Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.
Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.
Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras
Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.
Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.
Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.
Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.
Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).
'Saya disembur, dipukul'
Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.
Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.
Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.
"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.
Dipukul depan pemberita
Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.
Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.
Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.
Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.
Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.
Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.
Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.
Video:
kredit to: Malaysiakini
www.apasaje.com
Posted by
Truckster
Links to this post
Malaysia pasca tsunami PRU12 sudah banyak berubah, rakyat dijamin dengan bermacam janji-janji manis dari manifesto parti pemerintah Selamat, Aman dan Makmur. Setelah mengambil alih Kementerian Penerangan dari zam anak maidin, Shabery Cheek dengan lantangnya memberi jaminan kebebasan bersuara, lalu diwujudkannya satu rancangan khas di RTM 1 yang memaparkan Blogger-blogger. Sebagai bukti suara mereka di dengar oleh kerajaan Pak Lah yang hampir-hampir tersungkur.
Nampaknya pemimpin-peminpin UMNO-BN juga sudah mengikut trend pasca PRU12 dengan mewujudkan blog sendiri demi menyahut seruan "Kebebasan Bersuara", sebagai contoh blog Khir Toyo dan Tun Det didalam tulisan mereka jelas mengkritik kepimpinan tertinggi negara kita. Kempen Kebebasan bersuara disemarakkan lagi dengan penahanan Raja Petra Kamaruddin(RPK), Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today. Nahhhhh.... rakyat, inilah kebebasan bersuara yang dijanjikan.Ianya jelas bermotifkan politik.Tindakan RPK untuk tidak membayar wang jaminan dan diheret ke Penjara Sungai Buloh, adalah satu tindakan tepat. Syabas Pak Lah, anda berjaya meloyakan tekak kami sebagai rakyat dengan janji-janji murahan anda.
Apa yang perlu diteliti di sini apakah tulisan RPK melalui media independent itu suatu hasutan? Prof. Dr Abu Hasan Hasbullah melalui kajian di Insitut Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum), mengatakan 67% hasutan adalah dari media propaganda milik kerajaan(baca media tradisional). Sementara 33% adalah media alternatif seperti website, blog dan lain-lain....Nahhhhhhh inilah satu fakta yang dibutakan. Mungkin selepas ini Tun Det dan Khir Toyo akan di dakwa di bawah akta hasutan??
Info: satu kempen "one person one ringgit" dijalankan oleh pihak malaysia-today untuk pembebasan RPK. anda boleh ke Malaysia-today.net untuk turut menyumbang.
AIC @ Solidariti Keadilan Untuk RPK.
Semalam aku dapat SMS dari Dibab (dari AIC pusat) berbunyi: "Salam Sahabat, dgn kerjasama office DSAI & AIC, mlm ini jam 8. berkumpul di Office DSAI sek 16 PJ untuk adakah Solidariti ke atas RPK. Kita akan bergerak ke Penjara Sg Buloh bersama. Sila reply SMS ini ntuk kehadiran adalah wajib - Dibab"
Sebagai menyahut kempen pembebasan RPK kami di AIC turut turun padang dan memberi sokongan kepada kaum keluarga RPK. Solidariti ini diadakan di depan Penjara Sungai Buloh disertai AMK dan AIC, Para Bloggers, serta pemimpin-pemimpin tertinggi keADILan.
FREE RPK...!!!
"JIKA GENTAR AKAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN"
Posted by
Truckster
Links to this post
Analisis Ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama anda boleh ikuti disini. Penulisan di bawah adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku "Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan" hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia...Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa.
Bahagian ini saya akan menganalisis mengenai "penyalahgunaan" Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang pada matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi dengan rakusnya oleh pihak-pihak pemimpin yang mempunyai kuasa(Baca Menteri). Kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah kepada bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar.
Walaubagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Keadaan Semakin parah, apabila membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Ini bukan hanya tuduhan retorik, ianya adalah fakta yg jelas terbukti.
Prosedur tender penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera. Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok pemimpin tertentu.
