
Yaa!! Pilihanraya sudah di depan mata, pada 24hb ini akan diadakan penamaan calon dan 8hb mac, insyallah rakyat seluruh Malaysia akan keluar menjalankan tangungjwab masing-masing. Apa yang dapat aku katakan sandiwara murahan pihak penguasa sudah bermula, media diper"kuda"kan dengan serakusnya. Aku betul-betul menyampah apabila menonton liputan harian (Le Tour d' Langkawi)LTDL pada pukul 11.30PM semalam di RTM1, apabila setiap kali iklan ditayangkan akan keluar sandiwara iklan tentang pembangunan-pembangunan mega di Terengganu, tentang kemiskinan tegar di Kelantan, juga iklan bertajuk "Ini bukan budaya kita!" memaparkan kisah2 tunjuk perasaan di luar negara yg disamakan dengan demonstrasi Aman di Negara kita. Apakah rakyat dayus/cukup daif untuk mempercayai bulat-bulat semua sandiwara ini?? apakah pembangunan mega hanya terdapat di Negeri Terengganu sahaja?? Apakah rakyat Kelantan semuanya miskin-miskin dan naif semuanya?

Parlimen Malaysia yg dah dikosongkan.??
Di sini aku siarkan Senarai rangking taraf kemiskinan Mengikut Negeri di Malaysia. Statistik Rasmi ini di keluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Statistik ini semestinya memulangkan paku buah keras yg di palu oleh pemimpin BN yang dengan baculnya menuduh Kerajaan Pembangkang Kelantan tidak mampu untuk membasmi kemiskinan tegar malah semakin merebak?? Jika dilihat pada statistik ini Negeri Kelantan berada di tangga keenam jauh meninggalkan Negeri Perak & Kedah dengan bilangan lebih 1500 isi Rumah Miskin Tegar. Adakah 2 Negeri ini diperintah oleh Pembangkang?? kenapa taraf kemiskinan ini tidak ditonjolkan di RTM? sebagai modal kempen pilihanraya? dan kenapa pemimpin BN di Negeri Perak & Kedah tidak mengurangkan jumlah statisktik ini? sekurang-kurangnya mengatasi kemiskinan tegar di kelantan?

Statistik Terbaru Kemiskinan Tegar di Malaysia. Mengikut Negeri.
Apa yg menjadi bahan ketawa aku adalah Negeri Terengganu yg dipaparkan Maju dengan Projek besar dan mega (sudah semestinya untung projek dikaut oleh kontraktor-kontraktor/kroni rakus yg rapat dengan pemimpin tertinggi), jika dilihat dari senarai ini Negeri Terengganu menduduki tangga kedua selepas Sabah sementara Negeri Sabah terus mendominasi dengan jumlah lebih 4kali ganda ?? inikah yang dibanggakan oleh Menteri Besar Terengganu?? lagaknya seakan-akan Ayam Jantan yg hanya tahu berkokok tapi ekor penuh bergelumang dengan tahi. Satu lagi yg menjadi persoalan besar?? Sebelum ini MB Terengganu cukup berbangga dengan program Ulul Albab yg dihebohkan dalam media RTM, tetapi pada akhirnya dimalukan apabila beberapa hari yg lalu Malaysia digemparkan dengan Video ala-kungfu pergaduhan Generasi "Ulul Albab" ini di sebuah Sekolah Menengah di Terengganu kerana merebutkan seorang Jejaka. yaaa!!! Aku tidak mahu bercerita lebih lanjut tentang perkara remeh ini. Sebagai ORANG muda yg berpengetahuan dan mempunyai akal kita mesti berfikir panjang dan menilai setiap pro & kontra.
Mengikut Pendapat melalui Pembacaan aku, matlamat Barisan Pembangkang Pada Pilihanraya Umum kali ini adalah menafikan majoriti2/3 BN di Parlimen, dan jika matlamat ini tercapai maka segala bentuk keputusan besar kerajaan(seperti contoh mudah: Kenaikan Tol, harga petrol, kenaikan berbagai barangan lain yg semuanya melibatkan kepentingan rakyat di peringkat bawahan)bukan diputuskan oleh mereka yg kaki "angguk" di dewan parlimen. Ini tidak termasuk soal yg lebih besar melibatkan keputusan penting ekonomi, sosial, keselamatan & maruah Negara. Inilah sebab betapa pentingnya penguasaan yang kuat Barisan Pembangkang di parlimen sesebuah Negara. Sementara di pihak BN pula lebih kepada mengekalkan rekod cemerlang pada Pilihanraya Umum lalu dan menguasai lebih 2/3 majoriti parlimen, mengekalkan penguasaan di Terengganu, serta sebagai bonus besar apabila dapat kembali merampas Kelantan setelah banyak janji-janji pembangunan yang ditaburkan di negeri tersebut.
Aku tidak ingin menulis tentang pihak mana yg perlu diberi undi, apa yg aku harapkan adalah kita sebagai Orang Muda yg berfikiran "glokal" supaya mengunakan pertimbangan akal yg waras dan jangan terpengaruh dengan setiap sandiwara bodoh yg dipaparkan di media elektronik & akhbar arus perdana.Cari alternatif lain untuk mendapat Berita yg lebih adil sebagai rujukan seperti di internet, forum , laman web, di laman blog serta lain2 lagi. Media internet adalah lebih adil dan tidak berat sebelah.
"Sandiwara di RTM, TV3(Media Prima), ASSTRO hanyalah bersifat dangkal yg meloyakan!!!
Sekian,
-Pewaris Generasi Terengganu-

