus dan menyakinkan semua golongan masyarakat.
Terima Kasih kerna membaca entri blog saya....
Terjemahan ayat:"allah taala tidak akan mengubah sesuatu bangsa itu sekira mereka tidak mengubah diri mereka sendiri...."
seperti mana yg kita lihat sekarang nie rakyat pon dah pandai memilih untuk menerima perubahan.Perubahan dari segi pemerintahan dari yg baik kepada yg lebih baik lagi untuk kesejahteraan masyarakat di malaysia lebih2 lagi kepada kesucian islam (bukan islam hadari)itu sendiri.
Terjemahan ayat:"dan jangan campakkan tangan2 kamu kepada kebinasaan....."
sekiranya kita tahu bahawa pemerintahan kerajaan sekarang nie banyak membawa lebih kepada keburukan janganlah kita semata2 mengikut telunjuk mereka.Kita telah dikurniakan akal dan fikiran yg waras untuk menilai yg mana terlebih baik untuk kita.
Yg baik itu dtg dari Allah,kekurangan itu dari kita sendiri...wassalam
okeh terima kasih...Edi blog anda juga menarik..nanti saya letakkan link di blogroll saya...
terima kasih kembali...
jom sokong RPK !
Aku tag ko la...
DEB pada dasarnya memang bagus. Tapi perlaksanaannya memang teruk. Harta negara dibahagikan sesama kroni, anak dan menantu ikut suka hati. Macam mak bapak mereka punya!
Aku rakyat Malaysia, ada hak terhadap harta negara dan aku tak halal dunia akhirat hak aku diperlakukan semacam itu. Aku tunggu mereka di padang mahsyar untuk perhitungan depan Allah nanti!
Post a Comment