Akibatnya ialah peningkatan bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos minyak(dikaburkan oleh pemimpin sebagai kesan kenaikan harga dunia), elektrik, air dan tol jalan yang meningkat. Yang dikira keterlaluan adalah apabila anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 % buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah. Sebaik bantahan atau demonstrasi dibangkitkan untuk menentang, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada Syarikat2 yang mewakili kepentingan mereka. Rakyat dihina, dipukul, diperlakukan seperti anjing oleh Polis2 yang diperkudakan mereka. Inikah keadilan DEB yang diretorikkan oleh kerajaan sebagai menjamin hak bersama??Kita tidak hairan dan tidak boleh menyalahkan jika kaum Cina & India mempersoalkan DEB??
Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu, adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan,Malaysia berada pada 0.47.
Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang dahsyat di Malaysia adalah kedua paling terburuk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe. Hakikat Ini amat mengejutkan?? berbeza dengan retorik murahan pihak kerajaan melalui Media Propaganda menyatakan ekonomi semakin mengukuh dengan indeks BSKL paling tinggi dlm sejarah pernah dicatatkan, Ringgit yang semakin kukuh berbanding Dollar Amerika, sebagai penambah perisa rakyat terus dilenakan apabila projek2 mega diumumkan NCER, ECER, dan Wilayah Iskandar. Mengambarkan kita semakin menghampiri negara maju lain menjelang 2020.
Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat pelbagai kaum. Apa yang harus dimusykilkan dan diberi pertanyaan besar ialah kerana masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat(baca DEB), berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah dan mempersoalkan kerana menganggap mereka didiskriminasikan oleh dasar DEB. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil mereka yang rakus mempunyai kuasa dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab dan meragukan??
psst: Analisis Ini merupakan bahagian kedua, bahagian pertama anda boleh ikuti disini.
Posted by
Truckster
Links to this post
(HardTalk)Tun Det Vs Dilema.
Kesiaaannn!!....itulah satu ayat yang boleh disimpulkan, 2 hari lepas baru berpeluang melihat(di youtube) gelagat Tun Mahathir di"belasah " oleh Pengacara Stephen Sackur dalam Program BBC Hardtalk. Secebis rasa kagum boleh disematkan kepada Tun Det kerna keberaniannya menerima pelawaan sebuah program live antarabangsa yg terkenal dengan kelantangan pengacaranya "membelasah" setiap panel yg dijemput. Walaupun diaggap sesetengah pihak sudah nyayuk namun kelantangan Tun bersuara, tenang mempertahankan diri, menyerang balas setiap serangan yg dilancarkan oleh Stephen, adalah membanggakan.
Dua watak diwujudkan pengacara Hardtalk untuk memerangkap Tun Det, watak pertama Abdullah Badawi, dibelasah teruk, Tun menuduh pak lah macam2. Pak lah sekat media. Pak lah kontrol hakim, pak lah tangkap orang. Pendek kata, pak lah dah macam diktator tak bagi ruang orang becakap langsung.. Seolah-olah pada zaman pemerintahannya dulu maksum, tiada salah dan mengikut lunas undang2 dan perlembagaan, dan pada akhirnya jawapannya memerangkap diri sendiri. Watak kedua Anwar Ibrahim, dan Beliau dengan lantang masih lg mengulangi drama lampau berkaitan salahlaku seks, sodomi dan salahguna kuasa?secara hentam keromo? Tun Det juga dengan perangai biasanya memberikan kutukan keras terhadap Barat serta Israel dan menyatakan akan tetap teguh dengan pendirian itu.
Tidak konsisten. Beserabut. Penat. Tak bersedia. Dan tertekan. Itu kesimpulan yang aku dapat lepaih tengok mahadet berusah payah untuk mencipta senyuman setiap kali mendengar soalan. Aku nampak cuma satu. Yang sorang ada kuasa dan tengah seronok menyapu harta benda negara, yang sorang lagi gila hilang kuasa bila projek kroni anak beranak dibatalkan sesedap rasa.
Blog @ RTM1: Suara Blogger Sudah Di Dengarkah??
