Suasana Politik, Pemikiran Matang berkenaan politik dan unsur-unsur islamik dlm politik jelas membezakan Negeri Kelahiran aku ini dengan negeri-negeri lain di semenanjung khasnya negeri2 di sebelah selatan
Di Kota Bharu perarakan anak muda dengan bendera & poster bersemangat kental mendominasi pemandangan, dengar cerita ditahan polis dan merinkuk dlm lokap selama beberapa jam…heh!! tak kisahlah yang penting semangat Orang Muda mesti kuat dan kental..Di Bachok(kawasan Bakal Menteri Besar) khabarnya wang di tabur bagai tiada batasan, puteri UMNO juga menjelajah dari rumah ke rumah ntuk melakukan sogokan dan juga modal lama pembangunan, Di kg aku juga bergitu, jiran sebelah khabarnya menerima RM50, diberikan setiap rumah yg dijelajah mereka.Hurrmmmm RM50?? Inikah maruah Orang Melayu kampong? Ingatlah bahawa target utama pemimpin tertinggi mereka adalah RM500 setiap keluarga di Kelantan jika anda menerima RM50 shja??RM450 lagi senang2 berada di dlm tangan ketua puteri umno tersebut…owhhh sungguh keji permainan mereka ini.
Banner sebagai jawapan kepada kempen BN "18 Tahun Pade Doh" yg dilancarkan Pemuda BNPada sebelah malam sebelum hari pengundian kami menyiapkan “pos panas”/pos berhampiran dengan tempat pengundian. Tepat pukul 12 malam sebarang aktiviti kempen tidak dibenarkan sama sekali, para petugas sentiasa alert dan berjaga2 untuk menepis segala permainan kotor dari pihak lawan, pada sebelumya Rahim & Jemi sempat mengejar dan mengambil gambar 2 orang luar dengan bungkusan di dalam kereta, dikhuatiri ianya duit. Report terus dilakukan di Balai Polis berserta bukti. Selepas 12 malam ada juga tanda2 rasuah, kelihatan
Pesta di pos utama jugak betul-betul meriah 2 ekor lembu ditumbangkan iras2 mahu menyambut hari raya..Dengarnya di sebelah
Pada hari pengundian aku ditugaskan mengambil & membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Telkong & memberi penerangan mengenai cara memangkah. Owhhh ada SMS dari Din dan Abng Ngah:
"Tok Guru Nik Aziz minta semua baca: La Ilaha Illla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazolimin. Baca sebanyak mungkin mulai skrng hingga selesai mengundi. Sebarkan!!"
Niat sebelum turun mengundi:
"Sahaja aku tolak UMNO-BN kerana hendak ke BULAN dgn menaiki ROKET demi KEADILAN"
"Seekor Lembu kini paling murah berharga Rm2800, seekor kambing paling murah RM300. seoran Manusia kini berharga RM200 shj. Malunya kta kpd lembu & Kambing"Merupakan celaan sinis kepada melayu yang mudah dibeli dgn RM200 shaja..inikah maruah mereka??SMS ini sememangnya menaikkan semangat pejuang muda seperti aku.
Hari mengundi berjalan seperti biasa, para petugas bergitu peka dgn unsur2 undi hantu, sentiasa berjaga-jaga dengan penipuan.SMS lagi dari Abg Ngah "Huru hara di Rhu Rendang 4 bas ditahan disyaki pengundi hantu. Anjing FRU menggila seorang ditembak, Anak Tuan Guru Hj Hadi di tahan. Sila alert kpd petugas kita ntuk berjaga-jaga"
"Beberapa orang yg mempunyai lebih 20 IC ditahan di Tanah Merah, sila berjaga2 di kawasan anda.Sebar!!!"
Sudah sah!!! Dengan sandiwara murahan SPR membatalkan penggunaan dakwat beberapa hari yg lalu…PRU kali ini bakal dicemari dengan penipuan lagi, petugas sentiasa berjaga-jaga. Setiap pintu masuk ke pusat pengundia di jaga dengan rapi.
Pada sebelah petang kelihatan 2 orang bakal YB datang melawat di Pusat pengundian, bakal YB dari BN turun berserta dengan Jurugambar Khasnya megambil gambar YB bersalam dan beramah mesra dengan petugas kami(buat masa ini petugas BN hanya tinggal beberapa orang wanita dan 2orang lelaki). Aku fikir inilah yg akan dijaja & dibawa bukti jika orang bertanya apa bukti anda mesra rakyat??owhh sungguh murah sandiwara ini..Aku sempat mengambil gambarnya:
Setelah habis waktu pengundian saat yg paling genting adalah waktu pengiraan, hamper 2 jam pengiraan dilakukan.Keputusan UPU Kg Telkong adalah berpihak kepada PAS di dua saluran iaitu saluran 1(saluran orang tua) dan 3(saluran muda) manakala saluran 2 tewas tipis 9undi..Takbir dilaungkan tanda kemenangan.
Pada sebelah malam kami ke Kuala Krai ntuk mengetahui keputusan penuh PArlimen dan DUN, Syabas akhirnya PAS dan PKR menang 5-0…”semua kita sapu” jerit RAhim…Benar2 mengujakan pejuang muda seperti aku..Dengar cerita rakan2 dari Negeri Perak, Kedah, Selangor dan

1 comments:
xde info ke psal khir toyo bakar document2 kat bangunan kerajaan selangor..sampai FRU jaga baiknye setiap pintu...kat perak xde ke citer mcm tuh
Post a Comment