GEMPAR!!! GOOGLE EARTH SATU KONSPIRASI ISRAEL???


"Anda Tahu apa itu Google Earth? Pernah mencubanya? Kolumnis terkenal Muhammad Hasanain Haikal mempersoalkan realibiliti Google Earth yang dipercayai dikendalikan oleh orang-orang Negara Haram Israel.Hal ini dikesan kerana peta yang ditampilkan dalam Google Earth itu tidak menggambarkan lokasi penting yang ada di Israel. Tidak ada lokasi ketenteraan dan plbagai tempat strategik Israel, selain gambar petanya juga kabur, bila dibandingkan dengan gambar peta kawasan lain.Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang kredibiliti Google Earth sebagai aplikasi satelit yang mampu memantau secara terperinci, apa sahaja di seluruh tempat di dunia ini.


Dalam forum "Bersama Haekal" yang ditayangkan oleh Aljazeera setiap petang Khamis, dikatakan, "Sekarang ada satelit yang dapat memaparkan semua tempat. Dan Google menjual peta satelit itu untuk menggambarkan lokasi seluruh dunia.Benarkah seluruh dunia dapat dilihat melaluai Server Google Earth? Ternyata tidak. Peta Isarel tidak ada di sana. Beketetapan Kongres Amerika dan Google, pihak Google tidak boleh menampilkan atau menjual peta apapun tentang Israel kerana peta Israel khusus hanya dimiliki Department Pertahanan AS.Menurut Haikal, "Saya tidak tahu ada satu negara yang terlindung dari peta satelit yang disajikan Google Earth. Kita semua sudah cuba untuk masuk ke wilayah Israel tapi lokasi itu kabur saja permukaannya dalam Google Earth. "



Berbeza apabila kita cuba mengakses Google Earth untuk melihat peta Mesir, yang berjiran dengan Zionis Israel. Dalam peta itu, dapat dilihat lokasi strategik di Mesir. "Saya dapat melihat istana, dan berbagai-bagai tempat penting lainnya, termasuk lokasi penting Mesir secara ketenteran, " ujar Haikal. Menurut koresponden Islamonline bahagian Teknologi, awal tahun 2007, saat Google Earth baru dilancarkan, lokasi Israel menampilkan peta lama. Memang ada sejumlah kota Israel dan juga peta sejumlah gedung industri di Israel, serta kota-kota Israel. Tapi itu semua adalah peta lama yang saat ini sudah banyak berubah. Tetapi pada masa sekarang peta Israel menjadi kabur. Mungkin berkait dengan kesepakatan dengan Amerika seperti yang disebutkan Haikal tadi.Sementara dari pihak Google Inc. menafikan sendiri, mengatakan mereka tetap memberikan yang terbaik bagi pengguna aplikasi yang ditawarkan. Mungkin, peta satelit yang menggambarkan lokasi Israel telah dibeli oleh pihak tertentu yang kemudian membuat pengubahsuaian peta Israel melalui kerjasama AS-Israel. (na-str/iol)



Korang baca dan nilaikan sendiri. Sampai teknologi ponn diorang boleh control inikan pula "pandangan" dunia...Berita ni aku dapat dari:
http://satuumat.blogspot.com/

pssst: sbb tu la bahasa dia lain skit....okeh dah translate ke bahasa Jawi, xpham lg xtau laa..Selamat Maal Hijrah (bermula dengan harapan baru, kalo korang buat majlis assyura tu jemput2 la aku.heh!)

2 comments:

Si Bodo Baghal Badigol Samdol said...

tima kasih atas info yg menarik tuh?? x cuba ke map satellite yg lain usha2 mana tau dpt lihat yg jelas lagi nyata..

MindHeartBodySoul said...

Salam,

Truckster, this cool stuff aku pun dah teropong.

Powered by Google.
Aku pakai Wikimapia.
Siap tanda bumbung umah aku lagi, tong sampah DBKL depan umah aku pun aku dah mark.

Buat certain area dekat utan2 semenanjung dah tak boley zoom,
atas sebab2 keselamatan kot,
nanti musuh taw selok belok geography & denai tikus kita...

Post a Comment