Perasan hati aku cukup janggal tak kala melihat iklan RTM1 yang mengadakan satu segmen rancangan khas untuk para Blogger selama 15minit, konsepnya adalah, setiap episod RTM akan mengundang seorang Blogger politik yang terkenal memberi pandangan dan rumusan berkenaan politik tanahair. Pada episod pertama yang menjemput penulis blog A Kadir Jasin, disebabkan keributan aktiviti lain, aku telah terlepas untuk menontonnya.
Semalam sempat menonton Blog @ RTM1 secara live menjemput RPK dari Malaysia-today sebagai panel, hentaman demi hentaman dari mulut laser RPK jelas menkelam-kabutkan pengacara rancangan Blog@RTM1 yang anehnya hanya bersiaran 15minit???. Bagi aku rancangan seperti ini hanyalah sekadar retorik murahan RTM yg hanya mengikut Trend Pasca PRU12 Menteri Penerangan baru, yg menyatakan mereka lebih terbuka dan mahu mendengar suara2 alternatif dari Bloggers yg selama ini dianggap "Beruk-Beruk", yg hanya tahu memfitnah???
Posted by
Truckster
Links to this post
"Hari Dunia" muncul sekali lagi, tradisi sambutan seluruh dunia pada 22April setiap tahun, musti korang tertanya-tanya pejaddahnya entri "Earth Day" ku bikin ini hari(23April), pelik bin ajaib bukan?(actually sambutan seluruh dunia adalah pada 23 april waktu Malaysia). Sambutan tradisi "Earth day" berlainan sekali tahun ini, buat kali pertama Kempen Shutdown Day 2008 dilancarkan. Shutdown Day 2008 adalah kempen di mana korang yang menyertainya perlu menutup komputer dan offline untuk 24 jam dan melakukan perkara lain yang tidak melibatkan penggunaan komputer. Amacam ada berani?
Aku adalah pengguna komputer yg tegar, Seorang "games addicted", Pengguna internet tegar, Pengarang blog tegar, Pendengar muzik tegar, Penonton filem yang agak tegar, Pemakan maklumat tegar,

Tidak seperti Earth Hour yang memerlukan kita menutup lampu untuk sejam, kempen kali ini adalah sesuatu yang (agak) sukar untuk gua lakukan. Gua tetap akan menyertai kempen ini memandangkan hari tersebut adalah hari Sabtu (3 Mei) dan berkemungkinan besar aku akan ke PTTC untuk menghadiri satu interview(yaaa adik-adik, gua dapat offer kerja baru).
Tetapi, Bagaimana harus ku mengawal
Anda bagaimana, bisa hidup 24 jam tanpa kompiter?
Psst: Jom Bersama kita menekan butang "I Can" di website: Shutdown Day 2008
Posted by
Truckster
Links to this post
Credits To: Malaysia-today
Apabila orang Sabah (terutama yang beragama pagan) telah menggunakan darah sebagai tanda protes bermakna nyawa merekalah yang menjadi pertaruhannya. Maka jangan sampai Spirit of Borneo menjadi tragedi. Jangan sampai ‘Head Hunter’s spirit’ menghantui Pak Lah kerana tindakan tidak endahnya selama ini, menganiaya dan tidak menghiraukan rakyat bawahan yang tertindas. Mereka bangkit bersatu menyuarakan hak dan keadilan di Daerah Kunak Panas berkenaan tanah mereka dirampas!
Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.
Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat dan beratus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan hak mereka sebagai warganegara.Menurut Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas harta melainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang boleh merampas hak melainkan melalui pampasan.Namun, Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampas tanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan geran kepadaSKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkan Setiausaha Hasil Bumi.
Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.
Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di Bumi Sabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat mereka yang berbunyi, "Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantang menyerah.""Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham dan menyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara," ujar Yabi Mositoh @ Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lah sebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today dan akan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawa rakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampas disebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah.