10 comments:
make sure pilihanraya kali ni jgn pangkah BN ek.. kalau tak camner nak kurangkan kuasa dua pertiga puak-puak diaorg kat Parlimen?
Doakan PAS kuala terengganu dan negeri2 lain menang besar! Rakyat terengganu masih kekal miskin dan semakin miskin dgn pemerintahan BN. bukan sahaja miskin harta, malah miskin iman...
hoh!! miskin iman??kompius jap?? apakah yg terjadi ngan program ulul albab disana?? adakah terbukti berjaya seperti yg dicanangkan??adakah MB/rakyat terengganu hanya berbange degang mesjid kristel? monsung Cup?? pembangunan pulau wan man?? sedangkan ianya tersenarai negeri kedua termiskin di Malaysia..jauh meninggalkan Kelate di tempat keenam??
aku pon terpias rasa malu sbb asal usul family aku pon Terengganu aka pantai timur....inikah yg hendak dibanggakan>>
herm.. angka ni tak boleh tipu..
tu la pembangunan tu mesti sorang due je yang nikmati.. entah2 bukan penduduk negeri tu pun
Betul tu Syia....tender projek mega di Terengganu bukan menggunakan duit kerajaan pusat...tapi duit Royalti minyak dari Petronas bernilai berbillion ringgit yg selama ini disekat semasa Terengganu di bawah pemerintahan pembangkang
lagi satu, tender projek mega di Terengganu banyak didominasi/dipegagng oleh Tokey Cina bernama Patrick Lim merupakan kenalan rapat keluarga perdana menteri kita(dgr cerita PM kita pernah bercuti di Villa mewah Patrick Lim di Melbourne, Aussy...opss!!!!)
psst: tidakkah ini dinamakan kroni???
-Ikhlas dari Pewaris generasi Terengganu-
pendapat aku je la, kita x boleh sokong BN sangat sebab pemimpin2 BN skrg banyak yg gila kuasa dan penuh dengan janji palsu.
klu kita sokong kerajaan terus2an, kita gak yg rugi dan susah sebab kita akan jadi pak turut untuk diorg.
so, undi la mana yg korang rasa layak. (sedihnya... baru nak masuk 19, x leh mengundi lagi huhu)
bukan semua orang tahu pasal isu2 yang diperkatakan di blog2. dgn media massa yang memonopoli semua berita dan menjadi wadah utama BN utk berkempen, rakyat biasa akan di brain wash utk memikirkan itulah parti terhebat.
tapi dengan isu2 semasa yang berkumandang, jika rakyat masih berpihak kepada kerajaan yang satu itu...memanglah rakyat malaysia ni bodoh, tolol dan sebagainya... ataupun mereka ini memang korup dan telah disuap barang seratus dua untuk memastikan kekuasaan untuk sepenggal lagi? wallahualam
ngehe~
nasib baik bukan aku yg buat iklan pembangunan negeri~
aku buat iklan lagu2 patriotik jerk~
alamak
negeri aku no.4 ler....ih ih ih~
yosh!!!
aku setuju dengan korang semua..
syabas kepada pemimpin negeri kelantan yg berjaya menurunkan kadar kemiskinan..
x seperti negeri terengganu tu,pemimpin diorang hanyer cakap2 kosong sajak!!
KawanKu ayah die BN,
die kate Kelantan kedua terendah selepas Sabah, BN mampu buat negara ni sebagai negara islam, nasib baik ramai yang faham kebenarannya(BN) dan ade sikit2 yang terpesong(Pembangkang) dan banyak lagi terbalik dengan yang sebenar. Sian die,kene tipu...
Post a Comment