WTF Moment: Nenek Bakal Ke Parlimen...??

Banyak perkara yg membuatkan aku mencarut tak tentu pasal, dalam menjalani hidup ini.Tetapi kejadian horror pagi tadi merupakan “The Greatest WTF Moment Ever!!”, itu jam gua tengah mengusha online-paper kat opis dan gelakkan gua kedengaran mengegar satu opis..ciss!!, damnn!! yg gua betul-betul tak puashatinya kenapa xtahu-menahu pon ada sorang nenek bakal merebut kerusi parlimen semasa hari penamaan calon dulu? shitkan? okeh kita baca skit laporannya….

Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’ menggunakan lambang kunci. Menurutnya, antara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.“Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kain dari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci.

Nenek Maimun Sedang menyebarkan risalah propaganda dan manifesto Parti Kunci yang diwakilinya pada PRU-12 nanti.


Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik,” katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam. Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini. Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan calon ‘bidan terjun’, Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

“Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang,” katanya. Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca. Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.Sementara itu, jirannya, Jusoh Mohd, 56, berkata wanita itu gemar menonton Buletin Utama dan Berita Dunia dan ketika siaran kedua-dua slot itu, beliau akan menguatkan pembesar suara televisyen menyebabkan jiran tetangga tidak perlu memasang televisyen di rumah masing-masing.

Bagaimana pendapat anda wahai rakyat Kuala Terengganu? mahu berwakilkan seorang nenek yang kool untuk menyuarakan masalah anda di Parlimen??...tidak dapat dinafikan ini merupakan WTF moment yang paling letupp....abad ini.



Psst: Gua suspek nenek ni dah dirasuk roh psikopat Ayah Pin lahh...satu hari nanti gua akan usaha nak pegi jumpa makcik ni ntuk mintak restu kahwin ke hape!!...salah satu wishlist gua ni. Hah!! En. Puaka apa lagi ada brani??

2 comments:

Umarzuki said...

haha..memang gilo!

Truckster said...

satu hari nanti gua akan usaha nak berjumpa makcik ni...salah satu wishlist gua ni

Post a Comment