Posted by
Truckster
Links to this post
Jika semangat menjadi ukuran, tiada yang mampu menandingi sentimen anak muda di Anwar Ibrahim Club (AIC) menjelang Black 14 – ulangtahun gelita politik tanahair.Jika sebelum ia disambut dengan renungan dan kesedihan, namun Black 14 kali ini memberi makna yang berbeza. Detik 12 malam 14 April 2008 membuka lebaran baru dengan pemimpin reformasi Anwar Ibrahim melangkah semula ke arena politik secara sah – menandakan bermula fajar baru politik Malaysia.
Bagi kami di AIC, persiapan menuju Black 14 telah bermula seminggu lebih awal. 24 jam sebelum tarikh keramat itu, konvoi-konvoi AIC dari serata negeri di Semenanjung akan mula bergerak menuju Kampung Baru. Dalam masa kurang dari 48 jam, lebih 8,000 risalah dicetak dan diedar di sekitar kawasan tumpuan anak muda sekitar Kuala Lumpur dan institut pengajian tinggi. Juga, tiga ribu pelekat AIC turut dicetak dan akan diedar kepada orang ramai.
Banner digantung malam sebelum Black 14.
Dengan tenaga kerja yang kecil, ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan AIC, ribuan Terima kasih kepada Presiden AIC (Syukri aka MatKeri), Naib Presiden(Marini), Bendahari (Darren Tan) dan Setiausaha(Hafizh) kerana bergitu dedikasi bertungkus-lumus memastikan program AIC malam itu berjalan lancar. Dengan pertolongan AMK(Angkatan Muda Keadilan), Perhatian diberi khusus kepada projek menaikkan sepanduk sokongan di kawasan sekitar menuju lokasi sambutan Black 14, selain dari itu kumpulan-kumpulan kecil AIC menyumbang tenaga menampal 500 poster khas bagi menyambut kehadiran warga KL dan peserta-peserta majlis tersebut.


Kandid setelah selesai perhimpunan.



Jika Umno benar-benar yakin anak muda bersama mereka di belakang putera dan puteri, realiti anak muda AIC menyanggah kenyataan tersebut dan akan mengubah persepsi mereka kepada politik tanah air, bermula Black 14 2008 mara dan terus mara. REFORMASI!! TAKBIR!! MAKKAL SAKTHI...!!psst: gambar credits to Niccotynne & Fareez
Posted by
Truckster
Links to this post
Perhimpunan Rakyat Black 14 selamat Diadakan pada 14 April 2008 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, sempena pembebasan tokoh pejuang rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kepada sesiapa yang tidak dapat turun ke Black14 pada malam itu, Kami di AIC(Anwar Ibrahim Club) dengan bangganya mempersembahkan video ceramah DSAI yang penuh bertenaga pada malam itu, ramai tokoh hebat pejuang rakyat berkumpul bagi meraikan hari yang bersejarah ini.
- Sila gunakan Orbit Downloader jika mahu Download video ceramah ini, Click Sini. Dan Install di PC anda.
- Jika opis/tempat anda menggunakan "firewall block" ntuk menyekat video dari Youtube sila gunakan Ultra Surf ntuk bypass firewall. Click Sini ntuk download.
- Untuk ceramah perhimpunan rakyat di Stadium Perak Click Disini.
Update terbaru: Host Channel Video kami di youtube mengalami masalah kerana akses yang terlampau tinggi, jika anda menghadapi masalah untuk menontonya bolehlah download link di bawah ini (Kredit kepada Afham):
- Download Koleksi Video Anwar Ibrahim:
Part 1
Part2
Part3
Part4
Part5
Part6
Puisi Rajawali - Link YouTube Perhimpunan Rakyat di Stadium Ipoh
Ustaz Azizan - MB Kedah
Dato Husam Musa - Wakil MB Kelantan
Dato Nga Hor Ming - Wakil MB Pulau Pinang
Dato IR Nizar - MB Perak
Dato Hassan Ali - Wakil MB Selangor
Psst: Nantikan entri laporan ekslusif AIC @ Black 14. Aku tgh tunggu gambar dari Cameraman. Jika anda masih tidak mendaftar sebagai ahli AIC sila mendaftar di website kami.
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6(Di ganggu Polis)
Puisi Rajawali(Tan Sri Khalid)
Posted by
Truckster
Links to this post



