Pada Pesta Pilihanraya Umum Yang Ke 12 lalu, terdapat banyak SMS Khabar angin, SMS membangkitkan semangat perjuangan , celaan sinis, SMS lucah nakal, SMS lawak, SMS pantun dan jugak syair yang dihantar oleh mereka-mereka yang jelas memeriahkan lagi Pesta PRU12.. Aku jugak tidak terkecuali menerima forward SMS ini. Pelbagai SMS diterima dari sahabat handai/family diluar sana yang kental berjuang untuk menegakkan kebenaran...Okeh kita baca serba sedikit SMS yang aku terima semasa Pesta PRU12 nan lalu:
kredit to Hairi(member opis), sbb kasi pinjam aku Digital Cam..nak take gambor ni.Thanks dude!!
1)Pada pagi hari 8 Mac(hari pengundian) SMS ini dikirim oleh Ali & Din..kawan baik & sepupu aku, Din merupakan Seorang Guru(cisss!! dulu ko ckp pendidikan ni bukan bidang ko?apakes?) di Sekolah Menegah di Segamat Johor:
"Tok Guru Nik Aziz minta semua baca: La Ilaha Illla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazolimin. Baca sebanyak mungkin mulai skrng hingga selesai mengundi. Sebarkan!!"
Niat sebelum turun mengundi:
"Sahaja aku tolak UMNO-BN kerana hendak ke BULAN dgn menaiki ROKET demi KEADILAN"
"Seekor Lembu kini paling murah berharga Rm2800, seekor kambing paling murah RM300. seoran Manusia kini berharga RM200 shj. Malunya kta kpd lembu & Kambing"
Merupakan celaan sinis kepada melayu yang mudah dibeli dgn RM200 shaja..inikah maruah mereka??SMS ini sememangnya menaikkan semangat pejuang muda seperti aku. Tugas aku pada pagi 8 Mac adalah mengangkut pengundi ke Pusat pengundian & memberi penerangan tentang cara untuk memangkah di kertas pengundian(perhatian: tiada rasuah diberikan yeee).
2) Pada sebelah tengahari inbox aku digemparkan dgn SMS dari Abang Ngah mengatakan huru-hara berlaku di Terengganu(DUN Rhu Rendang). Berbunyi:
"Huru hara di Rhu Rendang 4 bas ditahan disyaki pengundi hantu. Anjing FRU menggila seorang ditembak, Anak Tuan Guru Hj Hadi di tahan. Sila alert kpd petugas kita ntuk berjaga-jaga"
"Beberapa orang yg mempunyai lebih 20 IC ditahan di Tanah Merah, sila berjaga2 di kawasan anda.Sebar!!!"
Pada sebelah malam pula SMS dari Angah berbunyi(time ni aku kat dewan pengiraan di Kuala Krai ntuk menyambut kemenangan):
"Penang+Kelate kita pegang, Kedah, Perak On the way"
Sememangnya menaikkan semangat kan??
Kawasan Kg. aku semasa pagi hari mengundi..ntuk photo lain nantikan laporan dari Truckster Adventure Team.
3)Ketika ini aku dan rakan seperjuangan lain berada di Pos ntuk bersorak meraikkan kemenangan, sorakkan paling kuat kedengaran apabila Sammy Vellu diumumkan tewas si Sungai Siput..dan SMS dari Angah lagi:
"Sanz, Khalid Ibrahim menang 2 seat, Dr Lo Lo, Izah Anwar, Samy Vellu mampos di S. Siput, shahrizat di Lembah Pantai"
Ketika ini jugak aku reply ntuk mintak Angah sama2 dgn aku Menge"BOOO" Abg Long(dia ni karat BN)...sbb aku call sebelum tu xdpt2...lastly kitorang dapat sama-sama mengeboo Along.. wakakaka ambik kau padan muka...LOSER!!!!
4) 2 SMS dari Reezwan/Athlonium, member blogger dari Selangor:
"Yup Tahniah...Selangor kita ambik"
"Yeahh Selangor Insyallah Jumaat & Sabtu macam Kelantan keh3"
5)Esoknya inbox aku digegarkan dgn SMS forward dr Angah & pantun lucu dari Daud, Rahim & Din :
SMS Angah: "Kemungkinan Besar Pembangkang Dapat m'bentuk Kjaan. Anwar sedang memujuk pemimpin UMNO ntuk berpaling tadah.Sebarkan!!!"
SMS Daud(Putera UMNO, Ipoh): "Hahahahah.Tahniah beb! Rakyat telah bersuara.Harap2 MB kta dr PAS"
SMS Dari Rahim:"Sesiapa terjumpa seorang rakyat Selangor, rambut putih, mata sepet, berlangak hansem, bngsa jawa, rendah2 sila hubungi balai Polis Berhampiran, kunci pjbt MB ada kat dia"
Merupakan celaan sinis kepada Khir Toyo yg tersungkur dari menjadik MB Selangor.
Dari Din: "panas kusangka hingga ke petang,rupanya hujan dtengah ari,kelantan kusangka mudah dtawan,rupanya ku hilang 5 negeri,sungguh malang nasibku ini,tiada kampung dan tiada negeri,penang negeriku dtawn dap,x tau kemana nk bawa diri,beri peluang kepada khairy,sambil ku tumpu kepada isteri,manalah tau kot dapat baby..."
6) Dan Akhir sekali ayat lawak ni tersebar di Email dan YM aku...hahahaha memang kelakar habis:
1- khir Poyo buat side income jual bedak berasaskan Tempe dan segala macam penyapu...
2- Samy Belu now xde Velue. Jual Wig di Batu Caves & pt time tampal/ turap jalan. Bagaimanapun kemungkinan besar akan pulang ke sg. siput sebagai penternak siput, mungkin siput...entahlah.
3-Koh. s.k. di dapati telah mula menjual buah pala di R&R Juru.
4-Zam tulis memoir ' Mentri pnerangan yg kene trajang'.
5-Kayveas apply kerja di MPAJ 'bagaimanapun tengah menunggu keputusan dari menteri besar Slangor' Dato khalid.
6- Awag Adik jadi praih bras d bachok.
7- Di K. Lumpur Plis sdang berjaga2, takut geng rempit diktuai oleh Azeez buat kacau.
8- Shrizat sedang berehat di tepi lembah pantai sambil memerhatikan pemandangan indah di sana.
Papepun pesta SMS ini sememangnya memeriahkan lagi PRU12. tahniah kepada semua Orang muda, dengan berkat dan kesungguhan kita berjuang tidak kiralah di Blog-blog, menyebarkan manifesto, menyedarkan semua orang kita tidak mempunyai media tetapi berkat kesungguhan dan keikhlasan hati...akhirnya KEBENARAN tetap jugak mengatasi KEBATILAN...rakyat sudah sedar...owh nampaknya SPR juga sudah sedikit telus dan mempunyai akauntabiliti xsia-sia aku menyertai Rally BERSIH 10 Nov dulu: click sini ntuk baca laporan Rally BERSIH
"C'mon Orang Muda!!Majulahhh!! Kita Adalah Masa Depan Negara..Usah Diperbodohkan lagi, Cukup Setakat Atuk, Nenek dan Ibu Bapa Kita..Kini Masa Depan MALAYSIA Mula Tercipta!!!!"
psst: nantikan laporan eksklusif dari Truckster Adventure Team, Perang Poster dari Kg aku Kelantan. Nantikan yaaa!!!!

1 comments:
menarik2 hahaha apsal sepanjang PRU12 aku xpenah dpt pun SMS & YM natang2 nih hahaha...
pasti anda tau jawapannye
Post a Comment