Klip video kretif berikut yang dikeluarkan oleh Y4C (Youth For Change) sebuah organisasi NGO yang aktif, misi utama Y4C adalah menyedarkan golongan muda dan remaja dalam mengharungi hidup di dalam kelompok berbilang bangsa. Keterlibatan golongan muda ini di dalam memahami isu politik adalah merupakan misi utama Y4C.
Bercerita tentang Video klip ini Ia telah dilancarkan semalam(28 feb), bertempat di Auditorium, Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. "Lawak jenaka yang ditonjolkan menggunakan isu-isu politk semasa sebagai bahan cerita. Ia bertujuan untuk menilai pemerintah yang giat berbincang tentang reformasi tapi berakhir dengan slogan sahaja. Lawak jenaka ini juga bertujuan untuk membersihkan sebarang penipuan dan mewujudkan rasa percaya diri," kata Pengerusi Y4C, Lee Khai Loon.
Trivia Menarik: Lee Khai Loon(Pelajar Fakulti Engine. UTM), merupakan aktivis SUARAM sebuah badan NGO bebas dan banyak memberi pengaruh serta menghantui pemikiran MPP pro Kerajaan semasa Pilihanraya Kampus di UTM. Beliau juga pernah dikaitkan dengan Insiden di UPM dulu.
YB vs Bloggers.
Video Ini merupakan celaan sinis kepada Menteri-menteri yang satu ketika bergitu bacul mengkritik para Blogger. Dengan tuduhan yang bodoh dan tidak berasas, mereka sebenarnya gentar dengan suara blogger dan takut dengan pendedahan korupsi, salahguna kuasa, kroni dan apa jenis perkara jelik bisa menjatuhkan maruah Negara yang didedahkan Blogger.
Ubah Gaya Hidup.
merupakan ayat biasa yang dikeluarkan oleh Menteri dan para pemimpin, tol naik?? ubah gaya hidup jgn guna tol, harga Ayam naik?? ubah gaya hidup jgn makan ayam, minyak naik?? ubah gaya hidup guna pengangkutan awam jgn guna minyak..Rakyat bawahan semakin melarat, golongan kaya semakin rakus, itulah realiti kehiduan di Negara kita yang berbilang bangsa ini.
romPak Lah.
Menyedarkan "seseorang" yg tidur, betapa parahnya jika perkara ini berterusan. Bisa mengadai Sebuah Negara.

1 comments:
Menarik! Tapi aku tak tau camne minyak boleh turun? US pun naik, hampir bankrup lagi..sedangkan ekonomi Malaysia bertambah baik. Tak paham apa lagi diorng nak. Nak jadikan Malaysia macam singapore? Melayu jadi bangsa kelas ke-3 sedangkan nenek moyang kita susah-payah bertahan dengan penjajah?
Post a Comment