Tadi aku jalan2 kat cari2 blog2 yg menarik...salah satu blog yg aku suka lepak adalah blog chegu bard....dia nih memang otaimer blogger yag berani gak bagi aku.....try baca reason dia kenapa x buat mykad....hahahaha
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk pengetahuan semua saya adalah antara yang menjadi angka dalam statistik rakyat yang masih menukar kepada MyKad. Persoalanya kenapa saya tidak menukar kepada MyKad ?
Pertamanya saya tidak melihat kepentingan mengapa saya perlu menukar kepada MyKad. Malah saya melihat penukaran MyKad ini berkait rapat dengan pemunggahan wang negara ke kocek syarikat pengeluar MyKad tersebut. Saya juga mengesyaki dalam proses itu sudah tentu terdapat unsur korupsi terlibat.
Saya cukup yakin orang yang berpandangan seperti saya ini juga ramai jumlahnya tetap mengapa tiada perbincangan mengenai alasan ini dilakukan.
Malah pada pada ketika ramai rakyat berpusu menukar My Kad, tidak kurang juga ramai yang berpandangan kesungguhan kerajaan menghambat rakyat dengan menetapkan dateline itu sebenarnya hanyalah untuk melariskan bekalan syarikat pembekal yang memiliki kontrak membekalkan MyKad itu.
Menurut Menteri Dalam Negeri ketika itu Azmi Khalid, kos membuat sekeping MyKad adalah RM28.60. Tidakkah kelihatan agak tingi kos tersebut?Bursa Malaysia Kontrak membikin MyKad telah diberikan oleh kerajaan kepada sebuah syarikat yang tersenaraiiaitu IRIS Corporation Berhad melalui perjanjian pada 13 Ogos 2003 yang lalu.
Berdasarkan laporan media utama negara, menurut perjanjian tersebut IRIS melalui anak syarikatnya GMPC Corporation Sdn. Bhd. akan membekalkan sejumlah 9 juta keping MyKad kepada Jabatan Pendaftaran Negara selama tempoh dua tahun dengan kontrak bernilai RM 216 juta.
Bermakna melalui perjanjian itu sekeping MyKad jatuh RM24.00. Kenapa menteri menyebut RM28.60? Kenapa ada tambahan RM2.60?
Kemudian adalah difahamkan pada 29 Ogos 2005 IRIS dan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian kali ini untuk membekalkan dalam tempoh 4 bulan MyKad, MyKid dan MyPR dengan kontrak bernilai RM92 juta!
Pertamanya ayuh kita fikirkan bagaimana boleh berlaku perbezaan harga sebegitu rupa, barangkali JPN nak ambil untung, barangkali ada VO kerana harga barangan naik, atau apa sahaja alasan .
Kedua tidakkah terlalu tinggi kos membuat sekeping MyKad itu?

0 comments:
Post a Comment